PEMAIN nombor tiga dunia Wong Choong Hann akan mengetuai cabaran tempatan pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bernilai RM 456,000 (empat ratus lima puluh enam ribu Ringgit Malaysia sahaja) di Kompleks Sukpa, Bandar Indera Mahkota, Kuantan dari 29 Jun hingga 4 Julai.

Pemain berusia 27 tahun, anak kelahiran Kuala Lumpur, yang memperolehi rekod terbaik pada perlawanan empat-bintang untuk gelaran naib johan di Shah Alam lima tahun lepas dikalahkan oleh Luo Yigang dari China pada perlawanan akhir.

Skuad Malaysia seramai 38 orang

Choong Hann, yang juga muncul sebagai naib johan Kejohanan Dunia di Birmingham tahun lepas, tewas pada separuh akhir pada 2000 dan tahun lepas di Kota Kinabalu apabila kalah di tangan pemain China Chen Hong.

Choong Hann yang kidal dijangka diletakkan sebagai pemain pilihan ketiga selepas pemain nombor satu dunia dari China Lin Dan dan Chen Hong yang telah mengesahkan untuk mengambil bahagian kerana inilah satu-satunya perlawanan antarabangsa yang belum diadakan sebelum Sukan Olimpik di Athens pada Ogos ini.

Selain Choong Hann, skuad Malaysia termasuk semua pemain yang telah layak ke Olimpik - Roslin Hashim dan Lee Chong Wei (perseorangan lelaki), Choong Tan Fook/Lee Wan Wah dan Chan Chong Ming/Chew Choon Eng (beregu lelaki) dan Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (beregu wanita).

Roslin kini menduduki tempat ke-12 di dunia sementara Chong Wei di tempat ke-15. Bagi beregu lelaki, Tan Fook and Wan Wah di tempat keempat.

Bagaimanapun, pemain perseorangan nombor satu Malaysia, Wong Mew Choo tidak disenaraikan kerana kecederaan sejak Piala Uber Mei lepas.

Sementara itu, Jepun menghantar pasukan yang kecil iaitu 11 pemain sahaja yang telah layak ke Sukan Olimpik yang diketuai pemain utama Shoji Sato dan Kanako Yonekura. - Bernama

MALAYSIA:

Perseorangan lelaki: Wong Choong Hann, Roslin Hashim, Lee Chong Wei, Hafiz Hashim, Lee Tsuen Seng, Yeoh Kay Bin, Kuan Beng Hong, K. Yogendran, Hazwan Jamaluddin, James Chua, Lok Chong Chieh, Chan Kwong Beng, Zairul Hafiz Zainudin, Vountus Indra Mawan, Ariff Latif, Lim Fang Yang, Loo Yik Xiang, Ong Jien Guo, Tay Chuen Jein, Lutfi Zaim Khalid, Sairul Amar Ayob, Ismail Saman, Pei Wee Chung, Lim Chen Wei, Nazree Latifi, Salim Sameon, Zulfari Abdullah, Shafiq Jamaluddin, Hasbullah Hafiz, Lai Dixson, Nik Ahmad Faiz Nik Abdullah, Chong Chi How, Sayed Hafeez Sayed Mohsin, Afiq Roslan, Nik Ahmad Shahriman Nik Abdullah, Raymond Steven, Chong Kien Ling, Beryno Wong dan Abdul Muhaimin Razali.

Perseorangan wanita: Woon Sze Mei, K. Sugita, Anita Raj Kaur, Ooi Yu Hang, Lai Khai Ping, Lydia Cheah, Ng Hui Lin, Fahra Razi, M. Sutheaswari.

Beregu lelaki: Choong Tan Fook/Lee Wan Wah, Chan Chong Ming/Chew Choon Eng, Gan Teik Chai/Koo Kien Keat, Tan Bin Shen/Ong Soon Hock, Fairuzizuan Tazari/Lin Woon Fui, Tan Zhao Rong/Ong Soon Chiang, Lok Chong Hong/Razif Abdul Rahman, Tan wee Kiong/Vountus Indra Mawan, Lutfi Zaim Khalid/Ariff Latif, Lok Chong Chieh/Zairul Hafiz Zainudin, Lim Fang Yang/Loo Yik Xiang, Ong Jien Guo/Tay Chuen Jein, Chong Chi How/Nik Ahmad Faiz Nik Abdullah, Sayed Hafeez Sayed Mohsin/Afiq Roslan, Raymond Steven/Chong Kien Ling, Hasbullah Hafiz/Lai Dixson.

Beregu wanita: Wong Pei Tty/Chin Eei Hui, Ooi Sock Ai/Mooi Hing Yau, Fong Chew Yen/See Phui Ling, K. Sugita/Ooi Yu Hang, Anita Raj Kaur/Lai Khai Ping, Lydia Cheah/Ng Hui Lin, Nairul Suhaida Latif/Jeslyn Pang, Marilyn Pang/Law Pei Pei.

Beregu campuran: Zakry Latif/Joanne Quay, Gan Teik Chai/Fong Chew Yen, Koo Kien Keat/Mooi Hing Yau, Fairuzizuan Tazari/Ooi Sock Ai, Ong Soon Hock/See Phui Leng, Tan Bin Shen/Tania Teoh, Tan Wee Kiong/Ng Hui Lin, Ong Beng Tiong/Marilyn Pang, Ong Ewe Hock/M. Sutheaswari.

JEPUN:

Perseorangan lelaki: Shoji Sato, Hidetaka Yamada.

Perseorangan wanita: Kaori Mori, Kanako Yonekura, Miho Tanaka.

Beregu lelaki: Keita Masuda/Tadashi Ohtsuka.

Beregu wanita: Chikako Nakayama/Keiko Yoshitomi, Shizuka Yamamoto/Seiko Yamada.

Beregu campuran: Tadashi Ohtsuka/Shizuka Yamamoto.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5b1Ecs9o3
© Utusan Melayu (M) Bhd


26 Jun 2004