Setelah 15-tahun, Unicorn Asia kembali ditemui!
Haiwan mammalia jarang ditemui berjaya dirakam gambarnya di Vietnam.
- Menjejak Saola adalah seumpama menjejak Bigfoot, kecuali dalam kes Saola, manusia sedia maklum ia memang wujud. Bigfoot wujud tak?
- Saola juga dikenali sebagai Unicorn Asian, atau Vu Quang ox, atau Vu Quang bovid (Pseudoryx nghetinhensis).
- Ox bertanduk panjang ini kelihatan lebih menyerupai seekor Antelop. Ini bagi Tedi tidaklah menghairankan kerana kedua-dua mereka daripada keluarga Bovidae (walaupun keluarga Antelop masih didebatkan).
![]() |
| Gambar haiwan mammalia, Saola, ox bertanduk panjang yang kelihatan lebih menyerupai seekor Antelope, di hutan Vietnam. |
- Ia merupakan salah seekor haiwan yang paling jarang ditemui di muka bumi dan hilang daripada radar penglihatan manusia selama 15 tahun
- Ditemui pada tahun 1992, di kawasan pergunungan yang terletak jauh di Laos dan kali terakhir dilihat pada 1998.
- Tidak hairanlah ahli biologi berasa seperti berada di bulan apabila gambar kawan Tedi ini berjaya dirakam oleh kamera perangkap di kawasan hutan Vietnam.
- Menurut World Wildlife Fund (WWF), hanya ada ratusan — atau hanya mungkin dozen — Saola yang hidup di kawasan hutan di antara sempadan Vietnam dan Laos, menjadikan gambar ini begitu istimewa.
- Gambar Tedi? Tak istimewa ke?
***
Sumber rujukan:
20131115


Ulasan