Tahniah Tedi ucapkan kepada Boost kerana menyediakan kemudahan membayar zakat fitrah secara elektronik.

Kawan-kawan tak kenal Boost? Boost adalah aplikasi e-wallet (dompet elektronik) yang membolehkan kita membuat bayaran hanya menggunakan telefon pintar.

Ada beberapa cara bayaran seperti kita imbas kod QR peniaga, atau paniaga imbas kod QR kita, dan ada juga kita boleh bayar terus melalui Boost!

Tahun ini Boost memperkenalkan kemudahan bayar zakat fitrah dan zakat harta melalui aplikasi tersebut.

Memang mudah, Master hanya pilih pusat zakat (Pusat Zakat Selangor) dan kemudian pilih harga beras (ada 3 jenis beras untuk Selangor), dan masukkan bilangan orang yang Master bayarkan zakat (empat orang bagi keluarga kami). Kemudian bayar, selesai.

Gambar resit bayaran zakat fitrah tahun 2020 menggunakan e-wallet Boost.
Resit bayaran zakat fitrah Negeri Selangor melalui e-wallet Boost. Tahun ni Master bayar sebanyak RM 84.00, iaitu RM 21 sekepala. Ini adalah bayaran termahal mengikut harga beras yang kita makan. Tidaklah bermakna kami makan beras basmathi selalu, tetapi orang kata yang lebih tu moga jadi sedekah, jangan kurang. # Friday, 15 May 2020, 10:58 # 20200515 # Screenshot_2020-05-15-10-58-28-414_com.google.android.gm.jpg #

Rasanya mungkin Master telah silap Pusat Zakat tahun ni, selalunya Master bayar di Pusat Zakat Wilayah Persekutuan kerana Master bekerja di Kuala Lumpur, tapi tahun ni mungkin kerana Master teruja sangat bayar zakat menggunakan e-wallet Boost, Master telah memilih Selangor.

Selalunya Master bayar zakat Fitrah tak sampai pun RM 50.

Sekali lagi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Boost kerana memudahkan umat Islam di Malaysia ni menunaikan kewajipan mereka.

Apa kata lepas ni Boost sediakan pula kemudahan untuk membayar fidyah dan kafarrah bagi mereka yang lewat atau tidak dapat menggantikan puasa mereka.