Catatan

[t13f18] Diserang kerana kongsi daging BBQ!

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Tedi memang tak setuju manusia "suap" makanan kepada haiwan liar. ... Daging Kambing Bakar BBQ   Suap tu bukanla hulur makanan ke mulut haiwan tu, tapi bagi makanan kepada haiwan liar.   Apabila melihat kes sebegini, Tedi akan jadi sedih disebabkan oleh beberapa faktor: makanan itu belum tentu sesuai dengan haiwan itu, sedangkan manusia pun diracuni makanan mereka sendiri. Tengok je lah kes darah tinggi, kencing manis, dan lain-lain lagi. Bezanya manusia ada hospital. haiwan liar itu akan terganggu cara hidup asalnya, dia akan bergantung kepada manusia, contoh terbaik ialah monyet yang curi makanan manusia di Tasik Dayang Bunting di Langkawi. Monyet atau beruk atau kera? Tedi tak pasti, tapi berhati-hati ketika di sana. Jadi kepada manusia di luar sana, tak payahlah tunjuk yang kamu tu kononnya baik sangat dengan berkongsi makanan kamu tu kepada haiwan liar!  ...

[t21l07] Kedah sambar Amirul Azhan

Amirul Azhan sah menjadi milik Kedah ALOR SETAR: Bekas pemain pertahanan Perak FC, Amirul Azhan Aznan kini sah menjadi milik Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk menghadapi saingan aksi Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan. Perkembangan kemasukan pemain dari Ipoh, Perak itu dimaklumkan melalui media rasmi KDA FC hari ini sekali gus membuktikan spekulasi penyokong tepat. "KDA FC dengan ini mengumumkan seorang lagi pemain tempatan baharu untuk musim 2022, Amirul Azhan Aznan. "Pemain berusia 28 tahun yang berasal dari Ipoh Perak ini adalah 'produk' Sekolah Sukan Bukit Jalil dan telah lama menabur bakti bersama pasukan Perak sejak peringkat remaja hinggalah ke pasukan utama dan kehadiran beliau bakal memberi saingan di posisi pertahanan kanan.  "Beliau yang pernah mendapat panggilan skuad kebangsaan sebelum ini berazam untuk lebih bersedia dan memperbaiki prestasi dalam saingan untuk disenaraikan dalam barisan kesebelasan utama skuad Hijau Kuning," menurut keny...

[t18j07] Street Food Festival di TESCO Putra Nilai

Imej
Hari ini pergi ke TESCO Putra Nilai di Bandar Baru Nilai tanpa bawa Nor Aina sekali disebabkan Aina mula semput-semput dan muntah-muntah, mungkin juga dia selsema, tapi tak demam. Aina tinggal di rumah bersama Tok Ma, Tok Abah, dan Mak Su yang baru tiba semalam. Ini adalah gambar yang sempat Tedi snap semasa tunggu Mummy membeli-belah. Di TESCO PUtra Nilai turut ada pusat POS Laju courier, ada permainan video untuk kanak-kanak, dan ada hiasan Wau Bulan. Sekali ada Street Food Festival di kawasan letak kereta TESCO Putra Nilai ni. Street Food Festival bermaksud Pesta Makanan Jalanan di mana para peniaga berkumpul dan menjual makanan yang selalu dijumpai dijual di gerai-gerai tepi jalan. Festival kali ni tidak menyebut pesta makanan jenis apa tapi nampak macam makanan Thailand mendominasi. Ia adalah satu usaha yang baik untuk pasarkan produk mereka dengan cara berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat. Mungkin kerana jualan sebegini lebih mendapat sambutan kerana pelanggan ...

[t21l02] Pantun khas buat Baddrol Bakhtiar

ROSLINDA HASHIM | 20211202 Muhammad Sanusi memuat naik pantun di Facebook miliknya yang ditujukan khas buat Baddrol Bakhtiar. (Gambar kecil: Muhammad Sanusi) A A SELEPAS pantun yang ditujukan khas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) tular dan ‘menghangatkan’ arena bola sepak, kali ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengubah serangkap pantun khas untuk ketua pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Baddrol Bakhtiar. Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memuat naik pantun empat kerat itu di Facebook miliknya, sejurus Baddrol disahkan meninggalkan pasukan Kedah untuk menyertai Sabah FC musim hadapan. Menerusi bait pantun tersebut, Muhammad Sanusi seakan menggambarkan harapan untuk Baddrol akan kembali beraksi di Kedah walaupun sudah jauh ke Sabah untuk meneruskan karier bola sepak beliau. "Pantun Pucuk pauh delima batu, Anak semilang di tapak tangan, Biar jauh beribu batu, Hilang di mata di hati jangan," tulisnya. Menerusi perkongsian...

[t13g01] Football Manager : Felda United di tempat ke-3 Liga Super Malaysia 2021

Imej
Akhirnya setelah 8 musim bersama Felda United FC, berjaya dapat Top 3 dalam Liga Super Malaysia. Artikel ini adalah berkaitan dengan permainan komputer Football Manager . Jika anda tiada pengetahuan mengenainya, kiriman ini mungkin tidak berguna sama sekali kepada anda.   Komen pra-musim 2021. Musim 2020 merupakan tahun dukacita di mana Felda United terhumban hampir ke dasar kedudukan liga. Felda United kelihatan tidak kental bertahan dan kelam-kabut apabila ditentang oleh musuh dengan formasi 4-1-2-1-2. Rumusan untuk musim 2021. Musim 2021 telah berakhir & ajaibnya Felda United berjaya duduk di tangga ke-3 . Hal ini mengejutkan ramai pihak kerana bajet Felda United sungguh terhad . Kami tidak membeli pemain melainkan melalui perpindahan percuma sahaja . Selain itu Tedi turut menggunakan ramai pemain muda yang dibentuk melalui akademi kelab yang tak berapa ok tu. Dah berulangkali Tedi minta lembaga pengarah supaya majukan akademi kelab, namun mereka enggan . Me...

[t19g15] Aina 2 tahun 4 bulan 26 hari

Imej
Gambar Aina semasa berumur 2 tahun 4 bulan dan 26 hari. Monday, 15 July 2019, 14:35 | DSC_8281-COLLAGE.jpg | Sony G3226 20190715

[t18i24] Aina Suntik Setahun 6 Bulan

Imej
Semalam Aina terima suntikan untuk bayi berumur satu tahun enam bulan. Suntikan itu diambil di Klinik Kesihatan Salak. Kami ke sana pada waktu petang, bertolak dari Bangsar South sekitar jam 1:30 petang dan sampai di klinik pada jam 3:30 petang. Kami singgah di RnR Nilai untuk membolehkan Mummy menunaikan solat Zuhur. Nanti susah pula nak bergilir menjaga Aina jika Mummy dan Master tunggu solat di klinik tersebut. Sebelum disuntik, Aina sungguh galak, termasuklah memukul anak orang, menggigit bayi, memanjat kerusi, menjerit tak payah ceritalah. Selepas disuntik Aina menangis tak boleh berjalan, padahal yang disuntik ialah lengannya.   Tilam toto sampai Petang semalam juga GDex hantar tilam toto yang Mummy beli. Tujuan beli tilam ni supaya dapatlah Aina tidur di bawah kalau tidur di atas katil takut dia jatuh katil pula. Tedi panggil tilam toto kerana ketebalannya tidak setebal tilam biasa tetapi tidak pula senipis toto. Toto ni bukan toto judi tu tapi benda yang dijadikan a...

Popular