Catatan

Pemeriksaan Aidan 2 tahun

Temujanji di Klinik Kesihatan Salak Hari ini mummy bawa Aidan ke Klinik Kesihatan sempena temujanji pemeriksaan kesihatan Aidan sempena umurnya yang bakal cecah 2 tahun. Master hantar Mummy ke Klinik Kesihatan Salak selepas hantar Aina ke Taska pada jam lebih kurang 10 pagi. Kami tiba di Klinik Kesihatan Salak sekitar jam 10:24 pagi Ramai betul manusia yang datang ke klinik kesihatan tersebut. Master balik ke rumah kerana bekerja dari rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan. Sekitar jam 11:08 pagi Master ambil Mummy di Klinik Kesihatan Salak. Jururawat di Klinik Kesihatan Salak menasihatkan Mummy supaya sapu madu di bibir Aidan untuk ajar dia belajar menelan. Pada masa ini air liur Aidan masih meleleh dan salah satu puncanya ialah mungkin kerana bayi ada masalah untuk menelan. Selain itu jururawat berikan tempoh sehingga Julai untuk Aidan diperiksa semula sebelum dirujuk kepada doktor untuk masalah speech delay  (lewat bertutur). Ini kerana pada masa ini Aidan masih tidak s...

Aina punya susu, Aidan yang habiskan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari ini kami memulakan hari dengan Aina dan Aidan mandi-manda di kolam air pancut mini di halaman rumah. Kemudian kami bergerak ke Alamanda untuk baiki charm gelang tangan Mummy yang rosak di kedai emas Habib Jewels.   Enjin kereta Proton Persona tak boleh hidup Sebelum itu Master sempat cuba hidupkan kereta Proton Persona kerana dia tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Ternyata enjin kereta tidak dapat dihidupkan dan hanya berbunyi tak tak tak. Nasib baik ada kiriman lama bertajuk  Enjin Kereta Proton Persona tak boleh start bunyi tak tak tak yang menjadi rujukan dalam mengatasi masalah itu. Kali ini Master sudah memiliki jumper sendiri jadi tidak perlu pinjam daripada sesiapa.   Makan tengahari di Nandos Alamanda Sebaik saja selesai urusan Mummy di kedai emas Habib Jewels, kami mencari medan selera untuk makan tengahari. Tetapi medan seleranya dilindungi d...

Bukan kemenangan mudah buat Kedah - Aidil

Alor Setar: Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Sharin Sahak mengakui tidak mudah mencapai kemenangan 3-1 ke atas Sri Pahang meskipun beraksi berhadapan 10 pemain pada aksi perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang di Stadium Darul Aman semalam. "Kami tidak bermula dengan baik, dan bermula dengan tempo perlahan, tetapi saya bersyukur selepas tempoh 15 minit kami kembali bangkit dengan penguasaan yang lebih baik. "Sebenarnya tidak begitu mudah untuk kami walaupun berhadapan dengan pihak lawan yang hanya beraksi dengan 10 pemain selepas pihak lawan menyamakan kedudukan pada babak pertama, tambahan pula pertahanan Sri Pahang menjadi lebih kompak serta menyukarkan melalui gerakan melalui ruang tengah. "Pada waktu rehat, saya berkata kepada pemain di bilik persalinan bahawa kita hanya beraksi dengan 10 pemain dan kita tidak mahu tewas perlawanan ini dan pemain memberi reaksi yang baik dan terus bangkit mencari gol, dan hasilnya kita mendapat gol dari sepakan penalt...

