Catatan

T21H03 Cash Deposit

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Apa maksud "deposit"? Sebelum Tedi merapu mengenai Cash Deposit lebih baik kita kaji dulu apakah maksud deposit dalam Bahasa Melayu. Tulisan jawi untuk deposit:  ديڤوسيت   Definisi daripada Kamus Dewan Edisi Keempat simpanan wang di bank atau institusi yang serupa dengannya; deposit tetap : simpanan wang yang tertentu lamanya (atau untuk jangka masa yang ditetapkan) dengan mendapat bayaran faedah wang yang disimpan di bank atau institusi yang serupa; mendepositkan : menyimpan wang di bank atau institusi yang serupa untuk mendapatkan faedah atau untuk keselamatan; pendeposit : penyimpan wang di bank Definisi daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua wang yang disimpan (tersimpan) dalam bank. sebahagian daripada bayaran berupa wang yang dibayarkan (sebahagian lagi adalah hutang) atau dipanggil wang pendahuluan. mendepositkan : memasukkan atau menyimpan wang di ba...

T13F06 Pisau cukur atau pisau pemotong daging?

Imej
Topik hari ini adalah mengenai simpulan bahasa "Pisau Cukur" yang bermaksud "seseorang yang mengikis harta orang lain". Perbincangan pagi ni disusuli dengan panggilan telefon seorang pendengar yang menceritakan kisahnya. Kemudian DJ bertugas komen, "Ini bukan pisau cukur, tapi pisau pemotong daging!" . Kawan-kawannya yang lain pun mengiyakan. Pisau cukur zaman dulukala, diasah menggunakan kulit. Keris Pusakaku: Pisau Cukur Sumbing Kenapalah orang Melayu zaman sekarang suka sangat perlekeh orang Melayu zaman dulu? Tak terfikirkah orang zaman dulu pun kenal juga pisau pemotong daging, tapi kenapa mereka guna "Pisau Cukur"? Kecil tak semestinya tak hebat Pisau pemotong daging tugasnya memotong daging. Daging selalunya dipotong besar-besar, tidak dihiris halus-halus atau nipis-nipis dan hasilnya akan ada banyak daging tersisa. Itu bukanlah suatu masalah kerana memang tujuannya hanya untuk potong daging. Orang Jepun pula sebagai...

T21G29 Tapak Sulaiman

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Adakah Tapak Sulaiman mempunyai tulang belakang? Asal-usul nama Tapak Sulaiman Organ pernafasan Tapak Sulaiman Tapak Sulaiman boleh dimakan? Tapak Sulaiman dalam Bahasa Inggeris Warna Tapak Sulaiman Adakah Tapak Sulaiman mempunyai tulang belakang? Tapak Sulaiman  tidak mempunyai tulang belakang , yang menjadikannya sebahagian daripada kumpulan yang disebut invertebrata . Asal-usul nama Tapak Sulaiman Kenapa nama Tapak Sulaiman? atau kenapa dipanggil Tapak Sulaiman? Boleh rujuk kajian Tedi di dalam  Kenapa starfish dipanggil Tapak Sulaiman? . Organ pernafasan Tapak Sulaiman Boleh rujuk tulisan bertajuk Tapak Sulaiman Bernafas Melalui Apa? Tapak Sulaiman boleh dimakan? Boleh rujuk tulisan di dalam  Tapak Sulaiman Boleh Dimakan? . Tapak Sulaiman dalam Bahasa Inggeris Tapak Sulaiman dipanggil starfish dalam Bahasa Inggeris. star = bintang fish = ik...

T21H02 Lima perkara utama perlu diambilkira semasa pilih kasut joging

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Terdapat banyak pilihan kasut joging untuk para pelari. Maklumat berkenaan pemakaian kasut joging dan hubungannya dengan kesihatan otot rangka juga banyak. Walaupun tidak ada kasut "sempurna" untuk semua pelari, ada bukti yang menunjukkan bahawa ciri-ciri kasut tertentu dapat membantu memupuk corak larian yang sihat (3). Kasut joging harus melindungi pelari dari kecederaan dan membiarkan kaki mengawal pergerakan semasa berada dalam fasa berdiri ketika berjalan. Lima ciri utama kasut yang mendorong pergerakan yang sihat semasa berjoging adalah seperti berikut: Penurunan tumit ke jari kaki yang minimum - ini merujuk kepada perbezaan ketebalan antara alas tumit dan alas jari kaki; kasut dengan ukuran 6 mm atau kurang dianggap “minimum” Neutral - kasut tidak mengandungi elemen kawalan kestabilan atau elemen kawalan pergerakan yang mengganggu pergerakan kaki yang...

T13F12 Hari ke-2 brainstorming HUR

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Alhamdulillah, sudah masuk hari kedua sesi brainstorming  untuk projek HUR. Penat, memang penat. Namun hari ini agak mendamaikan. Harapnya esok akan seperti hari ini, atau lebih baik lagi! Sesi pecah otak untuk HUR sudah masuk hari ke-2. Tinggal esok sahaja lagi, kerana sesi hari Jumaat telah dibatalkan. Namun, Tedi perlu siap-siaga dengan Projek CAD kerana hari Jumaat itu telah diambil oleh kumpulan Projek CAD untuk sesi pembubaran kumpulan. Tedi sudah kelelahan, maaflah duhai diari kerana semakin jarang menjengukmu. Terima kasih kepada kawan-kawan yang masih sudi menjenguk interpretZZ. Tedi akan curi masa untuk menjenguk kalian nanti. ~20130612~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

T21G17 Malaysia tuntut bukti tragedi MH17 didedahkan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ KUALA LUMPUR: Malaysia menuntut semua bukti berkaitan tragedi pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine, tujuh tahun lalu didedahkan kepada umum. Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan berkata, proses penghakiman kes berkenaan juga perlu dijalankan secara adil serta tidak dipengaruhi oleh sebarang tekanan politik bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan. Katanya, Malaysia sentiasa komited dan memberikan sokongan penuh dalam usaha mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. "Malaysia mengulangi pendirian bahawa pelaku yang tidak berperikemanusiaan perlu diheret ke muka pengadilan. "Bukan hanya untuk menegakkan keadilan tetapi juga sekurang-kurangnya dapat memberi ketenangan kepada setiap ahli keluarga mangsa tragedi yang kehilangan insan tersayang," katanya. Hari ini genap tujuh tahu...

T16D16 Newcastle United tolak permintaan mainkan lagu peringati MH17

Imej
Newcastle United menolak permintaan daripada  Barry Sweeney untuk mainkan lagu  MH17  kepada para pemain sebelum perlawanan menentang Swansea City pada malam ini. Barry, kehilangan anak lelaki bernama Liam dalam tragedi MH17, telah mencadangkan kepada Newcastle United untuk tunjukkan kepada para pemain petikan video lagu tribut bertajuk United We Stand yang dinyanyikan Junior Turner sebelum sepak mula untuk naikkan semangat permain. Tapi Newcastle menolak permintaan itu atas alasan mereka tidak mahu ganggu persediaan pasukan pada masa yang cukup kritikal (sebelum sepak mula). Barry berkata: “Saya cuma mahu tunjukkannya kepada para pemain klip video tersebut. Saya sangat gembira jika kelab mahu berusaha sehabis baik dalam perlawanan Sabtu ini”. Barry bermaksud mahu pemain tonton video yang memaparkan semangat penyokong itu, tetapi dia juga terima alasan pasukan, kerana dia tahu lagu itu lagu sedih. “Apa yang saya mahukan adalah komitmen 100% daripada...

Popular