Catatan

[t17j11] Grant Hanley ingin sertai Newcastle

Imej
Grant Hanley tetap mahu sertai Newcastle manakala Blackburn Rovers bertegas dengan mahukan yuran perpindahan yang tinggi. Grant Hanley dijangka akan meminta penjelasan tentang kedudukannya di Blackburn Rovers kelab itu menolak dua tawaran pembeliannya oleh Magpies. Dipercayai bahawa Hanley berkeinginan untuk berpindah ke Tyneside tetapi Rovers tampak enggan melepaskan kapten mereka itu. Tawaran £3.5 juta dan £4.5 juta setakat ini ditolak tatkala Blackburn meminta jumlah di sekitar £6 juta. Kelab itu mempunyai kedudukan kuat dalam perbincangan ini kerana kontrak Grant Hanley masih berbaki dua tahun. Hanley pula berasa dia telah berkhidmat dengan baik selama 8 tahun dan mahu mencari pengalaman baru. Penolakan tawaran pembelian oleh Blackburn Rovers adalah halangan pertama dalam siri pembelian  pra-musim buat Newcastle United setelah pembelian lancar beberapa pemain iaitu Matz Sels, Jesus Gamez, Dwight Gayle, Matt Ritchie and Issac Hayden . Newcastle Unite...

[t23a21] Peribahasa Berbaik-baik Semula

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Ini adalah koleksi peribahasa Melayu yang berkenaan dengan mereka yang berbaik semula setelah berlaku salah faham atau pergaduhan. Kandungan Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang Biduk lalu kiambang bertaut Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak   Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi. Kandungan Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. Bandingkan dengan peribahasa: Biduk lalu kiambang bertaut . Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak . Kandungan Biduk lalu kiambang bertaut Maksud p...

[t16f21] Yee Mee Kari di Mydin USJ

Imej
Hari ni singgah berbuka di Mydin Mall USJ.  Makanan kegemaran Tedi di sini adalah Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge. Panjang kan nama resepi kegemaran Tedi ni? Selain itu ada juga Yee Mee Sizzling tapi di gerai lain di medan selera ni. Harga Yee Mee Kari ni dalam MYR 7.90. Hari ni makcik tu letak dalam dua bekas sebab dia takut yee mee ni kembang kalau rendam lama dalam kari sementara tunggu waktu berbuka puasa. Selepas berbuka puasa mungkin Tedi ikut Mommy pergi beli baju raya pula. Selepas tu baru kami pergi jemput Sakinah di Puchong Kenangan. Harap-harapnya dia nak ikutlah. Gambar Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge Mommy pula ambil set Bawal Goreng Berempah dengan harga MYR 10.90. Gambar set Ikan Bawal Goreng Berempah 20160621 19:19

[t13e17] Tedi dah terpengaruh dek Mommy?

Imej
Adoi la nye pun. Tedi sudah makin kasihan dengan manusia. Sebabnya? Tedi dah terbaca blog para manusia di Malaysia ni. Selama 4 tahun Tedi kenal blog, Tedi tak pernah baca blog mereka! Cuma Mommy je selalu citer itu ini daripada blog yang Mommy baca. Tipu? Biar la apa manusia nak kata. Tedi tak kisah. Ini kan DIARI Tedi? Sebelum ni banyak baca pasal kawan-kawan Tedi jer Juga pasal pejuang-pejuang daripada kaum manusia yang melindungi mereka Selain itu pasal Microsoft, Apple, Samsung, Sony Ericcson Gambar hiasan menunjukkan satu pasangan suami isteri bersama anak mereka di papan gelongsor di sebuah taman permainan. Tapi bila baca blog manusia di Malaysia ni Nyata berbeza Ada something fishy there ... Hahaha, tak la Blogger Malaysia ni lebih sentimental kot? Ceritacerita pun banyak yang sedih? Atau Tedi yang salah masuk blog? Istilah yang digunakan pun pelik-pelik...  Blogwalking ? Bagi Tedi kalau tak berbaloi untuk dikomen, baik tak payah komen. Walaupun Tedi pernah komen "hahahah...

[t10h16] Manchester United 3 - 0 Newcastle United

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 20100816 Manchester United menewaskan Newcastle United 3-0 dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim 2010/11.

[t13h11] Satu Petang di Hospital Tanah Merah Kelantan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Jadi seperti yang telah disebut sepintas lalu dalam  Idul Fitri 13 - Jalan sumbat raya ke-4 , kami telah menghadirkan diri ke Hospital Tanah Merah Kelantan untuk melawat sepupu Mummy yang baru bersalin tidak cukup bulan di sana. Waktu Melawat SELAMAT DATANG KE HOSPITAL TANAH MERAH TINGKAT 2: WAD PEREMPUAN (WAD 4) TINGKAT 1: WAD BERSALIN (WAD 3) TKT. BAWAH: DEWAN BERSALIN HTM Ada soalan kesihatan? Waktu Melawat HARI AHAD - KHAMIS 12:30 Tengahari - 2.00 Petang 04.30 Petang - 7.00 Petang HARI JUMAAT, SABTU DAN KELEPASAN AM 11.00 Pagi - 2.00 Petang 4:30 Petang - 7.00 Petang PELAWAT DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN Sakan "ingat murah ingat sakan"   ~20130811~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t15h07] Masjid Taman Dato' Harun

Imej
Masjid Taman Dato' Harun, U Mobile, Klinik Salim. Ini adalah salah sebuah masjid yang Tedi suka tengok. Jika lalu sahaja di Lebuhraya Pantai Baharu berdekatan Taman Medan, pasti Tedi akan menoleh mengintai kelibat masjid ini. Mungkin atapnya itu yang memberikannya kelainan dengan ciri-ciri senibina Melayu tradisi. Selain itu masjid ini terletak dalam kawasan dikeliling kedai-kedai, menjadikan ia masjid yang agak "mesra", tidak terasing dalam satu kawasan dia sendiri sahaja. Di hadapannya pada musim raya, ada penjualan lemang besar-besaran.   20150807

Popular