بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


[Kandungan]


Prakata

Nostalgia pula apabila ada yang bertanyakan mengenai nama kelas unik. Mengikut pengalaman Master, nama kelasnya agak unik ketika di sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3.

Nama kelas beliau ialah KAA iaitu singkatan kepada Kelas Aliran Agama di mana hanya kelas ini sahaja mengambil kertas Bahasa Arab dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Peperiksaan ini wajib diambil oleh pelajar sekolah menengah tingkatan 3 pada zaman tersebut. Oleh kerana kelas KAA ini mengambil lebih 1 kertas peperiksaan maka murid-murid kelas ini juga belajar lebih lama berbanding kelas lain. Maksudnya ketika pelajar kelas lain sudah balik, waktu belajar kelas KAA masih belum tamat.

Namun nama KAA itu tidak lama apabila sekolah menengah beliau bertukar pengetua. Pengetua baru ini mahukan satu nama yang lebih moden, jadi nama Kelas Aliran Agama ditukar kepada Elite sekaligus menunjukkan para pelajar dalam kelas ini adalah pelajar harapan sekolah untuk mendapatkan gred bagus dalam Peperiksaan Menengah Rendah.

Manakala nama kelas yang lain adalah berasaskan kepada nama-nama bunga bermula dengan Anggerik disusun dari A hingga Z. Cuma nama Elite sahaja tidak mengikut susunan menjadikan ia ekslusif dan unik pada masa itu. Mungkin juga nampak diskriminasi atau pilih kasih di situ, manakala nama KAA pula tampak lebih jujur menampakkan pengkhususan kelas tersebut.

Manakala ketika tingkatan 4 dan 5 pula nama kelas Master ialah Sains contohnya kelas 4 Sains atau 5 Sains. Pembahagian nama kelas pada masa ini adalah berasaskan pengkhususan, maka wujudlah nama kelas seperti Sains, Sastera, dan Prinsip Akaun.

Cukup kepada pengenalan nama kelas di bekas sekolah Master, kita pergi kepada beberapa nama yang boleh digunakan sebagai nama kelas.

[Kandungan]


Nama Kelas Berdasarkan Nama Pokok

Kalau tadi Tedi ada ceritakan nama kelas berasaskan kepada nama bunga, kita boleh juga guna nama pokok untuk dijadikan nama kelas seperti:

  • Ara
  • Cengal
  • Jati
  • Meranti

Manakala bagi sekolah lain pula nama kelas mungkin dipilih berasaskan nama-nama planet, jika bilangan kelas tidak banyak. Kebiasaannya tidak disusun ikut huruf tetapi mengikut aturan planet dalam sistem solar, mungkin akan membantu para pelajar menjawab soalan sains.

[Kandungan]

Nama Kelas Berdasarkan Nilai Positif

Ada juga sekolah yang menggunakan nilai-nilai positif untuk nama kelas seperti:

  • Abadi, Adil, Akrab, Aman, Amanah, Anggun, Arif, Azam,
  • Bersih, Bijaksana, Bistari,
  • Cekap, Cergas, Cerdik, Cergas
  • Dedikasi,
  • Efisien
  • Gigih
  • Handal, Hebat
  • Ikhtiar
  • Jujur
  • Maju, Murni
  • Optimis
  • Progresif
  • Setia
  • Teguh, Tekad, Tekun
  • Usaha
  • Wawasan, Wira
  • Yakin

[Kandungan]

Nama Kelas Berdasarkan Nama Jawatan Pembesar / Pahlawan

Manakala bagi sekolah yang lebih sukakan konsep kepahlawanan selalunya akan menggunakan nama jawatan pembesar dulukala atau nama panggilan pahlawan:

  • Bendahara
  • Laksamana
  • Panglima
  • Satria
  • Syahbandar
  • Temenggung

[Kandungan]

Nama Kelas Berdasarkan Hang Tuah 5 Saudara

Jika tidak menggunakan nama tokoh-tokoh zaman dulukala contohnya kalau gunakan nama Hang Tuah lima bersaudara akan sedikit unik kerana tidak disusun ikut ejaan sebaliknya mengikut kelaziman nama itu disebut-sebut iaitu:

  • Tuah,
  • Jebat,
  • Kasturi,
  • Lekir dan
  • Lekiu

Masalahnya jika menggunakan nama-nama ini agak terhad kepada 5 buah kelas sahaja, maka boleh ditambahkan dengan nama:

  • Hang Nadim

[Kandungan]

Nama Kelas Berdasarkan Nama Tokoh Penentang Penjajah

Nama tokoh pejuang menentang penjajah juga boleh digunakan sebagai nama kelas:

  • Abdul Rahman Limbong
  • Dato Bahaman
  • Dato Maharaja Lela
  • Dato Sagor
  • Dol Said
  • Leftenan Adnan
  • Mat Kilau
  • Ngah Ibrahim
  • Rentap
  • Tok Gajah
  • Tok Janggut
  • Tok Ku Paloh
  • Syarif Masahor

[Kandungan]

Nama Kelas Berdasarkan Nama Tokoh Wanita

Kalau sekolah perempuan pula boleh gunakan nama-nama tokoh pejuang wanita

  • Dang Anum
  • Tun Fatimah
  • Walinong Sari

[Kandungan]

Nama Kelas Berdasarkan Nama Khulafa ar-Rasyidin

Kalau sekolah agama pula boleh gunakan nama para sahabat Rasulullah S.A.W yang menjadi khulafa ar-Rasyidin seperti:

  • Abu Bakar,
  • Umar,
  • Uthman,
  • Ali

Nama-nama kelas ini tidak menurut susunan huruf sebaliknya mengikut turutan sejarah pemerintahan mereka.

[Kandungan]

Nama Kelas Berdasarkan Nama Tokoh Islam

  • Al-Biruni
  • Al-Farabi
  • Al-Jauzi
  • Al-Jazari
  • Al-Khawarizmi
  • Ar-Razi
  • Fatimah Az-Zahra
  • Ibnu Abbas
  • Ibnu Bajjah
  • Ibnu Batutah
  • Ibnu Haitham
  • Ibnu Nafis
  • Ibnu Rusy
  • Ibnu Sina

[Kandungan]

Nama Kelas Berdasarkan Teknologi

Tak tahulah kalau pada zaman serba moden ini boleh gunakan nama berunsurkan teknologi seperti:

  • Ali Baba, Amazon, Android, Apple
  • Blackberry
  • Facebook
  • Google
  • Microsoft
  • Nokia
  • Oracle
  • Samsung
  • Twitter
  • Yahoo
  • Xiaomi

[Kandungan]

Nama Kelas Berdasarkan Nama Mantan Perdana Menteri

Tak lupa juga yang gunakan nama mantan Perdana Menteri Malaysia (selalunya yang telah dikurniakan gelaran Tun) sebagai nama kelas:

  • Tunku Abdul Rahman
  • Tun Abdul Razak
  • Tun Hussein Onn
  • Tun Mahathir Mohamad
  • Tun Abdullah Badawi

[Kandungan]

Nama Kelas Berdasarkan Alat Muzik India

Salah-satu nama kelas yang unik ialah nama kelas menggunakan nama alat muzik India yang berkemungkinan digunakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

  • Veenai
  • Yaazh

[Kandungan]

Nama Kelas Berdasarkan Nama Universiti Awam Malaysia

Betul-betul unik kepada sekolah yang menggunakan nama IPTA, atau mungkin sahaja Tedi yang ketinggalan zaman. Tak pasti sama ada kelas disusun ikut huruf awal nama universiti tersebut, ikut umur, ikut bidang, atau ikut ranking? Pada pendapat Tedi molek benar jika disusun ikut umur universiti-universiti tersebut.

  1. UIA / UIAM
  2. UITM
  3. UKM
  4. UM
  5. UMK
  6. UMP
  7. UMS
  8. UMT
  9. UniMAP
  10. UNIMAS
  11. UniSZA
  12. UPM
  13. UPNM
  14. UPSI
  15. USM
  16. USIM
  17. UTM
  18. UTeM
  19. UTHM
  20. UUM

[Kandungan]


Banyak lagi nama unik yang boleh dijadikan nama kelas, mungkin sahaja kalau sekolah itu berkenaan dengan perikanan boleh gunakan nama ikan, atau jika berkaitan dengan pertukangan boleh gunakan nama peralatan pertukangan dan sebagainya.

Tetapi belum pernah Tedi jumpa nama kelas yang gunakan warna-warna. Contohnya Biru, Hijau, Kuning, Merah dan sebagainya, sebaliknya penggunaan warna-warna ini selalunya digunakan dalam penamaan rumah sukan.


~20220721~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih