بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Peribahasa Melayu: Mengharapkan adalah pertaruhan terbaru interpretZZ.com dalam kiriman koleksi peribahasa Melayu kami di mana kami senaraikan peribahasa yang maksudnya berkaitan dengan "mengharapkan". Ini adalah kiriman pertama daripada siri Zero to Hero yang bersandarkan kepada statistik dalam Google Search Console. 

gambar lukisan peribahasa mengharapkan sesuatu yang mustahil

Bayang-bayang disangka tubuh

Maksud peribahasa: Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

Bercintakan geliga di mulut naga

Maksud peribahasa: Mengharapkan sesuatu yang mustahil

Berketak dulu sebelum bertelur

Maksud peribahasa: Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.

Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu

  • Maksud peribahasa: Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan.
  • aris = getah kayu yang sudah beku.

Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak

  • Maksud peribahasa: Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka.
  • Maksud "gelagah boreh": rambutan jantan.
  • Bandingkan dengan peribahasa:
    • Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak.

Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.

Harapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan

  • Maksud peribahasa: Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
  • Peribahasa lain yang sama makna:
    • Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan,
    • Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar,
    • Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar
    • Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar.

Harapkan guntur di langit, air tempayan ditumpahkan

  • Maksud peribahasa: Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
  • Peribahasa lain yang sama makna:
    • Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan,
    • Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar,
    • Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar
    • Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar.
  • Guntur:
    • guruh (Kamus Dewan Edisi Keempat)
    • bunyi yang kuat di udara yang biasanya didahului oleh kilat; guruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan

  • Maksud peribahasa: Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
  • kambeh = peria;
  • cangkuk = pekasam.
  • Peribahasa lain yang sama makna:

Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan

Hari ini patutlah redup / Hari ini patutlah panas keras

  • Maksud peribahasa:
    • Mengharapkan sesuatu keuntungan;
    • Sangkaan yang tidak baik.

Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah

. Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain.

Ikan tergantung, kucing tunggu

Maksud peribahasa: Mengharapkan untuk memperoleh barang yang diingini.

Jangan difikirkan air pasang saja

Maksud peribahasa: Janganlah mengharapkan nasib yang baik sentiasa.

Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar

  1. Maksud peribahasa: Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
  2. Peribahasa lain yang sama makna:
    1. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan,
    2. Harapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan
    3. Harapkan guntur di langit, air tempayan ditumpahkan
    4. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan,
    5. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan.

Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar

  1. Maksud peribahasa: Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
  2. Peribahasa lain yang sama makna:
    1. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan
    2. Harapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan,
    3. Harapkan guntur di langit, air tempayan ditumpahkan
    4. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan
    5. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan
    6. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar.

Membadai burung atas langit, merendah diharap jangan

Jangan mengharapkan sangat sesuatu yang susah diperoleh.

Menantikan ara tak bergetah

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.

Menantikan buah rumbia masak.

  • Maksud peribahasa: Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.
  • Peribahasa lain yang sama makna:
    • Menantikan ara tak bergetah
    • Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung

Menantikan kuaran bertelur

  • Maksud peribahasa: Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.
  • kuaran: sejenis burung yang keluar pada waktu malam, burung kuak-kuak, Nycticorax n. nycticorax.
  • Peribahasa lain yang sama makna:
    • Menantikan ara tak bergetah
    • Menantikan buah rumbia masak
    • Menantikan kucing bertanduk
    • Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung
Peribahasa ini amat mengganggu Tedi kerana kuaran adalah seekor burung. Burung tentunya bertelur. Jadi kenapa peribahasa ini menggambarkan menanti burung kuaran bertelur itu sesuatu yang tidak mungkin terjadi? Setelah mengkaji Tedi dapati bahawa burung ini aktif pada waktu malam, bertelur di kawasan terlindung seperti pulau atau di platform di pohon-pohon atau di kawasan rumput tinggi. Adakah peribahasa ini menyatakan susah menanti kuaran bertelur kerana ia aktif pada waktu malam sedangkan manusia aktif pada waktu siang? Atau adakah kerana sukarnya melihat burung kuaran ini bertelur kerana lokasi sarang mereka? Atau adakah kuaran yang disebut dalam peribahasa ini bukan sejenis burung? Nampak gaya hanya pakar burung sahaja dapat merungkai permasalahan ini.

Menantikan kucing bertanduk

  • Maksud peribahasa: Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.
  • Peribahasa lain yang sama makna:
    • Menantikan ara tak bergetah
    • Menantikan buah rumbia masak
    • Menantikan kuaran bertelur
    • Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung

Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung

  • Maksud peribahasa: Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.
  • Peribahasa lain yang sama makna:
    • Menantikan ara tak bergetah
    • Menantikan buah rumbia masak
    • Menantikan kuaran bertelur
    • Menantikan kucing bertanduk

Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Mengharapkan barang sesuatu yang belum tentu, barang yang telah ada dibuangkan.

Pacat hendak menjadi ular

  • Maksud peribahasa:
    • Orang miskin berlaku seperti orang kaya;
    • mengharapkan yang bukan-bukan.

Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar

  • Maksud peribahasa: Melepaskan keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh.
  • Peribahasa lain yang sama makna:
    • Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan,
    • Harapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan,
    • Harapkan guntur di langit, air tempayan ditumpahkan
    • Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan,
    • Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan,
    • Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar,
    • Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar.

Seperti itik mendengar guntur

Mengharapkan keuntungan yang belum tentu diperoleh.

Seperti orang mati: jika tiada orang mengangkat, bilakah bergerak

Orang yang sangat daif, segala sesuatu mengharapkan pertolongan orang.

Seperti puyuh, mahu yang betina daripada yang jantan

Suami yang hanya mengharapkan pencarian isterinya.

Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang

. Hendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan dalam hidup, jangan mengharapkan sangat kepada bantuan orang.

emas pembawa = harta pemberian.

Yang berpayung yang ditembak

  • Maksud peribahasa: Orang yang berkuasalah tempat orang mengharapkan pertolongan.
  • ditembak = dituju.
Wow! Peribahasa ini tentunya akan mengundang salah faham jika kita tidak mengarifi maksud "ditembak" dalam konteks peribahasa ini. Baru Tedi tahu ditembak mempunyai maksud yang lain.

Sumber:

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


~20231006~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih