Semalam Master telah merisik dua buah kedai aksesori kereta di Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi berkenaan cara buat tuntutan insurans untuk menggantikan cermin depan kereta Proton Persona yang retak memanjang dari bahagian penumpang menghala ke tengah. Sudah hampir separuh keretakan itu merebak.

Memandangkan insurans kereta Proton Persona manual itu akan luput pada 26 September dan Pak Long Yazid mahu meminjam kereta itu ke Sungai Besar, Master berikhtiar menggantikan cermin depan kereta Proton Persona manual itu.

 

Harga Tukar Cermin Kereta Persona

Hasil risikan Master mendapati kedua-dua kedai mengenakan bayaran RM 600 untuk gantikan cermin depan kereta sahaja.

Manakala untuk tinted akan dikenakan bayaran berbeza.

Tak tahulah harga itu kerana mereka tahu jumlah perlindungan cermin depan kereta Proton Persona kami ialah RM 600 atau memang harga standard. Master merasakan ianya okay memandangkan akan dibayar menggunakan tuntutan takaful kereta.

Pada hari ini Master membayar RM 150 untuk tinted kereta sahaja. Harga tinted yang ditawarkan ialah RM 100, RM 150, dan RM 500. Master ambil pilihan kedua yang dikatakan tidak gelap tetapi boleh menapis UV. Master memang tak suka tinted gelap yang penting ialah tinted itu mampu kurangkan kepanasan dalam kabin kereta.

 

Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan takaful cermin kereta

Dokumen yang diperlukan ialah salinan kad pengenalan pemilik kereta, salinan lesen memandu pemilik kereta, salinan geran kenderaan, dan cover note takaful kereta.

Antara kedua-dua buah kedai itu, sebuah mahukan pemilik kereta hadir untuk tandatangan borang, manakala yang sebuah lagi terima tandatangan Master.

Nasib baik mereka boleh fotostat dan cetak sendiri dokumen yang diperlukan maka Master hanya serahkan soft copy sahaja.

 

Berapa lama ganti cermin depan kereta?

Sebuah kedai kata ambil masa dalam 3-4 jam manakala sebuah kedai lagi kata dalam 2 jam sahaja.

 

Penjagaan selepas ganti cermin kereta

Kedai itu nasihatkan Master agar tidak membasuh kereta dalam 3 hari kerana kedai cuci kereta menggunakan semburan air bertekanan tinggi.

Jangan pandu laju dalam 3 hari.