KDA FC teruskan rentak kemenangan

ALOR SETAR: Misi meraih tiga mata di laman sendiri tercapai apabila Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meneruskan rentak kemenangannya dengan menundukkan Sri Pahang 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Dua gol Baddrol Bakhtiar dan satu oleh Kpah Sherman meletakkan Kedah di tangga kedua Liga Super setakat ini. Pada babak pertama, Kedah mendapat peluang terbaik melalui sepakan bebas oleh Rabih Ataya seawal minit keenam namun ditepis penjaga gawang Sri Pahang, Zarif Irfan. Sri Pahang dikejutkan apabila pemain import pertahanan, Herold Goulon dilayangkan kad merah pada minit ke-16 kerana mengasari Kpah Sherman. Serangan demi serangan dilakukan Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-36 menerusi Baddrol. Ia bagaimanapun tidak kekal lama apabila skuad Tok Gajah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-41 menerusi Nur Izzat Che Awang yang menewaskan penjaga gol Kedah, Shahril Sa'ari selepas menyempurnakan hantaran daripada Nor Azam Azih. Seminit selepas...

Hari pertama Aina di rumah pengasuh

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Gambar hidangan bernama Lemang Pulut dengan rendang di atasnya sempena jamuan hari raya (agaknya) di pejabat Mummy di Bangsar. # Monday, 17 July 2017, 11:26 # 20170717 # IMG_20170717_112607.jpg # HUAWEI H30-U10 # 20170717 menjadi tarikh keramat bermulanya pengalaman hidup bayi Aina tinggal di rumah pengasuh. Sebelum ini aunty Yan yang jaga baby Aina, jadi tidaklah risau sangat sebab saudara yang jaga. Tambahan pula pengasuh bayi Aina ni tinggal di Pantai Permai berhampiran Bangsar South di mana Master bekerja, bermakna ia adalah pengalaman baru bayi Aina travel sejauh 100 kilometer sehari dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang 3 jam sehari. Malam tadi Aina duk menangis sahaja, tapi senyap jugalah apabila Master dukung dia bawa jalan-jalan dalam rumah, naik turun tangga. Tak tahulah kenapa bayi Aina asyik menangis saja, mungkinkah dia kepenatan travel jauh naik kere...

Bermula dari awal atau teruskan?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Gambar seekor beruang Teddy sedang menelangkupkan mukanya di atas katil. # Tuesday, 28 May 2013, 07:55 # 20130528 # DSC_0439.jpg # Kamera telefon bimbit Sony Ericsson ST27i #   Susahnya kerja sekolah yang Cikgu Pogy bagi ni sehingga benar-benar menekan jiwa. Lepas tu ada kawan maklumkan yang kerja sekolah Tedi sebelum ni ada masalah dan perlu disemak semula. Ketika ini Tedi dihimpit oleh 2 persoalan: Perlukah Tedi berhenti dan mulakan semuanya daripada awal? Perlukah Tedi teruskan dengan apa yang telah dimulakan, walaupun masih tak nampak cahaya di hujung terowong? Kalau nak mulakan semula macam rugilah pula di atas semua usaha yang telah dicurahkan. Tapi kalau tak mulakan semula, takut projek itu memang berada pada jalan yang salah dan takkan menemui penamat yang diharapkan. ~20130529~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Penyelesaian Windows 10 matikan penyesuai tanpa wayar

Imej
Perbincangan Pada masa sekarang ni Master of Tedi menggunakan adapter WIFI USB TP-LINK TL-WN727N pada komputer riba beliau kerana entah kenapa berlaku kejelikan pada pembekal yang membekalkan komputer riba tanpa memasang adapter tanpa wayar di dalamnya. Penyesuai USB ni sama seperti apa yang kita panggil huddle tu. Masalahnya sekarang ni ialah penyesuai tersebut selalu dimatikan oleh Windows 10 ketika menggunakan bekalan kuasa daripada bateri sahaja. Ini menyebabkan komputer riba HP PROBOOK G5 tu selalu terputus sambungan internet. Melalui kajian di internet, rupa-rupanya ramai yang menghadapi masalah seperti ini, dan di bawah ni adalah salah satu panduan daripada Microsoft untuk selesaikan masalah tersebut. Penyelesaian kepada masalah penyesuai tanpa wayar dimatikan oleh Windows 10 Ramai pengguna yang mengalami masalah Windows mematikan adapter WiFi mereka secara automatik. Memadamkan pilihan "Allow windows to turn this device off for power efficiency" selalunya ti...

Popular