Hari ini pergi ke TESCO Putra Nilai di Bandar Baru Nilai tanpa bawa Nor Aina sekali disebabkan Aina mula semput-semput dan muntah-muntah, mungkin juga dia selsema, tapi tak demam.

Aina tinggal di rumah bersama Tok Ma, Tok Abah, dan Mak Su yang baru tiba semalam.

Ini adalah gambar yang sempat Tedi snap semasa tunggu Mummy membeli-belah.

gambar buah tembikai dalam rak jualan di TESCO Putra Nilai

Di TESCO PUtra Nilai turut ada pusat POS Laju courier, ada permainan video untuk kanak-kanak, dan ada hiasan Wau Bulan.

gambar budak naiki motosikal mainan, hiasan wau bulan, dan POS Laju Courier.

Sekali ada Street Food Festival di kawasan letak kereta TESCO Putra Nilai ni. Street Food Festival bermaksud Pesta Makanan Jalanan di mana para peniaga berkumpul dan menjual makanan yang selalu dijumpai dijual di gerai-gerai tepi jalan. Festival kali ni tidak menyebut pesta makanan jenis apa tapi nampak macam makanan Thailand mendominasi.

Ia adalah satu usaha yang baik untuk pasarkan produk mereka dengan cara berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat. Mungkin kerana jualan sebegini lebih mendapat sambutan kerana pelanggan mahu mencuba sesuatu yang baru.

Gambar pelanggan beratur beli Nasi Briyani Arab, Nasi Kaomok di Kak Roh Kitchen.Gambar Kerabu Suhun, Kerabu Kaki Ayam, Mee Celup, Kerabu Maggi. Gadis duduk di meja. Gadis beli makanan. Alas meja merah.

Ada Tom Yam Ori, Mee Celup, Tea Tarik Thailand, Kerabu Maggi, Kerabu Suhun, Kerabu Kaki Ayam.

Gambar papan tanda TESCO, papan tanda Berhenti, tempat letak kereta TESCO Putra Nilai. Street Food.