Catatan

3 juruterbang wanita Malaysia catat sejarah

Imej
Tiga gadis Melayu mencatat sejarah menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi pesawat komersial dari Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) di Batu Berendam, Melaka. Dari kiri, Nor Nadia Dayana Md Saroni, 21, dari Kuala Terengganu, Shara Azlin Jalil, 23, (Petaling Jaya), dan Nur Moana Ishak, 21, (Kuala Lumpur) adalah antara 146 graduan yang menerima sijil juruterbang pesawat komersial pada Konvokesyen MFA, semalam (13 Mac 2007). MELAKA: Tiga gadis Melayu mencatat sejarah menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi pesawat komersial yang dikeluarkan Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) di Batu Berendam dekat sini. Shara Azlin Jalil, 23, dari Petaling Jaya, Nur Moana Ishak, 21, (Kuala Lumpur), dan Nor Nadia Dayana Md Saroni, 21, (Kuala Terengganu), adalah antara 146 graduan yang menerima sijil juruterbang pesawat komersial pada Konvokesyen MFA di sini, semalam. Mereka mengikuti 'Commercial Pilot License With Instrument Rating Course' di MFA selama 66 minggu sehingga menamatk...

[t16b27] Pelawas? Macam tak sesuai

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Terserempak dengan Pelawas di Jalan Bangi-Dengkil... Selesai Tedi dan keluarga bermain badminton di Bangi, kami singgah makan di sebuah kedai makan di Jalan Jenderam-Bangi. Selesai makan Tedi ternampak sebuah kereta dengan perkataan yang agak menyentuh jiwa, yang berjaya memaksa Tedi mengambil gambarnya dengan bersembunyi dan membuatkan Tedi terfikir-fikir.... apakah Pelawas tu? bukan pasal ehem ehem ke? Apakah maksud perkataan "Pelawas"? Pelawas ialah sejenis gentian polisakarida yang tidak dapat dicernakan atau diserap oleh tubuh. Pelawas ialah selulosa tumbuhan yang tidak dapat dicerna dan diserap. Dalam sistem pencernaan, pelawas akan menyerap cecair, mengembang lalu menambahkan isi padu dalam usus besar. Dengan cara ini pelawas merangsangkan pergerakan peristalsis dan membantu dalam perkumuhan. Kekurangan air dan pelawas boleh mengakibatkan sembelit dan penyakit div...

Riangnya: Sebuah Perjuangan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Pemandangan di kuala Marang di mana Master menyimpan kenangan zaman kanak-kanak apabila balik bercuti di kampung Tok Mak # Monday, 20 August 2012, 16:32 # _MG_3622.JPG # 20120820 # Canon Canon EOS 500D #     Riangnya, Dia berlari menjejakkan kakinya, Tiada beralas ke tepian pantai. Riangnya, Dia melagukan perjuangan, Disaksikan Laut China Selatan Mentari bersinar Ketika bayu laut menderu Pepohon nyiur melambai Ombak berterusan menghempas pantai Nyalaan semangat dirinya Melangkah dalam alam perjuangannya Persediaan menempuh masa depan Semoga tercapai apa kita citakan Bagai angin berhembus Sekelip mata impian menjadi debu Seolah kaca, terhempas ke batu Punahnya harapan untuk berjuang Akur permintaan ibu bapa tercinta Dilupakannya idaman diri Cengkaman kemiskinan sebahagian norma Kehidupan keluarga nelayan Tidak dia berlari lagi Tidak pula dia bernyanyi Realiti pahit dia hadapi Pilunya, Diri menahan sebak Tatkala bibirnya Mengisahkan sebua...

