[t24a01] Selamat Jalan Meja Makan Putih
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Selamat Jalan Meja Makan Putih
Kami bercadang untuk beli meja makan baru menggantikan meja makan putih dari Valencia yang telah berusia lebih 10 tahun. Meja makan itu telah mengalami beberapa kerosakan seperti kayu pecah, kayu kembang dek air, dan juga seni hasil contengan Aina dan Aidan. Pada mulanya kami mahu membuangnya melalui perkhidmatan pembuangan sampah pukal iClear Selangor tetapi Master berasa agak sayang dibuang begitu sahaja maka Master bertanya kepada Mak Ngah jika dia mahu mengambil meja makan tersebut. Dipendekkan cerita pada malam ini meja makan itu diangkut menaiki Nissan Navara ke Puchong. Alhamdulillah meja makan itu selamat sampai ke sana.
# Monday 1 January 2024, 21:38 # 20240101 21:38 # kamera: Xiaomi M2101K7BG # gambar: IMG_20240101_213810 # Rumah BBST #
~20240101~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Ulasan