Aina muntah-muntah dan batuk
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Kronologi Ringkas: 8 Julai : Simptom awal muntah & batuk 9 Julai : Ke Klinik Siti & isu pejabat 10-11 Julai : Perang ubat & diplomasi Master 8 Julai 2019 : Bermulanya Kesakitan Semalam 8 Julai 2019 . Aina mulai muntah-muntah dan batuk teruk. Entah berapa kali Aina muntah. Umur Aina ketika ini 2 tahun 5 bulan . Master beri Aina makan dan minum macam-macam untuk memastikan perut Aina ada isi untuk dimuntahkan. Apakah yang menyebabkan kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun muntah-muntah? [Kembali ke Atas] 9 Julai 2019 : Lawatan ke Klinik & Isu EL Sekarang 9 Julai 2019 jam 4:44 pagi . Aina terjaga dan nak muntah tapi tiada apa yang keluar. Master bancuhkan susu formula untuk Aina tetapi dia tidak mahu minum. 9 Julai 2019 selepas Asar , Master bawa Aina ke Klinik Siti Kota Warisan . Doktor bagi ubat demam sirap dan ubat bontot, dan antibiotik. Doktor pesan beri makan aiskrim vanilla 1 sudu untuk legakan tekak sebelum makan...