Pandu uji Honda HR-V sekali lagi
- Pagi semalam kami hantar Mak Long Ili ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
 - Dia naiki pesawat MAS ke Kota Bharu, bersama anak sulungnya, Amar.
 - Usai urusan menghantar mereka ke Balai Berlepas, dan sesudah membayar lapan ringgit lebih untuk parking selama sejam lebih, kami kehilangan arah tuju.
 - Master membawa kami melalui Charterfield Town dan kemudian kami tersilap masuk ke hotel Concorde. Apalah pelik benar bulatan di sana yang simpangnya terus ke dalam kawasan hotel.
 - Kemudian kami membelah Labohan Dagang terus ke Bandar Baru Nilai, dengan tujuan memandu uji sekali lagi HR-V di Honda Nilai. Malangnya apabila kami sampai di sana, HR-V pandu uji tidak nampak kelibatnya.
 - Setelah bertanya kepada ejen penjual di situ yang kelihatan agak berat menjawab, kami dapat tahu bahawa kereta pandu uji HR-V itu berada di Tesco Nilai untuk satu majlis promosi Honda.
 - Majlis itu agak meriah, di mana semua produk berkaitan Honda ada dipamerkan. Setelah mendaftar dan menebus rantai kunci Honda, Master mendaftar namanya untuk pandu uji HR-V pula.
 - Ini adalah pandu uji kedua, di mana dalam pandu uji pertama di Honda Kuala Selangor, Master tak dapat feel memandu kereta Honda ketika memandu HR-V. Memandangkan HR-V ini adalah pilihan yang pertama, beliau cuba pandu uji sekali lagi, manalah tahu kalau pengalaman pertama itu tidak benar.
 - Tapi setelah memandu uji HRV itu, perasaannya sama iaitu HRV itu tidak seronok semasa memecut, semasa membrek, dan selepas saja Master memandunya, Master berasa sedikit pening.
 
Setelah HR-V, Subaru XV pula...
- Keputusan pandu uji yang tidak memberangsangkan itu membuatkan Mommy menggesa Master untuk pandu uji Subaru XV pula.
 - Untuk pandu uji Subaru XV, kami perlu ke Subaru Seremban. Perjalanan ke sana memakan masa 30 minit dari Nilai di mana kami ambil exit ke Port Dickson.
 - Bangunan Subaru Seremban terletak bersebelahan Isuzu, agak sukar diperasan, menyebabkan kami berpusing-pusing beberapa kali.
 - Nasib baik ada event di Subaru Seremban, jadi kami dapat pandu uji Subaru XV STI yang telah sedia walaupun kami sampai pada jam 6 petang.
 
Pandangan tentang Subaru XV STI
- Pandu uji Subaru XV STI memang seronok kerana kecekapan enjinnya memang dahsyat.
 - Daya brek yang hebat tapi tidak terhenjut-henjut macam HR-V.
 - Daya pecutan memang terasa berbanding HR-V yang agak perlahan memecut.
 - Penumpang tidak terbuai-buai walaupun langgar bumper jalan.
 - Namun secara jujurnya pengemudian Mazda CX5 lebih ringan berbanding Subaru XV STI, namun penjual berkata, ia untuk tindak balas kemudian yang lebih cepat.
 - Hiasan dalaman agak kurang menarik, macam ruang dalaman Proton, tapi agak lebih baik berbanding Honda HR-V.
 - Tempat duduk penumpang hadapan pula tidak dapat dibaringkan ke depan sepenuhnya, jika mahu diisi barangan panjang seperti Honda HR-V.
 - Kali ini Mommy turut pandu uji kereta Subaru XV STI tersebut, memberi bayangan bahawa Subaru XV yang bakal dibeli nanti....
 
Keputusan akan dibuat nanti...
- Baiklah, setelah menilik dan membelek kesemua jenis Subaru XV yang ada di sana iaitu XV Premium, XV Sport, XV STI, dan yang terbaru XV i-P 2016, kami mengunudur diri
 - Harga yang ditawarkan sangat kompetitif, jadi tidak hairanlah XV semakin memenuhi jalanraya Malaysia.
 - Tempahan pula hanya akan dikenakan bayaran RM 100 (seratus ringgit sahaja).
 - Adakah kereta ini yang akan dipilih Mommy, kita tengok sajalah nanti.
 
Kiriman ini pertama kali dikirim pada 14 Mac 2016.

0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.