بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


  1. Kelebihan syarikat Sendirian Berhad
  2. Contoh Syarikat Sdn Bhd

Sdn. Bhd. adalah singkatan untuk Sendirian Berhad yang merupakan jenis syarikat persendirian terhad di Malaysia. Syarikat ini boleh dimulakan oleh warga tempatan dan juga warga asing. Semua perniagaan di Malaysia perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Syarikat Sdn. Bhd. adalah salah satu pilihan entiti perniagaan yang paling popular di Malaysia kerana ia dianggap sebagai entiti undang-undang yang berasingan dari pemiliknya. Oleh kerana reputasinya yang baik, ia memudahkan untuk mendapatkan pinjaman.

Kelebihan syarikat Sendirian Berhad

Terdapat beberapa kelebihan untuk memiliki syarikat Sdn. Bhd. di Malaysia. Antaranya termasuk:

  1. Sdn. Bhd. adalah bersandarkan kepada konsep entiti undang-undang yang berasingan - Syarikat ini boleh terus wujud dan beroperasi walaupun pengarah, pengasas atau pemegang saham meninggal dunia atau bersara.
  2. Keselamatan kewangan - Sdn. Bhd. membantu menjaga kekayaan peribadi pemilik dalam kes pembubaran.
  3. Keupayaan untuk memindahkan pemilikan - Pemilikan syarikat Sdn. Bhd. boleh dipindahkan dengan menawarkan saham kepada sesiapa yang bersedia membayar harga saham.
  4. Faedah cukai - Syarikat Sdn. Bhd. boleh menuntut perbelanjaan tertentu seperti perbelanjaan hiburan dan derma amal.

Contoh Syarikat Sdn Bhd

  1. Bagus Setempat Sdn Bhd
  2. Chee Kuang Ceramic Manfacturing Sdn Bhd
  3. EricServe Sdn. Bhd.
  4. Fiamma Trading Sdn Bhd
  5. Galeri Ilmu Sdn Bhd
  6. Gold Coast Morib Resort Sdn. Bhd.
  7. Homme Basics Sdn. Bhd.
  8. Houses Lightings Sdn Bhd
  9. Integrated Knowledge & Campus Management Sdn Bhd
  10. Max Generation Sdn. Bhd.
  11. Poh Sze Hardware & Cement Products Sdn Bhd
  12. Proton Edar Sdn. Bhd.
  13. Suang Lee Hardware Trading Sdn. Bhd.
  14. Sin Yin Sdn Bhd
  15. Top Ten Lighting Sdn Bhd
  16. United Asia Fire Prevention Service Sdn. Bhd.
  17. V-Home Centre Sdn. Bhd.

Rujukan

  1. https://www.3ecpa.com.my/resources/guide-to-setup-malaysia-business/sendirian-berhad-sdn-bhd-company-in-malaysia/
  2. https://abcadvisors.com.my/advantages-of-sdn-bhd-company-in-malaysia/
  3. https://www.yhtanmy.com/blog/advantages-of-having-sdn-bhd-company-in-malaysia/

~20230403~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih