Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dari Pulau Langkawi di Kedah Darul Aman di Malaysia menggunakan penerbangan AirAsia AK6315.

Pesawat AirAsia AK6315 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pada jam 8:20 malam.

Setibanya di KLIA2 perkara pertama yang kami risaukan sebaik sahaja keluar dari Balai Ketibaan adalah bagaimana untuk pulang ke kediaman kami di Bandar Baru Salak Tinggi.

Mummy menyemak kadar GRAB untuk ke Bandar Baru Salak Tinggi, kosnya ialah RM 45 (empat puluh lima ringgit Malaysia sahaja) untuk perjalanan sejauh 20 kilometer sahaja. Kami memutuskan untuk menggunakan khidmat teksi bermeter di KLIA2 untuk pulang ke rumah.

Perkara pertama yang menjadi tanda tanya ialah berapakah kadar teksi bermeter KLIA2?

  1. Kadar Teksi KLIA2 Bermeter Teksi Bajet KLIA2
  2. Tambang Teksi KLIA2 bermeter ke Bandar Baru Salak Tinggi
  3. Tambang teksi KLIA2 bermeter lebih murah berbanding GRAB
  4. Kenapa takut naik teksi bermeter KLIA2?
  5. Penafian
  6. Glosari

Kadar Teksi KLIA2 Bermeter Teksi Bajet KLIA2

Untuk menggunakan perkhidmatan teksi KLIA2 kita terlebih dahulu perlu turun ke Level 1, dan kemudian ke kaunter perkhimatan teksi KLIA2. Di sana ada beberapa kaunter perkhidmatan teksi termasuklah teksi bermeter dan teksi kupon.

Ramai orang beratur di kaunter teksi KLIA2 berkupon jadi Master memilih untuk ke kaunter perkhidmatan teksi KLIA2 bermeter.

Di kaunter tersebut kita perlu bayar RM 2 (dua ringgit Malaysia sahaja) untuk menggunakan khidmat teksi KLIA2 bermeter.

Anggaran kadar teksi KLIA2 untuk kategori teksi bermeter ialah RM 8 per 5 kilometer dan  RM 15 untuk 10 kilometer, dan bayaran awal RM 3 (teksi bajet murah berwarna merah) yang dikenakan walaupun teksi tidak bergerak.

Kemudian kita akan dibawa ke teksi bermeter yang kosong. 

harga dan tambang pekhidmatan teksi KLIA2 murah dari KLIA2 berbanding GRAB
Teksi Proton EXORA yang kami sewa menggunakan perkhidmatan teksi KLIA2 bermeter.
Sumber gambar: https://lccttaxis.wordpress.com.

 

Teksi bermeter KLIA2 yang kami dapat ialah Proton Exora Gold. Mengeluh pemandu teksi bermeter tu apabila diberitahu destinasi kami ialah Salak Tinggi. Biasalah tu pemandu teksi kehampaan setelah menunggu giliran lama untuk dapatkan penumpang tetapi dapat destinasi yang dekat. Syukur sahajalah ada penumpang kerana kaunter teksi bermeter KLIA tiada siapa yang tuju selain kami.

Bayaran awal bagi teksi Proton Exora Gold ini ialah RM 4 (empat ringit Malaysia sahaja) dan tidak RM3 seperti teksi bermeter bajet murah KLIA2.

<top>

Tambang Teksi KLIA2 bermeter ke Bandar Baru Salak Tinggi

Kadar teksi KLIA2 ke rumah kami di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia ialah RM 32 (tiga puluh dua Ringgit Malaysia sahaja) untuk perjalanan sejauh 20 kilometer menggunakan teksi bermeter Proton Exora Gold.

Kos keseluruhannya ialah RM 34 (tiga puluh empat Ringgit Malaysia sahaja) jika termasuk upah tempah teksi KLIA2 bermeter tersebut.

Tambang teksi KLIA2 bermeter lebih murah berbanding GRAB

Tambang teksi KLIA2 ke Bandar Baru Salak Tinggi itu tentunya lebih murah berbanding GRAB, dan kami tak perlu nak menunggu GRAB datang jemput kami kerana teksi KLIA2 sudah sedia menunggu.

Ini adalah kerana kami dikenakan tambang keseluruhan termasuk kupon di kaunter berjumlah RM 34 (tiga puluh empat Ringgit Malaysia sahaja) berbanding RM 45 (empat puluh lima ringgit Malaysia sahaja) jika naik GRAB.

Kenapa takut naik teksi bermeter KLIA2?

Pelik juga Tedi kenapa ramai manusia mengerumuni kaunter teksi berkupon KLIA2 dan tak mahu gunakan teksi bermeter KLIA2?

Tedi rasa ia adalah sebab yang sama kenapa manusia lebih suka gunakan GRAB berbanding teksi, iaitu kerana kepastian atau ketentuan harga tambang teksi tersebut. Tambang teksi berkupon nilainya tetap iaitu kita terus tahu semasa menempah perkhidmatan teksi berkupon KLIA2 tersebut, manakala jika gunakan teksi bermeter KLIA2, kita tidak pasti berapakah harga tambang yang akan dikenakan.

Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan, di mana kekurangan teksi berkupon KLIA2 ialah ia gunakan konsep zon, jadi jika destinasi kita dekat tapi termasuk dalam zon yang jauh, kita kena bayar harga zon jauh tersebut. Pemandu teksi berkupon di airport lain yang pernah kami naiki juga kadangkala akan menyatakan bahawa kaunter perkhidmatan teksi airport tersebut silap beri zon murah, jadi kadangkala kita terpaksa tambah.

<top>

Penafian

Karangan ini adalah catatan peribadi untuk rujukan pada masa hadapan jika Tedi perlu tahu maklumat mengenai teksi klia2, perkhidmatan teksi KLIA2 (klia2 teksi service), teksi di lapangan terbang KLIA2 (teksi airport klia2), teksi klia2 murah tak (sekarang teksi KLIA2 murah berbanding GRAB), dan kadar tambang teksi di KLIA2 (KLIA2 taxi rate).

Glosari

  • tambang = rate, fare (English)
  • teksi = taxi, cab (English)
  • GRAB = perkhidmatan e-hailing yang popular di Malaysia dan Asia Tenggara.
  • teksi KLIA2 bermeter = KLIA2 metered taxi - beli kupon RM 2 dan tambang dikira menggunakan meter.
  • teksi KLIA2 berkupon = KLIA2 coupon taxi - beli kupon mengikut harga zon destinasi. 

<top>