Catatan

[t05d22] Selamat Jalan

Selamat Jalan Rintikan hujan, Berterusan membasahi bumi ini. Kedinginan hari, Semakin keras mencengkam lubuk hatiku. Kesepian alam, Semakin terasa bersama setiap derap langkahku Genggam janji yang kita meterai, Bersua semula suatu masa. Tiada daya untukku menghalang, Tempias hujan membias mentari, Tiada upaya menggapai warna-warni pelangi. Sekadar menatap hiasannya, Dek beza jarak ia terasing, Tiupan bayu yang lembut, Ku harap menyampaikan doaku mengiringimu, Selamat Jalan duhai teman. Lorong ku tempuhi gelap-gelita, Kehadiranmu teranginya. Ruang ku tempati sunyi sepi, Kehadiranmu hingarkannya. Jalan ku lalui tiada berpenghujung, Kehadiranmu temukannya. Semuanya hanya ku sedari sekali ini, Pada saat perpisahan kita. Kisah pertemuan kita yang singkat ini, Mustahil dinukilkan dengan ungkapan, Tiada kata dapat gambarkan gerangan perasaan. Ada masanya aku berteman dengki, Ada masanya aku berteman simpati, Kini tiada lagi dengan sebab perpisahan, Selamat Jalan duhai...

Kadar Teksi KLIA2 ke Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dari Pulau Langkawi di Kedah Darul Aman di Malaysia menggunakan penerbangan AirAsia AK6315. Pesawat AirAsia AK6315 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pada jam 8:20 malam. Setibanya di KLIA2 perkara pertama yang kami risaukan sebaik sahaja keluar dari Balai Ketibaan adalah bagaimana untuk pulang ke kediaman kami di Bandar Baru Salak Tinggi. Mummy menyemak kadar GRAB untuk ke Bandar Baru Salak Tinggi, kosnya ialah RM 45 (empat puluh lima ringgit Malaysia sahaja) untuk perjalanan sejauh 20 kilometer sahaja. Kami memutuskan untuk menggunakan khidmat teksi bermeter di KLIA2 untuk pulang ke rumah. Perkara pertama yang menjadi tanda tanya ialah berapakah kadar teksi bermeter KLIA2? Kadar Teksi KLIA2 Bermeter Teksi Bajet KLIA2 Tambang Teksi KLIA2 bermeter ke Bandar Baru Salak Tinggi Tambang teksi KLIA2 bermeter lebih murah berbanding GRAB Kenapa takut naik teksi bermeter...

[t22f17] Hari Komunikasi Taska Aina dan bermalam di Bagan Lalang

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari Komunikasi di Tadika Aina Pada waktu tengah hari, Mummy dan Master ke Taska di mana Aina belajar untuk menghadiri Hari Komunikasi iaitu satu sesi di mana para pelajar tadika tersebut perlu menyambut ibu bapa mereka dan berkongsi mengenai kelas di mana mereka belajar. Aina macam biasalah, angguk angguk geleng geleng semasa dalam sesi tersebut. Dia ni tak bercakap kalau di Taska tapi kalau keluar sahaja dari tadika menjerit sana sini. Aina menunjukkan tempat duduknya dalam kelas ketika Mummy dan Master menghadiri Hari Komunikasi anjuran tadika di mana Aina belajar. # Friday, 17 June 2022, 12:28 # 20220617 # OPPO Reno2 # IMG20220617122813 # Selepas sesi tersebut kami sekeluarga pulang ke rumah termasuklah Aina. Master ke Surau Desa Vista untuk tunaikan solat Jumaat, dan sekembalinya Master ke rumah selepas selesai solat Jumaat kami bergerak jemput Aidan di taskanya sebe...

[t17b26] HR Street Cafe di Salak Tinggi di Sepang di Malaysia

Imej
Pada 26 Feb yang lalu, sebelum kami bertolak ke IKEA Cheras untuk mencari rak buku putih siri Billy, kami telah terlebih dahulu merayau di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi di dalam daerah Sepang di Selangor di Malaysia untuk mencari beberapa suap sarapan pagi atau makanan tengahari.

[t17b05] Nan Extra Cheese di RSMY Bangi

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Malam ini Tedi mahu bersantai - tidak mahu mencaci dan mencarut. Jadi Tedi nak kongsikan pengalaman kami makan Roti Nan Cheese Leleh Extra Cheese di restoran RSMY BANGI BEST CHEESE NAAN yang terletak di alamat G8, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. Pada mulanya kami nak ke Restoran Barra, tapi setelah mendapat review yang biasa-biasa sahaja, kami bertukar destinasi ke RSMY Bangi. RSMY buka dari jam 5 petang Kami pergi pada hari Sabtu, 4 Februari 2017 yang lalu, selepas pulang dari mendaki Air Terjun Lepo di Hulu Langat, malangnya kedai RSMY Bangi Cheese Nan itu tutup. Ketika itu jam menunjukkan masa di antara 4 hingga 5 petang. Kerana tidak berpuas hati tidak dapat makan Roti Nan Cheese Meleleh di kedai makan RSMY Bangi tersebut, kami berusaha untuk pergi ke sana semula pada keesokan harinya iaitu hari Ahad, 5 Februari 2017, lebih-lebih lagi apab...

[t13e18] Segmen? Apa pula tu?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Dua tiga hari sejak terjebak dalam aktivit membaca laman-laman blog di Malaysia ni, Tedi mulai menemui istilah-istilah baru. Sebelum ni Tedi mengenali istilah " blogwalking ", iaitu aktiviti melawat blog orang lain dan bertegur sapa di sana. Serupa macam kita melawat rumah jiran tetangga. Aktiviti ini dijadikan disiplin di mana para penulis blog akan memperuntukkan masa tertentu untuk melawat blog kawan-kawan mereka. Hari ni pula Tedi mula mengenali istilah " segmen ". Gambar kulit pilihan Tedi kali ini: " Teddy for her... "   Tedi bertanya kepada seorang blogger apakah itu "segmen"? Tengok nanti dia jawab tak? Mana tau manusia fikir Tedi ni ngada-ngada? Tadi dah baca pasal banyak binatang mati disyaki akibat bom . Lepas ni nak baca pasal pilih kasih di antara kumpulan haiwan lak. Tadi nak baca satu kiriman di  kakisem...

[t16g09] Visit Pengkalan Kubor Free Duty Zone

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Tajuk bahasa omputeh tu bagi gempak sikit, bukannya apa, sebab dah banyak kali terjah Pengkalan Kubor ni. Kali ni bawa Tok Mak, Tok Ayah, Mak Ngah dan family, Pak Teh, dan Pak Su dua orang (kembar). Kami semua baru sampai dari Marang, Terengganu semalam. Bermalam di rumah Tok Abah di Wakaf Bharu. Semalam kami beraya di Ketereh kalau tak silap di Kampung Tok Piah , di rumah keluarga seorang staff Tok Ayah di sana. Malam semalam pula kami terjah Wakaf Che Yeh beli permaidani harga MYR 90 (Sembilan puluh Ringgit Malaysia). Hari ni saja ke Pengkalan Kubor, mana tau mereka nak beli coklat di sini. Punyalah sesak Pengkalan Kubor sampaikan kami terpaksa parking kereta hampir 1 kilometer jauhnya disebabkan kami tak mahu beratur cari tempat letak kereta di dalam kawasan bebas cukai ni. Master nak keluarkan duit di mesin ATM BSN di sini yang satu-satunya auto teller machine di kawa...

Popular