Tedi bagi laluan la untuk Master berceloteh pagi ni, sempena pilihanraya umum yang ke-13 pada tahun 2013.

Master kata (tiru style Tun Dr. Mahathir) :

  1. Barisan Nasional adalah parti pelbagai kaum melalui gabungan parti2 berasaskan kaum masing2.
  2. Pakatan Rakyat pula merupakan gabungan parti pelbagai ideologi di mana setiap parti komponen tidak berasaskan kaum tetapi berdiri atas ideologi masing2. Contohnya PAS di atas prinsip Islam, PKR mungkin atas prinsip sosial, manakala DAP mungkin atas dasar demokratik.
  3. Ironinya, Barisan Nasional sering mencanang Pakatan Rakyat mementingkan dasar perkauman.
  4. Bagi Master, tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana setiap komponen Pakatan Rakyat boleh dianggotai mana2 kaum asalkan mereka patuh kepada ideologi parti tersebut.
  5. Mempunyai 1 parti yang dianggotai oleh banyak parti komponen yang berasaskan kaum mungkin multi-racial, namun tidak menjadikan Barisan Nasional lebih anti-perkauman berbanding Pakatan Rakyat.
  6. Ini cuma pendapat ilmiah. tidak menandakan sokongan Master kepada mana2 parti.
  7. Selamat Mengundi!

20130505