Kalori takut kepada filem seram!
Berita baik buat peminat filem seram!
- Satu kaji selidik yang ditaja oleh sebuah syarikat sewaan filem di United Kingdom mendapati bahawa menonton sebuah filem seram boleh membakar sehingga 200 kalori.
- Kajian oleh University of Westminster itu menyukat penggunaan tenaga sekumpulan manusia yang menonton pelbagai filem seram.
- Mereka mendapati bahawa denyutan nadi penonton meningkat dan adrenalin dihasilkan, membakar kalori 1/3 kali lebih daripada rekod purata.
- Susunan filem yang membakar kalori dengan pantas adalah:
- 184 kalori - The Shining
- 161 kalori - Jaws
- 158 kalori - The Exorcist
Senanglah macam ni, tak perlu bersenam teruk-teruk, cukup dengan beli atau sewa DVD filem seram dan tonton secara berterusan, kan?
Tedi tak minat filem-filem seram ni, patutlah Tedi gemuk!
20131127

Ulasan