Bulan Oktober 2018 ini adalah satu bulan yang dinantikan tetapi menjadi tragis buat diri Master.

Dikhianati... itulah perasaan Master apabila janji bos beliau untuk kenaikan gaji tidak dipenuhi. Bos jabatan Sumber Manusia pula buat tidak mengerti, tapi masih berkata manis di bibir.

Lama Master mengambil masa untuk sedarkan diri bahawa ini semua kehendak Illahi.

gambar lukisan pensil seorang lelaki yang kecewa hitam putih

Lama Master membenarkan negativity menyelubungi diri. Master mula berkata sendiri-sendiri, pinggan tak retak nasi tak dingin, kau tak hendak, aku pun tak ingin.

Kadangkala Master menyumpah seranah dalam bahasa Inggeris seorang diri.

Nampaknya Mommy pun turut terkesan dengan kegelapan yang menyelubungi jiwa Master. Mommy sangkakan Master ada girlfriend lain. Siapa sahaja boleh marah jika dituduh sedemikian, tapi Master rasa lucu. Inilah akibatnya memendam rasa dan hanya membuat sangkaan.

Tapi Master faham, mungkin ini bukan angkara bos besar yang berjanji tersebut, mungkin ia adalah angkara bos kecil yang memberikan input kepada bos besar. Master faham bos kecil tak berpuas hati dengan Master sebab Master tak buat kerja overtime, dan tak nampak Master buat kerja, nampak Master selalu ambil cuti, dan Master selalu tak hadir deployment.

Master bengang.

Tapi akhirnya Master kembali positif, apabila kawan-kawan memohon bantuan untuk troubleshoot masalah-masalah yang dihasilkan oleh mereka yang lebih gah jawatan dan nama. Master tidak kisah mencuci masalah yang ditinggalkan oleh mereka kerana Master puas hati jika dapat membantu.

Jika dalam dunia manusia awam, Master ni kira kerja penyapu sampah sahajalah, mencuci sampah sarap yang ditinggalkan oleh manusia yang baru sahaja memeriahkan satu event yang gah.

Tetapi pada masa yang sama Master sudah memikirkan untuk tinggalkan syarikat di mana beliau bekerja sekarang. Bukannya sebab syarikat itu tidak bagus, tapi sebab gaji dah tak cukup.

Simpanan unit amanah, stok saham semuanya telah dijual untuk menampal ketirisan kewangan Master. Jika Master tidak berhijrah sekarang nampaknya makin parahlah situasi beliau.

Banyak je tawaran temuduga di Cyberjaya, tapi Master tiada cuti untuk pergi hadiri temuduga.

Satu peluang yang ada sekarang yang nampak bagus untuk staff bekeluarga ialah sebuah syarikat di hadapan pejabat Master sekarang, tetapi hanya jawatan kontrak ditawarkan. Tetapi sebab ia hanya di hadapan pejabat Master sekarang, Master tak perlu ambil cuti untuk hadiri temuduga.

Kontrak pun kontrak lah, asalkan hati tenang... 

Esok Master akan hubungi kawan beliau di sana untuk bertanyakan kekosongan jawatan. Jika ada rezeki, adalah tu.

Tiba masanya untuk Master beli kasut baru?