بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Aina kembali ke tadika sesi 2023

Hari ini secara rasminya bermula sesi tadika Aina tahun 2023. Walaupun mengamuk dikejut dari tidur Aina berjaya sampai ke tadika sekitar jam 8:30 pagi.

gambar seorang budak perempuan bersiap untuk ke tadika

Aidan mengamuk tak mahu bawa seluar dalam

Pagi hari ini Aidan mengamuk apabila tahu ada seluar dalam di dalam beg sekolahnya. Dia mengamuk tak mahu bawa seluar dalam dan masih mahu pakai lampin pakai buang. Mungkin dia trauma kerana diejek Mummy kerana kencing dalam seluar pada minggu lepas.

Master hantar borang pendaftaran sekolah KAFA Aina sesi 2024

Hari ini selepas hantar Aidan ke Taska, Master hantar borang pendaftaran sekolah KAF untuk Aina bagi sesi 2024.

Gotong-royong surau taman

Malam ini selepas Isyak ada sesi gotong-royong bersihkan surau sempena kedatangan bulan Ramadhan. Master sempat turut serta sehingga jam 10 malam. Master balik awal kerana Tok Abah, Tok Ma, dan Cik Su datang ke rumah dari rumah Cik Su di Taman Langat apa nama pun tak ingat.


~20230320~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih