بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Rupa-rupanya interpretZZ.com telah cecah 4,000,000 paparan!

Setelah terbitkan kiriman bertajuk "[t23g16] Beli tiles di Winstone; Tukar Cooling Coil Subaru XV STI" sebentar tadi barulah Tedi perasan bahawa interpretZZ telah mencecah 4 juta paparan. Oleh kerana tiada masa sangat nak periksa dengan bersungguh-sungguh berapa lamakah tempoh diperlukan untuk mencapai 1 juta paparan daripada paparan ke 3 juta, Tedi akan terjemah data-data yang disimpulkan blogger.

Tarikh interpretZZ mencecah 3 juta paparan adalah pada 20 September 2022, dan tarikh hari ini adalah 17 Julai 2023. Bermaksud tempohnya ialah 9 bulan 3 minggu 6 hari atau secara bundar 10 bulan.

Jumlah paparan dalam setahun lepas adalah 1.21 juta, bermakna purata setiap bulan bagi setahun lepas ialah 100,000 paparan (100,833). Tedi berharap selepas ini interpretZZ dapat mencapai paparan 110,000 sebulan secara konsisten.

Mengikut rekod, interpretZZ bermula pada Mei-2012 dan mencapai 4 juta paparan pada Julai-2023 bermaksud tempoh 11 tahun 2 bulan diperlukan untuk laman blog interpretZZ mencapai 4 juta paparan.

Tidak sangka laman blog peribadi yang dulu tak cecah 100 paparan sebulan kini mencecah 100000 sebulan. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan semoga kandungan dalam laman blog interpretZZ ini bermanfaat kepada anda semua.

Terima kasih.


Rekod kunjungan sebelum ini:

  1. 20220920: [t22i20] Mendapat 3 Juta Kunjungan
  2. 20211122: [t21k22] Mencecah 2 Juta Bacaan
  3. 20200615: Bacaan ke 1 juta
  4. 20180326: [T18C26] 500000 kunjungi interpretZZ
  5. 20140907: [t14i07] Bacaan ke 100 ribu
  6. 20130622: Bacaan ke 10,000...

~20230717~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih