Hari ini (01 Feb 2018) Nor Aina dibawa ke Klinik Hikmah di Kota Bharu sebab nak suntik vaksin pneumococcal. Sebelum ke Klinik Hikmah kami dibawa bersarapan di Aliya Nasi Kerabu Pohon Celagi Kampung Binjai Pasir Mas  oleh Tok Abah.

Tok Abah dan Tok Ma tidak ikut ke Klinik Hikmah Kota Bharu.

gambar Aina bayi 11 bulan 9 hari.
Aina si bayi perempuan berusia 11 bulan 9 hari dibawa ke Klinik Hikmah Kota Bharu. Aina memakai gaun Minny Mouse berwarna merah pada hari ini.
# Thursday, 1 February 2018, 11:51 # DSC_0946 # Sony G3226 # Jalan Kuala Krai, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan # 465R+FG Kota Bharu, Kelantan # https://goo.gl/maps/M65jrCZSsZK2 #

Saja nak inject sebab Aina selalu kena lelah bila musim hujan, manalah tahu dengan vaksin pneumococcal ni akan mengurangkan sedikit masalah kesihatan Aina yang baru berusia 11 bulan 9 hari.

Gambar label vaksin pneumococcal yang diberikan kepada Aina bayi berusia 11 (sebelas) bulan
Label ubat vaksin pneumococcal yang diberikan kepada Aina, bayi perempuan berusia 11 bulan 9 hari. Label ini perlu direkod supaya dapat dijadikan rujukan untuk suntikan vaksin pneumococcal seterusnya. Bawa dan tunjuk rekod label ini kepada mana-mana klinik yang nak suntik vaksin pneumococcal ni. Label ni doktor di Klinik Hikmah Kota Bharu bagi sebagai rujukan, mungkin tak semua doktor akan bagi.
# Teks: Prevenar 13. Suspension. For injection IM. Shake well before use. 1 dose (0.5 ml). MAL20102047AZ. BRU13021008P. Mfg date 05 2017. Exp date 04 2020. Lot no. T80329.
# Thursday, 1 February 2018, 12:44 # IMG_20180201_124410 # 20180201 # HUAWEI H30-U10 # Klinik Hikmah Kota Bharu # 4762+PJ Kota Bharu, Kelantan #

Lokasi Klinik Hikmah Kota Bharu

Klinik Hikmah KB ni sebelum ni dikenali sebagai Klinik TMC, merupakan sebuah klinik pakar kanak-kanak, terletak kira-kira 300 meter selepas kedai makan Nasi Abe Mie dari arah Lundang ke Kota Bharu, dan berhadapan Proton Edar. Tengok sahaja Google Street View di bawah ni:

Suasana aman di sini, orang pun tak ramai, staff pun ramai.

Dalam banyak-banyak klinik Tedi pergi, klinik ni yang pertama ada 2 doktor.

Inject pneumococcal dan bekalan ubat demam dicaj RM 280.

No telefon Klinik Hikmah Kota Bharu ialah 09-744 2808

 

Karangan ini adalah berkenaan pengalaman kami dan untuk menjawab soalan kawan-kawan berkenaan:

  • Klinik Hikmah (previously TMC)
  • Klinik Hikmah Kota Bharu Kelantan
  • Klinik Hikmah Lundang - Tedi tak pasti jika ia adalah Klinik Hikmah yang sama yang kami pergi, tetapi memanglah kawasan tu tak jauh pun dari Lundang. Malah pada awal perjalanan kami, Master terus memandu ke Balai Islam Lundang sebab diberitahu bahawa Klinik Hikmah ini di Lundang.

Versi

  1. Kiriman ini pertama kali dihantar pada 1 Feb 2018, dan
  2. dikemaskini pada 12 April 2019 (tambah gambar Aina dan label vaksin pneumococcal)