Tajuk catatan hari ini ialah : Aina Discaj Klinik Mata (Ophtamology) Hospital Putrajaya | Mummy Masak Sotong SumbatKampung People Kembali ditayangkan di TV3 Malaysia | Kerenah Aina dan Aidan semasa Mummy dan Master solat berjemaah.

Aina Discaj Klinik Mata (Ophtamology) Hospital Putrajaya

Pada jam 2:30 petang tadi Master menerima panggilan telefon daripada nombor +60 3-8312 4200.

Ia adalah panggilan telefon dari Klinik Mata Hospital Putrajaya yang memaklumkan temujanji Aina dengan klinik tersebut pada 5 Mei 2020 telah dibatalkan. Ini memang telah dijangka semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Panggilan telefon itu juga memaklumkan bahawa doktor telah bersetuju untuk membenarkan Aina discaj daripada klinik tersebut. Ini bermakna Aina tidak lagi perlu menghadiri pemeriksaan mata di Klinik Mata Hospital Putrajaya.

Tetapi pegawai tersebut memaklumkan bahawa kami boleh bawa Aina semula ke Hospital Putrajaya ketika Aina berusia 5 tahun jika kami mendapati Aina ada masalah dengan penglihatannya, tetapi kami perlu mendapatkan surat rujukan yang baru.

Aina diberikan pemeriksaan mata sejak bayi kerana dia lahir tidak cukup bulan atau pramatang.

Mummy Masak Sotong Sumbat

gambar menu berbuka puasa sotong sumbat. resepi sotong sumbat Malaysia 3 rasa.
Inilah rupa sotong sumbat yang Mummy masak sempena buka puasa hari ni.
# Thursday, 30 April 2020, 19:22 # 20200430 # IMG20200430192256 # OPPO OPPO Reno2 #

Hari ini Mummy masak sotong sumbat untuk juadah berbuka. Memang sedap, rasanya macam sotong bakar 3 rasa. Perut sotong itu disumbat dengan inti berasaskan telur dan rasanya macam 3 rasa.

Kampung People Kembali ditayangkan di TV3 Malaysia

Drama yang menjadi kegemaran kami sekeluarga kembali ditayangkan di TV3. Sebelum ni kami tonton di YouTube sahaja, Ceritanya memang kelakar. Komen penonton rata-rata menyatakan mereka mula terhibur menonton drama ini selepas episod kedua. Sebelum itu mereka macam, "cerita mengarut apakah ini?".

Tedi tak nafikan, Tedi pun macam tu juga! Hahaha.

Drama Kampung People ni memang kelakar, dan pelakon-pelakon tambahannya pun kelakar padahal Tedi tak pernah tengok mereka ni. Thumbs up untuk pengarah drama Kampung People.

Kerenah Aina dan Aidan semasa Mummy dan Master solat berjemaah

Apa-apa pun dalam bulan Ramadhan ni, solat tarawikh dipilih berbanding drama.

Lagipun bukan senang nak tarawikh di rumah dengan kerenah Aina dan Aidan, terutamanya Aina, sibuk nak memanjat semasa sujud atau ketika duduk antara dua sujud atau duduk tahiyat, dia nak peluk bergayut semasa Master nak berdiri. Memang dia akan sasarkan kedua-dua posisi tersebut.

Aidan pula selalunya main sendiri, nampak macam dia ni ada imaginasi yang kuat. Tapi kadangkala dia main kejar-kejar dengan kakaknya keliling Master dan Mummy yang sedang solat.

Oleh sebab itu selalunya hanya Master sahaja menunaikan solat sunat tarawikh di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan ni.

<kembali ke atas>


20200430