Catatan

Kami takkan kalah!

Imej
Maafkan jika tulisan ini menyakitkan mata... Tapi cikgu Tedi kata kalau mahukan mata yang cerah kenalah pandang benda yang hijau... Semalam kami bergerak pulang dari Sungai Besar ke Sepang menggunakan jalan yang kami tak pernah lalui hasil panduan daripada aplikasi Waze. Master sengaja menggunakan aplikasi tersebut semasa dalam perjalanan pulang manalah tahu jika ada jalan pintas atau ada apa-apa info penting yang boleh menyekat perjalanan kami. Tetapi, semalam bukannya kami dibawa melalui jalan pintas, sebaliknya kami dibawa melalui jalan yang orang lain mungkin tak mahu lalu. Ironinya di sepanjang perjalanan ini kami dapat melihat sawah padi saujana mata memandang, beburung beterbangan di kawasan sawah, sungai yang luas dan panjang di tepi jalan, dan deretan anak muda bertenggek atas motosikal di tepi-tepi jalan. Dalam masa 3 jam lebih kami sampai di rumah. Siaran langsung Newcastle vs Sunderland di saluran HyppTV 708 Kami sampai lewat sedikit daripada jangkaan, sepatunya k...

Liridon Krasniqi Dedah Sebab Pilih Kedah

Imej
" SAYA tak peduli apa orang kata, saya ada matlamat penting untuk pasukan Kedah," tegas pemain import Kedah dari Kosovo, Liridon Krasniqi. Pemain tengah skuad Helang itu berkata demikian bagi menjelaskan mengenai isu terdapat pasukan dari Liga Super yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Rafael Benitez kalah dalam perlawanan menentang Leicester City, namun...

Imej
Adakah ini tanda kebangkitan, atau cuma kesan sementara?   Yes ... akhirnya Newcastle United mula menunjukkan perubahan, dari segi pertahanan yang semakin padat, dan juga beberapa percubaan yang nyaris memberikan kemenangan. Benar, The Magpies kalah dalam perlawanan menentang Leicester tempoh hari, namun perubahan yang ketara dapat dilihat. Perlu diingat jua bahawa pasukan yang bermain pada pagi Selasa lalu kebanyakannya dibarisi pemain bukan utama kerana masalah kecederaan yang membelenggu para pemain. Cuma apa yang Tedi harapkan adalah corak perubahan yang diperlihatkan akan dapat dikekalkan, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam . Rafael Benitez tetap positif dengan pasukannya walaupun kalah kepada Leicester City. Dia gembira dengan persembahan, komitmen, dan kerajinan yang ditunjukkan para pemain Benitez akan mencari perkara-perkara kecil yang perlu diperbaiki yang boleh memberi perubahan dan membantu kita menang. Dia gembira apabila The Magpies menyerang dan m...

The Challenger, Mazda CX5 dan Belladeon

Imej
Mencuri masa sebentar mengisi ruang kosong Terjaga Tedi daripada lena yang singkat, dan badan terasa mulai pulih dari keletihan bermain badminton di The Challenger PJ semalam. Habis bermain jam 10 malam, kemudian tunggu Mommy pick up dalam jam 11 malam baru sampai kerana beliau kesesatan dalam perjalanan dari Mydin Mall USJ . Kemudian kami ke Puncak Jalil , menukar beg duit Master yang kawan beliau tertukar setelah menumpang simpan barang dalam beg raket beliau. Terasa tekak haus setelah terjaga, gagahi diri ke dapur bawah untuk minum air dari mesin penapis berjenama Cuckoo . Setelah membasahkan tekak terlihat pula komputer riba berjenama DELL Latitude D630 yang tidak diusik semalaman, maka Tedi mula menghadapnya. Mana tahu kalau ada nukilan menarik? Tiada apa untuk dinukilkan, maka Tedi habiskan masa menonton Prince of Tennis .   Bakal pandu uji CX5 Pagi nanti, sekitar jam 10 pagi, kami telah berjanji untuk memandu uji sebuah kereta Mazda CX5 di Bangi . Ini adalah...

Corak Permainan Kedah FA Pada ialah Tiki-Taka

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Sejak mula mengendalikan Kedah Tan Cheng Hoe faham benar apa yang diingininya. Dia mahu setiap pemainnya memberi fokus kepada aspek penguasaan bola pada setiap perlawanan kerana ia akan membuka peluang lebih besar untuk mereka membina gerakan dan memburu jaringan. Sebab itu, kata Cheng Hoe, sejak mula lagi dia menekankan gaya hantaran-hantaran pendek di atas padang. "Kaedah itu juga diambil sebab kami tidak mempunyai ramai pemain tinggi lampai.  "Dengan hantaran pendek, pemain lebih mudah menerima bola dan tidak kehilangannya dengan mudah," katanya kepada Malaysiakini. Kedah menjadi antara pasukan tumpuan pada musim ini kerana beberapa faktor. Satu daripadanya ialah kerana status mereka sebagai naib juara Piala Malaysia 2015. Kemampuan skuad Helang Merah juga dikagumi ramai. Bermain di Liga Perdana, Kedah muncul membawa cabaran besar dan menumbangkang satu demi satu lawannya untuk tiba di perlawanan akhir Piala Malaysia d...

Tayar Pesawat A320 Milik AirAsia Pecah Ketika Mendarat di Sibu

Imej
Pesawat AK6440 Tidak Dibenarkan Berlepas, Penumpang Terkandas 17 Disember 2015 SIBU - Pesawat A320 AirAsia tidak dibenarkan berlepas di Lapangan Terbang Sibu malam ini, selepas tayar belakangnya meletup sebaik sahaja mendarat kira-kira 7.20 malam ini. Pengurus Malaysia Airport Berhad Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, kesemua 138 penumpang serta enam anak kapal penerbangan AK6440 itu tidak mengalami kecederaan, dan pesawat tidak dibenarkan berlepas setelah diarah ke 'Bay 3', sebaik sahaja mendarat. Beliau berkata kejadian itu mengakibatkan satu unit lampu di tepi landasan mengalami kerosakan, namun ia tidak menjejaskan jadual lain-lain penerbangan, malam ini. "Pesawat sudah diletakkan di 'open bay' kami dan sedang dibaiki manakala lampu landasan sudah ditukar," katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan Sibu-Kuching pada 7.50 malam ini, terpaksa menunggu sebuah pesawat AirAsia lain yang dijangka b...

Sakinah ke Uptown Sports Bangi

Imej
21-Nov-2015 09:55 pagi hari Sabtu Sakinah galas beg pink Pony Tail ikut Master pergi main badminton di Uptown Sports Bangi Sony D2533 2015-11-21-0955 Ketika ini Master telah berjaya mengumpulkan satu pasukan untuk bermain badminton daripada kalangan rakan sekerja beliau. Mereka mula bermain di sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi kerana pengasas kumpulan ini iaitu Master dan Mr Zack Zaidi tinggal berhampiran Bangi. Pada zaman kegemilangan pasukan ini, mereka turut menerima tajaan daripada bos Master untuk beli bulu tangkis. Tetapi akhirnya kumpulan ini telah di-hijack menjadi kumpulan riadah mendaki bukit sebelum ia terkubur kerana masalah kecederaan yang dialami oleh Mr Zack Zaidi. Sebelum terkuburnya pasukan ini, mereka juga aktif bermain di Pantai Dalam. Salah satu lokasi bermain badminton pilihan mereka di Bangi adalah di Uptown Sports yang menyediakan perkhidmatan sewa gelanggang badminton dan gelanggang futsal, malahan meja ping pong. Suasana di Uptown Sports ini memang seles...

Popular