Catatan

[T21H20] SourceTree: Mati semasa klon projek baru

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Dua hari lalu mula dapat kerja sekolah baru kali ini berkaitan dengan ekosistem perniagaan pembalakan di Sarawak. Tedi pun mula mendapatkan capaian kepada semua sumber yang ada termasuk kod sumber. Tetapi kali ini ada masalah di mana SourceTree akan tiba-tiba mati semasa klon kod sumber projek tersebut daripada GitLab. Ralat Ralat yang Tedi perolehi melalui Event Viewer Windows 10 ialah: SourceTree.exe Framework Version: v4.0.30319 Description: The process was terminated due to an unhandled exception. Exception Info: System.IndexOutOfRangeException at SourceTree.Repo.RepoHandlerGitOld.GetDefaultBranch(System.String) at SourceTree.ViewModel.CloneNewDialogViewModel+<>c__DisplayClass212_0.<RefreshRemoteBranches>b__1() at System.Threading.Tasks.Task`1[[System.__Canon, mscorlib, Version=4.0.0.0, Culture=neutral, PublicKeyToken=b77a5c561934e089]].InnerInvoke() at Sy...

SMK Lui Barat

Imej
Pengenalan 2012 Pengenalan Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Lui Barat adalah sekolah di mana Master bersekolah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 . Sekolah ini adalah satu-satunya sekolah menengah di DUN Lui pada masa itu, di mana para pelajarnya adalah dari beberapa buah kampung berdekatan iaitu Felda Lui Barat , Felcra Air Hitam , Felda Lui Selatan 1 & 2 , Felda Lui Timur , Felda Lui Muda , dan Felda Sungai Lui . SMK Lui Barat mempunyai dua sesi pada zaman Master, iaitu sesi pagi untuk tingkatan 4 dan 5 , dan sesi petang untuk tingkatan 1 hingga 3 . Master menduduki Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah ini. Pada penghujung zaman persekolahan menengah Master di SMK Lui Barat, sekolah ini menerima bangunan asrama menjadikannya sekolah berasrama. 2012 Gambar pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat pada 11 Oktober 2012. 20121011

[t13e27] Imam Muda Asyraf di Xinjiang

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Periksa Twitter tadi, nampaknya tuit Imam Muda Asyraf di Xinjiang agak menarik Mari Tedi abadikan sedikit, boleh dijadikan bacaan pada masa depan. Terima kasih Imam Muda Asyraf untuk maklumat berguna ni. "Ekau tahu ape nama hotel yang den tidur semalam?" "Kamu tahu apa nama hotel yang saya tidur semalam?" Hami Hotel   "Hampir kebanyakan bumi Muslim di dunia ini dikurniakan hasil bumi seperti minyak, contohnya di Xinjiang , China. Salah satu daerah majoriti Muslim" ~ @imammudaasyraf Xinjiang menggunakan tulisan berasaskan arab "Di daerah Xinjiang, kebanyakan kedai-kedai di bandar menggunakan tulisan arab. Sama seperti tulisan jawi, cuma beberapa huruf yang diubah." ~ @imammudaasyraf Xinjiang masih mundur "Walaupun kebanyakan sumber minyak dan gas yang digunakan di seluruh China seperti Beijing dan Shanghai diambil dari Xinjiang, namun...

Gambar kucing Tedi: Si Putih

Imej
Si Putih kucing yang selalu temani nenek di mesin jahit. Inilah Si Putih , sekor-sekor nye kucing yang dibenarkan duduk dalam rumah grandma . Badan dia gebu macam seekor arnab & dia amat sopan-santun. Tetapi jangan salah sangka, Si Putih ini seekor kucing jantan tau. Disebabkan kegebuannya itulah gamaknya dia selalu dikejar Si Tiger , kucing paling ganas di rumah grandma . Tedi ada gambar Si Putih dengan mainan dia, tapi nanti la Tedi cari dalam folder mana la agaknya? 4 Jun 2013

[t21i08] Mummy selesai vaksin Covid-19 dos ke-2 di World Trade Centre Kuala Lumpur

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Mummy selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 dos kedua. # WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR # VAKSIN COVID19 # PROTECTHEALTH # KUALA LUMPUR # Saya sudah LENGKAP 2 DOS # VAKSINCOVID.GOV.MY # # Wednesday, 8 September 2021, 18:59 # # IMG20210908185913 # 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur #   Menginap di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur Mummy memilih Hotel Seri Pacific kali ini kerana ia terletak betul-betul di sebelah Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di mana Mummy menerima vaksin dos kedua beliau. Aidan dan Aina teruja menaiki lif yang boleh pandang ke luar ketika menuju ke bilik. # Wednesday, 8 September 2021, 17:51 # 20210908 # IMG20210908175108 # OPPO Reno2 # Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur # Aidan dan Aina memeriksa bilik air dan teruja melihat kewujudan tab mandi. Aina memang akan periksa bilik air dulu apabila ma...

[t13c22] Terbang ke Kota Medan di Indonesia

Imej
Terbang ke Medan, Indonesia dari Terminal LCC. Selamat Mendarat di Medan... Dilarang Menangkap Gambar oleh Pegawai Imigresen Terbang ke Medan, Indonesia dari Terminal LCC. Kami berlepas ke Medan, Indonesia dengan menaiki sebuah pesawat AirAsia. Ketika itu penerbangan tambang murah menggunakan Terminal Pengangkut Kos Rendah (Low Cost Carrier Terminal) di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Terminal ini lebih popular dipanggil LCCT. Ketika itu Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) masih belum beroperasi. Kembara Medan 22-03-2013, hari pertama Gambar sebuah kapal terbang AirAsia di Terminal LCC KLIA berlatarbelakang matahari terbit. Ketika ini kami sedang berada dalam perut kapal terbang Air Asia yang akan membawa kami ke Medan. # 22 Mac 2013 jam 07:55 pagi hari Jumaat # 20130322-medan (1).JPG  # Kamera DSLR Canon EOS 500D # Lokasi: Low Cost Carrier Terminal, Kuala Lumpur International Airport. Kembara Medan 22-03-2013, hari pertama Gambar sayap kanan kapal terbang AirAs...

Ujian Pendengaran dan Mata Bayi Aina

Imej
Akhirnya selesai juga ujian pendengaran dan ujian mata bayi Aina dalam dua hari berturut-turut. Ujian Pendengaran Bayi Ujian pendengaran bayi dilakukan di Hospital Bersalin Berisiko Rendah Precint 8 di Putrajaya pada 4 Mei 2017. Tampaknya bangunan Hospital Bersalin Berisiko Rendah ni adalah blok perumahan kakitangan kerajaan yang ditukar fungsinya menjadi sebuah hospital. Kena mendaftar dulu di unit hasil dengan bayaran sebanyak RM 5 bagi rakyat Malaysia, sebelum dihantar ke Unit Ujian Pendengaran di tingkat 2. Pastikan anda membawa buku merah bayi dan juga kad kesihatan bayi. Sebelum dibenarkan naik ke tingkat 2, kami perlu mendaftar dahulu dengan pengawal keselamatan di bawah. Anak Gagal Ujian Pendengaran Bayi Aina gagal dalam ujian pendengaran tersebut di mana ujian dilakukan dengan meletakkan satu alat di telinga dan kepala bayi. Bayi harus tidur nyenyak semasa ujian dilakukan. Doktor kata mungkin bayi Aina ni gagal sebab dia selsema. Kami habis dalam jam 10 lebih di mana ka...

Popular