Kuning Aidan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Jemur Aidan di Klinik Primer
Pada hari Selasa bertarikh 4 Jun 2019 di sekitar jam 8:34 seperti yang dirakam pada nombor giliran, Aidan dibawa ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu untuk diperiksa tahap kuningnya (jaundice) setelah jururawat dari Klinik Kesihatan Delima mengesyaki tahap kuning Aidan masih tinggi.
Ketika ini umur Aidan adalah 7 hari menurut kiraan jururawat di sana. Mereka kira umur Aidan bermula sehari selepas tarikh lahir.
Beliau mencadangkan Aidan diperiksa sekali lagi dengan secepat mungkin berbanding tarikh temujanji yang telah ditetapkan doktor sebelum ini (11 Jun 2019). Jururawat tersebut merasakan tarikh itu terlalu lewat dan Hari Raya akan disambut esok menyebabkan Klinik Kesihatan akan ditutup.
Setelah diperiksa didapati tahap kuning Aidan telah meningkat kepada 218. Doktor menyuruh kami membawa Aidan ke Hospital Tumpat pada esok hari (5 Jun 2019) yang juga hari raya.
Apa itu Bilirubin?
Bilirubin adalah pigmen kuning hasil pemecahan sel darah merah. Jika hati bayi belum matang, ia berkumpul dalam darah. Angka 218 µmol/L adalah tahap kepekatan bilirubin tersebut.
Memandangkan kami kalau boleh nak elakkan Aidan dibawa ke hospital pada hari raya, kami membawa Aidan ke Klinik Primer Wakaf Bharu kerana di sana ada alat pemancar ultra ungu untuk mengurangkan jaundice. Ini adalah kerana pancaran itu akan membantu meleraikan bahan kimia dalam badan yang menyebabkan jaundice memudahkan ia dicerna dalam hati (lebih kurang macam tu lah).
Menjemur di Bawah Matahari vs Phototherapy: Apa Bezanya?
Ramai orang tua-tua dahulu mengamalkan petua menjemur anak di bawah matahari pagi. Adakah ia sama?
- Keberkesanan: Matahari memang mengandungi spektrum cahaya biru yang boleh membantu menurunkan bilirubin, tetapi kepekatannya tidak konsisten dan tidak setinggi Phototherapy moden.
- Risiko: Menjemur bayi secara terus di bawah matahari berisiko menyebabkan dehidrasi (kekurangan air) dan selaran matahari (sunburn) kerana kulit bayi sangat nipis.
- Kaedah Dulu: Biasanya dilakukan sebelum jam 9 pagi selama 10-15 minit sahaja. Namun, pakar perubatan moden tidak lagi mengesyorkan kaedah ini sebagai rawatan utama kerana risikonya lebih besar berbanding manfaatnya.
Nota: Phototherapy di klinik menggunakan panjang gelombang cahaya yang tepat (400-500 nm) dan suhunya dikawal rapi, menjadikannya jauh lebih selamat dan cepat.
Setelah 4 jam Aidan “dijemur” (istilah yang digunakan kakitangan di sana) akhirnya kuning Aidan turun ke tahap 130. Melihatkan perkembangan ini, kami tidak membawa Aidan ke Hospital Tumpat seperti yang disarankan doktor.
Komplikasi Jika Kuning Tidak Dirawat
Jika tahap kuning dibiarkan melampaui paras selamat, ia boleh mengakibatkan risiko berikut:
- Kernicterus: Kerosakan otak kekal.
- Masalah Pendengaran: Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan pekak.
- Ensefalopati: Bayi menjadi sangat lesu dan boleh mengalami sawan.
Ulasan