[t17d10] Akhirnya Jumpa Juga Lampin Bayi Tak Cukup Bulan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Bukan mudah untuk mencari lampin buat si Aina, sebab dia ni lahir tidak cukup bulan dan beratnya tidak sampai 3 kilogram. Master pun puas dah merayau ke serata alam (kononnya la) untuk menemukan lampin tersebut. Master sudah terjah ke TESCO Bandar Baru  Nilai, dan juga Giant di sana. Master juga telah menerjah AEON Big di Midvalley. Alhamdulillah, akhirnya lampin tersebut ditemukan juga di JUSCO di Midvalley di Kuala Lumpur di Malaysia. 10 April 2017 jam 8:04 malam hari Isnin. Lampin MamyPoko Preemie untuk bayi yang lahir tak cukup bulan atau lahir pra-matang sehingga berat 3.0 kg. Master merayau ke JUSCO Midvalley untuk cari lampin ni. Harga RM 27.90 untuk 30 helai lampin. Dirakam menggunakan kamera telefon pintar HUAWEI H30-U10 2017-04-10 # @ Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Wilayah Persekutuan, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territo...

FAM Sangkal Dakwaan Asmirul

Imej
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan segala tuduhan yang dilemparkan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris terhadap badan induk itu. Asmirul mendakwa, kegagalan pasukan Liga Malaysia (Liga M) menguruskan kewangan pasukan dengan sebaiknya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berpunca daripada kelewatan FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) merangka perancangan baharu buat semua pasukan. Stuart Ramalingam, FAM. Gambar NSTP. Katanya, ia sekali gus mengheret beberapa pasukan termasuk Kedah ke kancah krisis kewangan disamping tiadanya bantuan dana khas daripada FAM untuk menyelamatkan pasukan. Bagaimanapun, segala tuduhan berkenaan dinafikan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang mengakui sudah memaklumkan setiap perkembangan dan keputusan menerusi surat yang diemailkan kepada pasukan. Jelas Stuart, terdapat empat surat sudah diedarkan termasuk mengenai penangguhan liga dan larangan latihan oleh pasukan (17 Ma...

Mercey ditikam parang ketika selamatkan tuannya

Imej
Dia setia, gagah dan berani.   Mungkin kita semua pernah mendengar slogan sebegitu terpampang pada logo tentera di Malaysia, namun cerita ini adalah mengenai Mercey.   Mercey ditikam 2 kali menggunakan parang yang hampir meragut nyawanya dalam percubaannya menyelamatkan nyawa tuannya.   Mercey adalah seekor anjing pitbull betina yang telah ditikam parang ketika dia pertahankan tuannya yang diserang 4 lelaki bersenjata dalam satu kes pencerobohan di sebuah kediaman di Edmonton.   Mercey mengalami 2 kecederaan yang boleh meragut nyawa.   Ketika pemiliknya, pegawai polis dan juga pegawai veterinar menyumbang USD$ 1000 (seribu dollar) untuk bil perubatannya, kemudian tampil seorang penderma misteri yang membayar USD$ 1000 untuk menampung keseluruhan bil itu.   Mercey kini dalam proses pemulihan dan mula berjalan sendiri.   4 penjenayah itu pula telah ditahan dan didakwa atas keganasan dan juga kezaliman ke atas haiwan.   Sekali lagi, haiwan dan manusi...

[t14f03] Rupa rumah asal peneroka pada awal penubuhan Felda Sungai Lui.

Imej
Tok Abah selalu bertanya, mana rumah asal peneroka Felda? Mungkin ada yang perasan sudah seminggu Tedi tak kirim apa-apa pun dalam interpretZZ ni. Bukanlah Tedi merajuk membawa diri dek kehadiran kawan-kawan Tedi si Panda tu... bukan pula Tedi membawa diri melawat mereka... kerana kehilangan Tedi tiada kena-mengena dengan mereka. Sebenarnya Tedi sekeluarga sibuk memeriahkan majlis perkahwinan Mak Lang Yan dengan Pak Lang Epul, maka tiada ruang dan peluang untuk mencoret apa-apa pun. Alkisahnya, kenduri kali ini turut dihadiri Tok Abah dan Nek Ma dari Kelantan. Mereka berdua dituruti Mak Su Zati, buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke bumi Felda Sungai Lui. Apabila sampai di sana, soalan yang sering ditanya Tok Abah apabila melihat rumah-rumah peneroka yang besar-besar, ialah: "Macam mana rupa rumah asal peneroka?" Tedi pun tak tahu. Master pula tak pasti kerana Master tahu rupa bentuk rumah asal peneroka di Lui Barat, tetapi Lui Barat adalah Felda yang sangat muda berbandi...

Popular