[t20h13] Paparan Terlebih Bila Extend Display Komputer Riba INTEL dan AMD ke TV
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Master apabila coding memang memerlukan dua monitor kerana sambil coding perlu merujuk kepada bahan berkaitan, maklumlah Master bukanlah seorang pengaturcara yang hebat semua benda ada dalam kepala. Coding adalah satu istilah dalam dunia pengaturcaraan. Ia bermaksud perbuatan menulis kod-kod yang mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugas. Tulis tu tidaklah bermaksud tulis dengan pen. Semua arahan itu tentunya ditaip dalam komputer. Monitor TV jenama dawa Extend display komputer riba ke TV Overscaling atau overscan Bagaimana nak baiki masalah overscaling pemproses Intel? Baiki masalah overscaling pemproses AMD Monitor TV jenama dawa Kebetulan Mak Su ada tinggalkan monitor TV LED HDMI berjenama dawa di rumah kami setelah beliau berpindah ke rumah sewa baru. Tedi tak pernah dengar jenama ini mungkin buatan China, malas pula Tedi nak periksa. Tapi kalau kawan-kawan nak beli monitor jenama dawa ni Tedi nasihatkan sistem bunyinya agak men...