Langkau ke kandungan utama
Mencari Harta Karun dalam Aktiviti Bina Pasukan
Mencari Harta Karun di Melaka
- Jam 4:30 pagi 13 september 2019 nanti Master akan terpaksa bergerak ke Bangsar South kerana Master perlu berada di pejabat jam 6 pagi.
- Tujuan utama bergerak dari rumah pada jam 4:30 pagi tu adalah untuk keluar kariah sebelum Subuh untuk mendapatkan pengecualian solat Jumaat kerana bermusafir.
- Beliau akan menyertai satu pencarian harta karun menaiki kereta Viva bersama kawan sepejabatnya.
- Pencarian harta karun tersebut akan bermula dari Bangsar South (Kampung Kerinchi) dan berakhir di Jonker Walk di Melaka.
- Mereka perlu menyelesaikan soalan atau panduan menggunakan aplikasi Goose Chase.
Tema Denim Biru
- Pada waktu malamnya pula ada majlis makan malam bertemakan denim biru.
- Nasib baik Master ada baju denim tersebut dan dipadankan dengan mana-mana seluar jeans yang selalu dipakai ke pejabatnya.
- Aktiviti bina pasukan pejabat Master ni akan berlangsung selama sehari setengah sahaja di Hotel DoubleTree by Hilton Melaka.
Ulasan