Catatan

Ladang Air Manis, Sabak Bernam, Selangor

Imej
"Selamat Datang ke Ladang Air Manis, Sabak Bernam."

Bagaimana dapatkan Object daripada Model

Function ni biasa-biasa sahaja. Cuma apa yang Tedi nak rekodkan dalam function ni ialah: bagaimana kita mendapatkan Object daripada Model. bagaimana buat function ringkas untuk kurangkan code complexity. Contohnya kod ni cuma periksa sama ada Blob dan Objek tu null atau tidak, itu je. public boolean isMerchantGotFileAndModelIsEmpty (Blob fileFromMerchant, String attributeName, Model model) { Map<String, Object> modelMap = model.asMap(); Object file = modelMap.get(attributeName); return ( null != fileFromMerchant && null == file ); } Label: how to retrieve Object from Model Spring MVC

Selenggara Proton SAGA BLM

Imej
Misi utama adalah untuk tukar minyak gear manual kerana terasa sangkut ketika dalam kesesakan lalu lintas Minyak transmisi manual sepatutnya ditukar setiap 20000 (dua puluh ribu) kilometer. Selain itu minyak enjin juga ditukar, menggunakan Petronas Syntium 1000 sintetik penuh. Master gemar gunakan sintetik penuh kerana kami berjalan jauh. Ia sepatutnya ditukar setiap 10000 (sepuluh ribu) kilometer, namun ramai yang cadangkan tukar setiap 7000 (tujuh ribu) kilometer kerana kami selalu sangkut dalam kesesakan lalu lintas. Item Keterangan Bilangan Unit Harga Seunit Diskaun Jumlah 1. Periksa dan ganti 1   45.00 0.00 45.00 2. Minyak enjin Pertronas Syntium 1000 15W/50 Sintetik Penuh 4 Liter 1 Botol 200.00 0.00 200.00 3. Penapis minyak 1 Set  12.22 0.00 12.22 4. Spark plug - BPR6EF-11 1 Set  38.00 0.00 38.00 5. Minyak gear manual HQ Multi 75SW-85 2 Botol 42.00 0.00 84.00 6. Penjajaran roda hadapan 1 Set  25...

Bukan hari ni cuti ka?

Imej
Mommy: "Tedi, bangun!" Tedi: "Alah Mommy ni, nape nak kena bangun?" Mommy: "Bangun, pegi sekolah!" Tedi: "Sekolah cuti la Mommy!" Marah la Tedi, sekolah cuti pun Mommy kejut pegi sekolah. Mommy: "Aik, cuti apa pulak?" Mommy ni, nak kena dengan Tedi ni. Tu la, perkembangan negara tak nak amik tahu. Tedi: "Hari Guru la Mommy. Cikgu2 semua cuti sebab Hari Guru, sekolah mesti la cuti!" Mommy: "Banyak cekadak kau, bangun cepat! Bila masanya Hari Guru cuti sekolah?" Garangnya Mommy, Tedi cepat2 bangun. Hari Buruh, orang kerja semua cuti. Hari Guru, cikgu tak cuti ka? Pelik la manusia ni. zairul.com: SELAMAT HARI GURU – 16 MEI 20130516

Jangan dedahkan aurat anda.

Imej
Pakailah pakaian yang sesuai ketika solat. Ada manusia yang solat dengan memakai baju yang singkat atau ketat, dan apabila mereka ruku' atau sujud, aurat mereka terdedah. Apatah lagi ada lelaki yang suka memakai seluar londeh! Apabila sujud nampak boxer ! Nasib baik nampak boxer ! Tu pun dah meloyakan jemaah di belakang. Ada lagi teruk yang terdedah lurah punggung... eeei... kekadang Tedi pelik kenapa manusia sebegini ada? Bagaimana mereka ni boleh dikatakan cukup hebat kerana berjemaah namun tak jaga tatacara solat berjemaah? Jika aurat terdedah lebih daripada masa yang diambil untuk mengucapkan Subhanallah sebanyak 3 kali, solat anda terbatal. Selain itu elakkan pakaian yang mengganggu jemaah lain contohnya pakaian dengan gambar-gambar atau tulisan. Bagi lelaki pula, elakkan pakai seluar atau pakaian yang melebihi buku lali.  20141112

Binaan pertama Aina: Kapal

Imej
Aina sedang memperagakan karya pertamanya menggunakan bongkah mainan jenama tak tahu yang pasti bukan LEGO yang mahal tu. Aina menamakan binaannya ini sebagai "Kapal". Tak pastilah sebab apa? Mungkin sebab dia baru menonton The Pirates di saluran TVN yang menunjukkan sekumpulan lanun memburu Ikan Paus. Tetapi apabila diperhatikan, betullah, nampak macam kapal... hihihi... Bukan senang nak suruh Aina posing macam ni, memang bertuahlah kalau dapat tangkap gambari dia posing. # umur Aina : 3 years, 1 months, and 4 days # Tuesday, 31 March 2020, 22:43 # 20200331 # IMG_20200331_224322_HHT.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A #

Khabar Iman

Munsyid : Raihan Album : Syukur Pengenalan (menurut cerita Master) : Lagu ini dicipta semasa irama dangdut bermaharajalela dalam dunia hiburan Malaysia. Ketika itu lirik lagu dangdut menjurus kepada cinta sehinggakan ada yang cintanya kekal sampai kiamat. Maka Raihan tampil dengan lagu yang menceritakan mengenai keadaan semasa kiamat. Lagu ini amat berguna semasa menjawab soalan Pendidikan Islam apabila ditanya keadaan semasa kiamat. Lirik nasyid "Khabar Iman" dan komentar Tedi Telah kita diberitakan Allah Subhanahu wa ta'ala telah banyak kali memperingatkan kita melalui risalah-Nya dan Rasul utusan-Nya mengenai Hari Kiamat. Akan tibanya hari kedatangan "Hari kedatangan" adalah salah satu panggilan kepada Hari Kiamat merujuk kepada hari yang dijanjikan akan datangnya kemusnahan. Selain itu ia dikenali sebagai "Hari Kehancuran", "Hari Kemudian", "Hari Perhitungan" dan beberapa nama yang lain...

Popular