Catatan

Nasi Arab Bil-Hanaa Catering Kelantan

Imej
Ambil nasi arab daripada kawan Mummy. Mereka hantar ke kawasan tempat letak kereta Masjid al-Ismaili di Pasir Pekan. Catering Bil-Hanaa ni sebenarnya berpusat di Kota Bharu dan sediakan penghantaran nasi arab ke kawasan sekitar, cuma kami bernasib baik pada masa kejadian ni Bil-Hanaa Catering ni ada buat penghantaran hidangan nasi arab ke kawasan Pasir Mas, maka bolehlah Mummy selit tempahan nasi arab ke kawasan Pasir Pekan ni.   Tukang masak Bil-Hanaa Catering ni sebenarnya adalah tukang masak yang selalu diupah Tabung Haji untuk memasak pada musim haji. Selain musim haji inilah perkhidmatan yang diceburi beliau.    Hidangan nasi arab Bil-Hanaa Catering ni adalah dalam set dulang yang sesuai untuk 4-5 orang Malaysia makan. Berkenaan tempahan boleh tanya sendiri apa terma dan syaratnya, kalau nak makan sendiri satu talam pun memadai tapi tidak pastilah disertai penghantaran atau tidak. Nasi Arab Bil-Hanaa Catering yang selalu kami tempah adalah berlaukkan ayam dan kambin...

Badminton Terbuka Malaysia - Choong Hann ketuai cabaran

PEMAIN nombor tiga dunia Wong Choong Hann akan mengetuai cabaran tempatan pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bernilai RM 456,000 (empat ratus lima puluh enam ribu Ringgit Malaysia sahaja) di Kompleks Sukpa, Bandar Indera Mahkota, Kuantan dari 29 Jun hingga 4 Julai. Pemain berusia 27 tahun, anak kelahiran Kuala Lumpur, yang memperolehi rekod terbaik pada perlawanan empat-bintang untuk gelaran naib johan di Shah Alam lima tahun lepas dikalahkan oleh Luo Yigang dari China pada perlawanan akhir. Skuad Malaysia seramai 38 orang Choong Hann, yang juga muncul sebagai naib johan Kejohanan Dunia di Birmingham tahun lepas, tewas pada separuh akhir pada 2000 dan tahun lepas di Kota Kinabalu apabila kalah di tangan pemain China Chen Hong. Choong Hann yang kidal dijangka diletakkan sebagai pemain pilihan ketiga selepas pemain nombor satu dunia dari China Lin Dan dan Chen Hong yang telah mengesahkan untuk mengambil bahagian kerana inilah satu-satunya perlawanan antarabangsa yang belum dia...

Lelabah Happy-Face

Imej
Nama saintifik:  Theridion Grallator Populasi: Hutan hujan Hawaii. Ciri unik: Mempunyai corak seperti "orang senyum" pada abdomen. Corak ini berbeza mengikut genetik dan juga pemakanan. Gambar labah-labah unik dengan telur labah-labah. Corak orang senyum pada labah-labah tersebut. Gambar oleh National Geographic. Beberapa corak yang telah ditemui Sumber:  dailymail.co.uk

Gambar dari langit

Imej
Air Terjun Niagara Gambar ini diambil pada 2 Ogos 2004, menunjukkan bahagian Air Terjun Horseshoe di Air Terjun Niagara. Setiap 1 saat, lebih 2 juta liter air melalui Air Terjun Horseshoe, menjadikannya air terjun terbesar di dunia. Proses ini menghakis sebanyak 2 meter batu-batan setiap tahun.  

Cukai Jalan Kereta Proton Persona Duel Blitz Eterna

Imej
2019 Setelah asyik lupa sahaja maklumat umum berkenaan cukai jalan kereta Proton Persona 2007 kami, Master mengarahkan Tedi memasukkan satu kiriman berkenaan pembaharuan cukai jalan kereta Proton Persona tersebut. NCD: 25%, Roadtax: RM 90, Caj Cukai Jalan: RM 15.60, Jumlah Pembayaran (Insurans sahaja): RM 509.60, Sumbangan Asas: RM 578.25 Jadi jumlah duit keluar untuk perbaharui cukai jalan kereta Proton Persona 2007 pada tahun 2019 ini lebih kurang RM 605.20 jika Tedi tak silap congak. Master turut mengambil perlindungan insurans cermin hadapan (windscreen) dengan jumlah perlindungan sebanyak RM 600 dan bayaran dikenakan ialah RM 90. tarikh tamat perlindungan insurans kenderaan ini ialah pada 29 September 2020. Takaful Ikhlas dah bagi plastik untuk kita lekatkan cukai jalan sebelum ditampal pada cermin kereta. Tidaklah kita terus tampal roadtax tu pada cermin kereta tanpa alas. Tidak perlu pula kita bersusah-payah cari plastik lain seperti sebelum ini.  Master suka gunakan ...

Belanda tutup penjara kerana kekurangan banduan.

Imej
Suatu masalah yang menggembirakan? Bangunan penjara seperti ini hanya akan tinggal sejarah kerana para banduan sudah tidak sudi untuk menginap di dalamnya.     Mungkin la kot?   Belanda "terpaksa" menutup 8 penjara di mana 1200 manusia kehilangan kerja kerana penurunan kadar jenayah menyaksikan negara itu kekurangan banduan!   Ini adalah kontra kepada situasi pada tahun 90-an apabila penjara-penjara di negara itu penuh sesak.   Warden Penjara Arlon di Belgium sedang menutup pintu pagar utama. Pada masa ini Belanda mempunyai tempat untuk 14000 banduan di mana hanya 12000 banduan yang ada, Kementerian kehakiman Belanda menjangkakan kadar itu akan terus menurun, jadi Belanda sedang berusaha untuk mengimport 500 banduan Belgium ke penjara di  Tilburg .   Netherlands to close prisons for lack of criminals Belgium to rent Dutch jail cells 19 Mei 2009

Bukit gondol, sungai keruh

Imej
Harian Metro, halaman 22, Khamis, 3 September 2009 Setempat Kerja korek Bukit Batu Putih membimbangkan penduduk >>Oleh Noor Hastikah Hassan NIBONG TEBAL: Lebih 150 keluarga di Taman Relau Indah, Sungai Bakap, berdepan risiko kejadian tanah runtuh berikutan kerja mengorek dan menarah Bukit Batu Putih berhampiran kawasan perumahan mereka yang dimulakan sejak dua bulan lalu. Lebih membimbangkan, keadaan bukit itu yang terdedah luas dikhuatiri akan mengundang bahaya, terutama ketika musim hujan selain turut menyebabkan pencemaran alam sekitar di kawasan berhampiran. Penduduk, Ekhlass Ibrahim, 43, berkata kerja mengorek dan menarah bukit itu menvebabkan sungai berhampiran yang dulunya bersih dan jernih kini mcniadi keruh. Katanya, sebelum ini penduduk taman itu menggunakan air sungai berkenaan untuk mandi dan minum jika bekalan air terputus akibat tekanan air rcndah. "Tekanan air di kawasan taman ini rendah mungkin kerana enjin pam di Loji Air Serdang rosak menyeba...

Popular