Kedah FA menukar logonya daripada tema hijau kuning kepada warna merah dengan maskot Lang Merah. Penukaran logo ini dikaitkan dengan tajaan Vincent Tan sebanyak RM 2 juta. Vincent Tan pernah menimbulkan kemarahan penyokong Cardiff City yang dimilikinya apabila menukar logo dari tema biru BlueBird kepada tema merah Red Dragon, siap ada naga lagi gantikan burung yang menjadi icon Cardiff City.

Adakah ini hanya kebetulan? Tipulah kebetulan, hahaha. Penukaran logo Kedah FA ini dikatakan sebagai simbol perubahan gaya permainan Kedah FA yang akan lebih bersifat ke-helang-an. Sebelum ini Kedah lebih dikenali sebagai Sang Kenari, malangnya maskot itu akan digantikan oleh Helang Merah.

Kalian boleh baca keratan berita di bawah.


Logo baharu KFA tiada kaitan pemilik Cardiff City

SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Aminuddin Omar hari ini menegaskan penggunaan logo baharu yang diputuskan dalam kongres KFA 18 Dis lepas tiada kaitan dengan pemilik kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Cardiff City FC, Tan Sri Vincent Tan.

Sebaliknya kata Aminuddin, pertukaran logo daripada Hijau Kuning kepada Helang Merah tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Sultan Kedah.

“Kita tidak sewenang-wenangnya hendak menukar logo dan penukaran logo baharu sebagai langkah transformasi pengurusan KFA dalam memastikan pasukan bola sepak negeri lebih maju,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Program Mercu Sukan Kedah, terbitan Radio Malaysia Kedah FM, di sini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan pertukaran logo itu dengan sumbangan RM2 juta oleh Tan kepada KFA sebagai persediaan menghadapi Liga Malaysia musim ini.

Sambil menafikan perkara itu, Aminuddin berkata Tan tidak mencampuri pengurusan persatuan tersebut susulan sumbangan yang diterima pada 15 Ogos lalu.

“Menukar logo ini bukan bererti kita akan terus menang Piala Malaysia, tetapi sebagai langkah awal untuk menggerakkan pengurusan KFA dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri yang pernah memenangi tiga kejuaraan Liga Malaysia dalam dua musim berturut-turut iaitu pada 2006/2007 dan 2007/2008,” katanya.

Tindakan KFA menukar logo itu mengundang rasa tidak puas hati kebanyakan penyokong Kedah yang sudah sebati dengan jolokan Sang Kenari serta menganggap gelaran Helang Merah tidak relevan dengan peminat bola sepak tempatan.

Logo Sang Kenari merupakan idea bapa pembangunan bola sepak negeri Allahyarham Datuk Ahmad Basri Mohd Akil.

Sumber: Bernama


Malaysian club deny that Cardiff City owner Vincent Tan demanded logo change

Malaysian second tier club Kedah have denied that they changed their logo from green and yellow to red because of a two million ringgit (£400,000) investment by Cardiff City owner Vincent Tan.

The logo switch is similar to what Malaysian businessman Tan employed in his role at Cardiff, who now play in red despite protests by supporters of the Welsh side.

The Bernama news agency said on Sunday the logo change had angered fans of the three-times Malaysian champions.

But the club’s honorary secretary Aminuddin Omar rejected the suggestion they had their hand forced.

"We did not change the logo or colour according to our own taste or fancy but it was part of a transformation that KFA will be undergoing for the development of football in the state," Aminuddin was quoted as saying by Bernama.

The old logo was the brainchild of former manager Ahmad Basri Mohd Akil, who led the club to a number of honours.

Tan had not interfered in the running of the team since his investment on August 15 said the report, quoting Aminuddin. Rather the change of logo was approved by the Sultan of Kedah.

Malaysia’s ninth-richest person - with a net worth of $1.3 billion -Tan left school at 16 to start a career as a bank clerk, before purchasing Malaysia’s first McDonald’s franchise and then buying the country’s main lottery agency.

Tan has been a controversial figure since taking over at Cardiff, incensing fans last month by sacking popular manager Malky MacKay, who returned them to the top flight of English football this season for the first time since 1962.

The 61-year-old added to his football portfolio last month by agreeing a deal to take over the control and management of Bosnian club Sarajevo.

Sumber: https://www.mirror.co.uk/sport/football/news/malaysian-club-deny-cardiff-city-2995238 


Berita bertarikh 20140106.