بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Tok Abah ada tanah yang ada ditanam pokok durian kampung. Kadangkala Tok Abah akan kirim durian melalui perkhidmatan kiriman untuk cucunya si Aidan yang memang hantu durian. Demam-demam pun dia boleh lagi makan durian.

Aidan bergembira membuka bungkusan yang dikirim Tok Abah dari Kelantan berupa durian kampung.
# Tuesday, 8 August 2023, 14:39 # 20230808 # kamera: OPPO Reno8 Pro 5G # gambar: IMG20230808143934 # Lokasi: rumah BBST #

Inilah bungkusan yang diterima melalui perkhidmatan kiriman segera iaitu durian kampung dibungkus dalam kain batik dimasukkan ke dalam kotak polisterin dan diwangikan dengan daun pandan. Tapi bagi Tedi kaedah sebetulnya ialah gunakan arang kerana karbon menyerap bau. Tetapi karbon pada arang tidak sebagus karbon aktif yang dikhususkan untuk menyerap bau.
# Tuesday, 8 August 2023, 14:37 # Kamera: OPPO Reno8 Pro 5G # Gambar: IMG20230808143736 # Lokasi: Rumah BBST Sepang # 

~20230808~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih