بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Ini adalah koleksi peribahasa Melayu yang berkenaan dengan mereka yang berbaik semula setelah berlaku salah faham atau pergaduhan.


Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga

Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.

Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang

Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali.

Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut.

Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.

Biduk lalu kiambang bertaut

Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir.

Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.

Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.

biduk lalu kiambang bertaut maksud {40} peribahasa biduk lalu kiambang bertaut {36}

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.

Baca karutan Tedi mengenai peribahasa Carik-Carik Bulu Ayam, Lama-lama Bercantum Juga.

Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.

Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak

Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir.

Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut.


Kiriman ini adalah untuk menjawab pertanyaan mengenai peribahasa berbaik semula {6.7}, peribahasa bergaduh berbaik semula {6.0}, peribahasa untuk berbaik semula selepas bergaduh {5.0}, peribahasa untuk bergaduh dan berbaik semula {4.6}, peribahasa adik beradik bergaduh berbaik semula {4.0}, peribahasa gaduh dan berbaik semula {3.4}, peribahasa bergaduh dan berbaik semula {3.0}, dan peribahasa untuk orang yang bergaduh dan berbaik semula {2.5}. Semoga kikriman ini telah menjawab pertanyaan kawan-kawan dan dapat memberikan manfaat.


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih