Catatan

Tonggak Singapura sah sertai Hijau Kuning

Alor Setar: Pemain kebangsaan Singapura, M Anumanthan kini sah bergelar pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Bekas pemain kelab Hougang United FC (HUFC) berusia 26 tahun itu memenuhi kuota pemain import Asean baharu bagi menggantikan Shakir Hamzah yang beraksi selama dua musim bermula 2019 bersama skuad Lang Merah. Dia yang tiba di Kedah sejak semalam sudah menyertai latihan bersama pasukan kendalian ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak di padang latihan pada sebelah petang. "Kebolehan beraksi di beberapa posisi penting skuad Kedah menarik minat barisan kejurulatihan KDA FC untuk mendapatkannya. "Selain mempunyai fizikal tubuh badan yang tinggi, pengalaman pernah bersama Aidil Sharin sewaktu di Home United sebelum ini akan membentuk persefahaman yang baik untuk musim 2021," kata kenyataan di Facebook KDA FC. Sementara itu Ketua Jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak turut gembira dengan proses kemasukan pemain import berkenaan yan...

Mana ada nak pinjam Sumareh, Liridon

KUALA LUMPUR: Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menafikan spekulasi yang hangat bermain di media sosial ketika ini bahawa pasukan itu akan mendapatkan khidmat pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi secara pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT). Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali menganggap ia hanya spekulasi biasa yang dicetuskan oleh pihak tertentu di media sosial. "Media sosial itu biasa, adakah (berita) di media sosial itu satu benda yang pasti? Setakat ini kelab kita tiada info atau perjumpaan. Itu hanya spekulasi. "Tak ada apa (perbincangan dengan Sumareh dan Liridon). Buat tak tahu sahaja, nama pun media sosial. Dia boleh baling batu dan sembunyi tangan. Tapi orang boleh percaya, itu yang bahaya," katanya kepada BH Sukan. Spekulasi mengenai dua pemain berstatus naturalisasi itu akan dipinjamkan JDT ke Kedah untuk saingan musim depan mula hangat diperkatakan selepas ia tersebar di media sosial sejak semalam. Liridon sememang...

Baddrol yakin gandingan pasukan Kedah

Alor Setar: Ketua Pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar yakin gandingan pemain lama dan baharu mampu memperkuatkan lagi pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini. Katanya, sehingga kini pasukan terbabit masih dalam peringkat mencari dan membentuk keserasian di antara pemain lama dan baharu namun tetap akan untuk memberikan yang terbaik untuk Kedah. "Masih awal hendak beri komen kerana kami baru 10 hari menjalani latihan bersama, jadi keserasian itu masih dicari tetapi akan tetap beri yang terbaik untuk saingan 2021 dan mengharapkan sesuatu yang positif untuk pasukan Hijau Kuning. "Saya juga berharap pemain lama yang kembali dengan pasukan Kedah dapat mempamerkan prestasi yang cemerlang untuk membantu pasukan bermain dengan lebih baik," katanya ketika ditanya mengenai keserasian antara pemain dalam pasukan Kedah 2021. Terdahulu, Baddrol dipilih sebagai Ikon Kempen Pembudayaan Norma Baharu Negeri Kedah pada Perhimpunan Pagi Penjawat Awam di Wisma Darul Aman yang dihad...

[t11c31] Hari Terakhir di Kuching Sarawak Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari terakhir di Kuching sempena travelog Kuching TKC ini kami banyak menghabiskan masa dengan aktiviti membeli-belah. Pasar Tamu DBKU Satok Pada waktu tengah hari kami pergi ke Pasar Tamu DBKU Satok. DBKU adalah singkatan kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara. Pasar Tamu DBKU Satok ini lebih terkenal sebagai Pasar Satok dan produk utama yang menjadi sasaran pelancong adalah ikan terubuk masin Sarawak untuk dijadikan buah tangan. Pasar Tamu DBKU Satok. Khabarnya pasar ini sudah tiada lagi kerana telah dirobohkan pada tahun 2013. Pasar Satok ini menjual barang basah dan yang terkenal di kalangan pelancong seperti kami tentunya ikan terubuk masin.  # Thursday, 31 March 2011, 13:16 # 20110331 # _MG_8306 # Canon EOS 500D #     ~20110331~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Reputasi, Aidil dan penyokong Kedah pikat Ataya

