Takaful Amani oleh Bank Rakyat
Apakah Takaful Amani? Takaful Amani adalah skim perlindungan takaful yang memberikan pampasan kewangan kepada peserta apabila berlaku kematian atau keilatan kekal anggota badan kerana kecederaan yang berpunca daripada kemalangan semata-mata. Skim ini menawarkan perlindungan terbaik pada bayaran serendah RM0.14 sen sehari, bergantung kepada pilihan pelan sedia ada. Pelan mampu milik yang ditawarkan adalah seperti berikut: PELAN A B C Sumbangan Tahunan: RM159 RM106 RM53 Kelebihan Takaful Amani di Bank Rakyat Penyertaan yang mudah dan ringkas serta tidak membebankan peserta. Sumbangan tahunan yang sama untuk lelaki dan wanita. Perlindungan 24 jam diseluruh dunia. Bayaran melalui tunai/kad kredit/cek Boleh didapati hanya di cawangan-cawangan Bank Rakyat. Kelayakan melanggan Takaful Amani Skim takaful ini terbuka kepada pelanggan Bank Rakyat yang berumur antara 18 hingga 69 tahun. Kepada mereka yang berumur antara 65 hingga 69 tahun, kelayakan tertakluk kepada penilaian mengikut setiap...