بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.

Ayat tidak gramatis ialah ayat yang tidak mengikut hukum tatabahasa dan dianggap ayat yang tidak betul dalam konteks penggunaan rasmi.

 

Contoh ayat gramatis

  1. Ailing dan kakaknya menghidangkan banyak makanan.
  2. Bolehkah saya menyertai majlis kamu?
  3. Kakak akan melaporkan perkara itu kepada ayah.
  4. Kamil berjalan kaki ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit.
  5. Kebaikan yang dilakukannya hanya untuk mengaburi mata rakyat.
  6. Keluarga itu sedang menikmati makanan yang lazat.
  7. Ketua kampung berjanji menolong kami.
  8. Khairuddin baru pertama kali menyertai acara boling padang.
  9. Mereka memasang kain rentang di kiri dan kanan bahu jalan.
  10. Orang ramai dinasihatkan tidak membuat pembakaran terbuka.
  11. Saya mematikan suis kipas angin tersebut.
  12. Saya memilih dia, bukan kamu.
  13. Surat tuan belum saya terima.
  14. Taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi pemelajarannya terhad kepada mereka yang menghadiri sekolah aliran Inggeris.
  15. Terdapat sebuah keluarga Cina yang baru berpindah di tempat saya.

 


~20210928~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih