Planet X punca kepupusan besar-besaran di muka Bumi?
Satu kajian terkini mencadangkan bahawa Planet X, yang dikatakan planet ke-9 dalam sistem solar mungkin menjadi punca kepada kepupusan besar-besaran di Bumi. Punca kepada pancuran komet yang berlaku setiap 27 juta tahun. Planet yang masih belum ditemui itu dikatakan mencetuskan pancuran komet yang dikaitkan dengan kepupusan di atas Planet Bumi pada sela masa kira-kira setiap 27 juta tahun. Melalui kajian sebelum ini, para pengkaji secara tidak sengaja menemui Planet X apabila objek-objek di Kuiper Belt mengalami keanehan orbit. Kuiper Belt adalah daerah yang berbentuk cakera dan mengandungi kumpulan komet dan objek-objek gergasi selepas orbit Planet Neptune. Menurut Daniel Whitmire dan kawan-kawan beliau dari University of Arkansas, Amerika Syarikat, orbit Planet X yang menyerong perlahan-lahan berputar sehingga Planet X melintasi deretan komet-komet di Kuiper Belt setiap 27 juta tahun menyebabkan beberapa komet tersebut dirempuh masuk ke bahagian dalam Sistem Solar. Kome...