[t18c19] Nor Aina ambil suntikan 1 tahun di Klinik Kesihatan Salak & Dilema Susu Formula

Anime Version of Master Coding in Kedah FC PKNK Jersey - 19 March 2018 interpretZZ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Selawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu álaihi wassalam, keluarga Baginda, dan juga para sahabat.

14:30 - Di Klinik Kesihatan Salak

Kami berada di Klinik Kesihatan Salak untuk mendapatkan suntikan buat Nor Aina sempena umurnya setahun. Sepatutnya disuntik semasa umurnya 12 bulan, kini dah nak 13 bulan, tertangguh kerana Aina ditahan wad lebih seminggu sebelum ini akibat nafas berbunyi.

Berat Aina6.8 kg

(Timbang tanpa buka baju)

Tinggi Aina69 cm

(Sempena umur setahun)

Usai Aina menerima suntikan, kami pergi ke arah kereta yang diletakkan di hadapan Speed Mart 99 di unit bangunan komersial bersebelahan Klinik Kesihatan Salak.

Dilema Susu: Bakteria vs Harga

Kami beli susu tepung formula Nestlé NANKID OPTIPRO langkah 3 seberat 1.3 kilogram pada harga RM 69.50. Harganya adalah RM 10 lebih mahal berbanding Anmum Step 3 seberat 1.2 kilogram, tapi sengaja Master beli sebab dalam susu NANKID OPTIPRO ni dikatakan ada bakteria.

Masalahnya susu bayi Nestle NANKID OPTIPRO ni bukan sahaja lebih mahal, tetapi sukatan hidangannya juga lebih banyak iaitu 7 pencedok bagi setiap 210 ml (satu scoop susu bersamaan tiga puluh mililiter air suam). Mungkin ia bersamaan satu scoop untuk satu ounce susu.

Ciri-ciriNestlé NANKID OPTIPRO 3Anmum Essential 3
Berat keseluruhan1.3 kg1.2 kg
HargaRM 69.50RM 59.50
Harga 100 gRM 5.35RM 4.96
Analisis NilaiRugi RM 14.58 (jika 1.2kg)Untung RM 15.9 (jika 1.3kg)
Saiz hidangan33g (7 scoop / 210ml)28g (4 scoop / 180ml)

16:56 - Menconteng

Sekarang Tedi berada di rumah, mengambil kesempatan menconteng dalam interpretZZ. Suhu sangat bahang sedangkan di luar sedang hujan lebat. Hujan baru sahaja turun menyejukkan bumi Salak Tinggi ini, namun bahang bumi masih terasa dan belum jua hilang.

Mommy kata nak cari makanan di Pasar Malam Taman Seroja pada malam nanti, tapi hujan lebat ni seakan membantutkan impian kami.

Aina sedang tidur, nafasnya kembali berbunyi kuat. Mommy dan Master berikan dia Salbutamol menggunakan Aerochamber dengan dos sebanyak dua kali puff dan sepuluh kali sedutan.

ℹ️ Nota Kesihatan: Salbutamol & AerochamberSalbutamol (Ventolin) bertindak sebagai bronchodilator untuk membuka saluran pernafasan yang menyempit. Penggunaan Aerochamber (spacer) amat kritikal bagi bayi supaya ubat disedut perlahan-lahan ke paru-paru dengan lebih berkesan.

Mata semakin layu dek kepanasan. Master sedang debug sistem pihak ketiga yang ada masalah. Master bancuhkan kopi di dapur, tapi mungkin tak sedap sebab gunakan air Cuckoo yang dikatakan tidak mencecah suhu 100 darjah celsius.

☕ Info Kopi: Suhu Air IdealUntuk mengekstrak rasa kopi secara optimum, suhu air ideal adalah sekitar 90°C hingga 96°C. Air yang tidak mencapai suhu mendidih mungkin gagal melarutkan minyak semula jadi kopi, menyebabkan rasa "kurang umph". Penapis air moden kadangkala dihadkan suhunya untuk keselamatan, namun ia memberi kesan kepada kualiti bancuhan kopi Master.

~20180319~
Nota: Pilihan susu formula bergantung kepada keserasian bayi.
interpretZZ.com
⌂ Home

Popular