Catatan

Semua serba tak kena

Imej
http://www.cnet.com.au/canon-eos-550d-339300886.htm Nak kosongkan kad memori kamera DSLR CANOS EOS 550D, dapat mesej "path too deep" pula dah. Nak tolong Master sediakan laporan yang diperlukan bos beliau, Microsoft Excel pula tak boleh baca. Ujian sungguh. Nampaknya tak tidurlah pagi ni. Berjagalah nampaknya sehingga masa ke lapangan terbang nanti.

Lelaki dituduh melapah dan memasak kucing perliharaan

Imej
Cuba masak kucing bersama bawang Terbakar hati Tedi ini apabila membaca laporan berita mengenai tindakan seorang manusia lelaki di Monticello yang sanggup melapah kucing perliharaan beliau sebelum dimasak bersama bawang. Kiranya dia mencuba resepi kucing masak bawang. Cody Alexander Mann yang berusia 28 tahun itu kini dalam tahanan dan menghadapi tuduhan feloni keganasan dan penderaan haiwan. Bapa beliau dilaporkan telah menghubungi polis apabila dia mengungkapkan komen-komen pelik, manakala pengurus apartment pula menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan bau terbakar dari apartment beliau. Pihak polis bergegas ke sana dan mendapati Mann berada di dalam, dan dia segera mengakui membunuh kucingnya sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar untuk dimakan. Pegawai bertugas menemui bangkai kucing di dalam ketuhar, manakala kulit kucing yang malang itu ditemui dalam peti sejuk. Tub mandi Mann pula dipenuhi darah dan bulu, di mana sebilah pisau stik ditemui di sana. Mann dib...

Tukar logo Kedah FA tiada kaitan dengan Vincent Tan

Kedah FA menukar logonya daripada tema hijau kuning kepada warna merah dengan maskot Lang Merah. Penukaran logo ini dikaitkan dengan tajaan Vincent Tan sebanyak RM 2 juta. Vincent Tan pernah menimbulkan kemarahan penyokong Cardiff City yang dimilikinya apabila menukar logo dari tema biru BlueBird kepada tema merah Red Dragon, siap ada naga lagi gantikan burung yang menjadi icon Cardiff City. Adakah ini hanya kebetulan? Tipulah kebetulan, hahaha. Penukaran logo Kedah FA ini dikatakan sebagai simbol perubahan gaya permainan Kedah FA yang akan lebih bersifat ke-helang-an. Sebelum ini Kedah lebih dikenali sebagai Sang Kenari, malangnya maskot itu akan digantikan oleh Helang Merah. Kalian boleh baca keratan berita di bawah. Logo baharu KFA tiada kaitan pemilik Cardiff City SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Aminuddin Omar hari ini menegaskan penggunaan logo baharu yang diputuskan dalam kongres KFA 18 Dis lepas tiada kaitan dengan pemilik kelab bola sepak Liga Perdana ...

Midori

Imej
Pencarian pelayar web sumber terbuka kini bermula... Kebelakangan ni Tedi sibuk mencari, memuat turun dan mencuba mana-mana pelayar web di atas platform sumber terbuka yang sesuai dengan notebook  antik milik Tedi ni. Bukannya apa, Microsoft Internet Explorer yang ada pada Windows XP ni dah berkurun usianya, manakala Mozilla Firefox untuk XP pun macam tak berapa nak best, tinggallah Google Chrome meninggalkan jauh pesaingnya. Hari ini Tedi mencuba pelayar web Midori. Setakat ni memang agak teruja mencubanya kerana kelihatan platformnya amat berbeza jika dibandingkan dengan pelayar web komersial. GUI atau graphic user interface  atau antaramuka penggunanya pun nampak sangat lain. Tapi persembahan saja tidak memadai, kena tengok prestasi juga. Kelajuan pelayaran web nampak macam agak perlahan, lebih kurang macam Apple Safari. Dan bila Tedi tengok logo pada taksbar, memang nampak macam logo Safari. Kita cuba dulu... Kalau nak cuba, bolehlah rujuk  http://a...

