Langkau ke kandungan utama
Rafael Benitez kalah dalam perlawanan menentang Leicester City, namun...
Adakah ini tanda kebangkitan, atau cuma kesan sementara?
- Yes... akhirnya Newcastle United mula menunjukkan perubahan, dari segi pertahanan yang semakin padat, dan juga beberapa percubaan yang nyaris memberikan kemenangan.
- Benar, The Magpies kalah dalam perlawanan menentang Leicester tempoh hari, namun perubahan yang ketara dapat dilihat.
- Perlu diingat jua bahawa pasukan yang bermain pada pagi Selasa lalu kebanyakannya dibarisi pemain bukan utama kerana masalah kecederaan yang membelenggu para pemain.
- Cuma apa yang Tedi harapkan adalah corak perubahan yang diperlihatkan akan dapat dikekalkan, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Rafael Benitez tetap positif dengan pasukannya walaupun kalah kepada Leicester City.
- Dia gembira dengan persembahan, komitmen, dan kerajinan yang ditunjukkan para pemain
- Benitez akan mencari perkara-perkara kecil yang perlu diperbaiki yang boleh memberi perubahan dan membantu kita menang.
- Dia gembira apabila The Magpies menyerang dan membuka peluang, namun bahagian pertahanan perlu dikebalkan, dan lebih banyak jaringan gol diperlukan.
- Statistik perlawanan menentang Leicester menunjukkan penguasaan bola sebanyak 50%, 13 rembatan ke arah gol, namun hanya 2 rembatan tepat, dan 4 tendangan sudut.
- Kita juga ada 11 peluang dan 19 lintangan, namun masih tiada jaringan gol.
- Perlawanan menentang Leicester ini membantu Newcastle bersiap-sedia untuk menewaskan Sunderland pada perlawanan seterusnya.
Ulasan