KUALA LUMPUR: Reputasi, penyokong dan ketua jurulatih, Aidil Sharin Shahak adalah tiga faktor utama yang membawa pemain sayap dari Lebanon, Rabih Ataya memilih Kedah sebagai destinasinya dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Mengisi kuota pemain Asia, Ataya, 31, Kedah adalah pasukan besar dalam Liga M dan menyertai kelab tersebut adalah satu penghormatan buatnya. “Pulun Kedah Pulun… Saya sangat gembira dapat bersama Kedah dan berharap dapat menyumbang aksi terbaik bersama pasukan ini yang memiliki ramai penyokong, selain bergandingan dengan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak. “Apa yang mereka maklumkan adalah Malaysia negara yang bagus kerana sebuah negara Muslim dan ini menambah minat saya untuk terus beraksi di sini dan harap dapat kekal di sini tiga atau empat tahun lagi, insya-Allah,” katanya dalam video yang dimuat naik Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hari ini. Ketika beraksi secara pinjaman bersama UiTM FC musim lalu, Ataya membuat sembilan penampilan dan meledak dua gol. Ataya...

Baguskah pelan webe?

Imej
Pasti ramai rakyat Malaysia sudah mengetahui akan kewujudan perkhidmatan telco webe. webe adalah anak syarikat TM Berhad. TM beli syarikat telekomunikasi P1 dan kemudian menjenamakan semula P1 kepada webe. Mungkin TM tidak mahu nama buruk P1 terpalit kepada webe, di mana P1 sinonim dengan kelajuan capaian rangkaian telekomunikasi yang perlahan. Tedi beruntung kerana sempat menjadi pengguna pioneer kepada pelan webe, iaitu sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Akaun pioneer ini ditawarkan kepada pelanggan TM dan P1 yang terpilih. Bagaimana kami dipilih? Tidaklah Tedi mengetahui kaedahnya. Selepas menjadi pengguna pioneer webe ini, soalan pertama yang sering ditanyakan kepada Tedi adalah, apakah setting APN webe ? Kali ini selepas pelan webe ditawarkan secara rasmi dan terbuka kepada orang ramai, soalan yang sering ditanya ialah, "Bagus ke pelan webe ni?" Ia adalah satu soalan yang mencabar untuk dijawab pada ketika ini. Jika mereka bertanyakan soalan yang sama sebelum w...

'Klon' Hariss Harun sertai Kedah

Alor Setar: Spekulasi pemain kebangsaan Singapura M Anumanthan bakal menyertai pasukan Kedah dalam Liga Malaysia (Liga M) semakin bertiup kencang. Pemain posisi tengah itu makin hampir bersama Hijau Kuning susulan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) juga turut mengesahkan bakal mengikat seorang pemain kuota Asean dari Singapura sebelum ini. Menurut sumber, pemain yang memiliki corak permainan seperti rakan senegaranya, Hariss Harun itu bakal membarisi ruang tengah dan mungkin berganding bersama Baddrol Bakhtiar dan seorang lagi pemain import dari Lebanon, Rabih Ataya yang turut dikaitkan bersama Kedah. "Jika diberi peluang, beliau mampu menjadi pemain tengah hebat seperti rakan senegaranya Hariss Harun yang pernah beraksi dalam Liga M bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ini," katanya. Malah terdapat laporan berita antarabangsa sebelum ini yang memetik pemain yang memulakan kariernya bersama skuad Young Lions pada 2012 ini bakal 'bergabung' dengan jurulatih Aidil Sha...

Popular