Kecil jadi kawan, besar jadi lawan!

Imej
Tentu ramai boleh fikirkan apakah bendanya yang dikaitkan dengan pepatah tersebut. Yup, secara automatik kita akan teringatkan api, kerana api ini apabila kecil menjadi kawan kita contohnya untuk memasak, namun apabila besar, ia menjadi lawan contohnya dalam kes kebakaran. Kalau begitu kes ini juga terpakai bagi air, kerana apabila kecil, kita gunakan ia untuk mandi atau membasuh, namun apabila besar, mungkin kita akan dilanda banjir! Begitu juga bagi angin, apabila kecil jumlahnya, seperti angin sepoi-sepoi bahasa , tentu mendamaikan jiwa, tapi bagaimana jika angin ribut taufan yang melanda? Kembali kepada api tadi, benarkah apabila ia besar ia akan menjadi lawan kita secara automatik? Bagi Tedi tidak semestinya! Kenapa? Besar tidak semestinya menjadi lawan. Benar kan? Contohnya seorang tukang besi memerlukan api yang besar dengan suhu yang amat panas untuk membakar besi sehingga berbara. Begitu juga dalam industri pembuatan kristal di mana api yang besar dengan ...

Emma Maembong comel?

Imej
Semakin lama semakin jarang Tedi menjengah interpretZZ. Bukannya apa, semasa musim cuti sekolah ni Tedi sibuk duk menelaah pelajaran. Kalau Tedi duk update  setiap hari apa yang Tedi belajar, tentu muntah hijau kawan-kawan Tedi di luar sana. Banyak juga buku yang Tedi terpaksa baca, contohnya hari ini sahaja Tedi dah baca "Linq to objects" , "Linq unleashed" , dan "Linq to SQL" . Sekarang ni tangan Tedi gatal nak menaip komen Mommy apabila dia menonton "Projek memikat suami", semalam. "Comelnya Emma Maembong ni" , kata Mommy. Tedi dan Master terpinga-pinga. Tedi pandang Master, dan Master pandang Tedi, kemudian kami pandang Emma Maembong, kami tenung Emma Maembong... kami garu kepala... "Tedi... Tedi dengar tak tadi?" "Dengarlah Master, telinga Tedi kan besar..." "Emma Maembong tu comel?" "Errr... nak kata hidung mancung, mancung lagi hidung Tedi... nak kata telinga capan...

Amaran Tedi: Usah hidang peluang.

Imej
Kami sampai ke Petronas BBN sekitar jam 9.30 malam. Alkisahnya Tedi dan Mommy dan Master dan Rabbit dalam perjalanan pulang dari kampung Master yang terletak di Felda Sungai Lui ke teratak kami. Kami melalui jalan Air Hitam ke Simpang Pertang ke Kuala Klawang ke Pantai dan tembus ke Lebuhraya LEKAS sebelum keluar di persimpangan Pajam dan Nilai. Jalan sungguh sesak dan tersangkut-sangkut, bersusun kereta dari Simpang Pertang ke Pantai. Hantu Kak Limah dirompak dua orang lelaki ketika memandu Toyota VIOS bersendirian dalam perjalanan pulang dari set penggambaran. Kemudian kami singgah di Petronas Bandar Baru Nilai supaya Mommy dan Master dapat menunaikan solat. Mommy pergi dulu sementara Master, Tedi dan Rabbit menanti di kereta. Master tunggu di luar kereta. Polisi bergilir-gilir ini adalah untuk mengelakkan kecurian kereta atau kecurian barangan dalam kereta atau dalam bahasa saintifiknya, pecah kereta. Kemudian datanglah seekor Toyota VIOS. Di dalamnya Tedi p...

Popular