Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2023

[t23b27] Salam Perpisahan Sahabat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Koleksi karangan nota buat sahabat. Versi 1 Versi KISAS Versi MRSM Versi 1 Assalamualaikum sahabat, Saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada anda. Terima kasih kerana telah menjadi sahabat saya dan berkongsi kenangan indah bersama-sama. Saya akan sentiasa menghargai kenangan yang kita miliki bersama dan akan sentiasa mengingati anda dalam doa saya. Semoga anda berjaya dalam setiap aspek kehidupan anda dan terus berjaya dalam usaha anda untuk mencapai matlamat dan cita-cita. Saya berharap hubungan kita akan terus kekal dan semoga kita berjumpa lagi dalam masa yang tidak lama lagi. Sekali lagi, selamat tinggal sahabat. Jaga diri baik-baik. Salam hormat, Sahabatmu Versi KISAS Assalamualaikum semua, Hari ini adalah hari yang penuh emosi kerana kita semua akan berpisah setelah menjalani pengalaman yang luar biasa di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Saya bers...

[t23b27] Nostalgia - Soutul Amal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Terkenang sebuah memori lalu Kisah persahabatan kita bersama Di dalam satu pengajian Menuntut ilmu dan pengalaman Mengingatkanku pengorbananmu Terpahat padu di kalbuku Mengingatkanku pengorbananmu Terpahat padu di kalbuku Bersama rakan taulan dan guru Tawa riangmu menghiburkan hatiku (hatiku) Indahnya suasana ketika itu Terjalin ukhuwah sejati Nasihatmu sungguh bermakna bagiku Mengenalkanku erti kehidupan Susah payah kita hadapi bersama Itulah asam garam dalam kehidupan Terkenang sebuah memori lalu Kisah persahabatan kita bersama Di dalam satu pengajian Menuntut ilmu dan pengalaman Mengingatkanku pengorbananmu Terpahat padu di kalbuku Mengingatkanku pengorbananmu Terpahat padu di kalbuku Bersama rakan taulan dan guru (dan guru) Tawa riangmu menghiburkan hatiku (hatiku) Indahnya suasana ketika itu Terjalin ukhuwah sejati Nasihatmu sungguh bermakna bagiku Mengenalk...

[t22b02] Malam di Kota Bharu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Aidan dan Master bergambar bersama maskot Mickey Mouse berhampiran dengan bangunan MARA di Kota Bharu ini. Pada waktu malam ada peniaga berniaga di kawasan ini dengan membuka gerai atau pun hanya but kereta. Menjadi tumpuan kami beberapa kali jika tidak ke Wakaf Che Yeh. Lebih kurang macam pasar karat selain itu ada juga food truck. Paling penting tentunya gerai menjual pakaian. # Wednesday, 2 February 2022, 22:25 # OPPO Reno2 # IMG20220202222515 # ~20220202~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t16f21] Cari Baju Melayu Master di Mydin USJ

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ 20:48 Okay.. selepas kenyang membedal Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge tadi, kami tunaikan solat Maghrib. Kemudian kami terus menuju ke tingkat satu Mydin USJ untuk cari baju Melayu buat Master. Tedi berkenan dengan Baju Melayu Dewasa Mikhail yang berharga RM80 sepasang atau RM 40 jika beli baju sahaja. Tedi sukakan ia kerana kainnya keras macam jeans, ada butang yang dijahit terus sebab ianya baju Melayu Teluk Belanga. Tapi akhirnya Master pilih baju Melayu yang lain berwarna pink untuk disesuaikan dengan warna baju Mommy. Harganya sepasang MYR 50 sahaja. Kali ini Master yang terus pergi pilih sendiri, tak perlu Mommy dan Tedi carikan sebabnya Master nak cepat siap-siap habis shopping... 😂 Tapi nampaknya Mommy sangkut di bahagian lain pula. MYDIN Girang Syawal Tiba. New arrival Baju Melayu Dewasa MIKHAIL saiz S - XXL dengan harga RM 79.90 sepasang. Baju Melayu Dewasa denga...

Pengalaman di Husin Fauzi Farm Kuala Selangor

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kami dalam perjalanan dari Sepang ke rumah Mak Long di Sungai Besar. Sempat kami singgah ke Husin Fauzi Farm yang merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Selangor kerana mini zoo yang ada di sana. Tempat ini juga mengumpul dana buat Maahad dan turut memberi peluang pelajar Maahad terlibat dalam menguruskan mini zoo tersebut. Jom Berkuda di Husin Fauzi Farm Menaiki Tram di Husin Fauzi Farm Komen tentang Husin Fauzi Farm Fakta Jom Berkuda di Husin Fauzi Farm Aidan dan Mummy mencuba aktiviti menunggang kuda di Husin Fauzi Farm ini dengan bayaran MYR 5 (lima Ringgit Malaysia sahaja). Pengalaman yang bagus walaupun nampak macam biasa-biasa sahaja rupa-rupanya tunggang kuda ni pun memberi rasa gayat juga. Gambar Aina dan Aidan setelah selesai aktiviti menunggang kuda di Husin Fauzi Farm Kuala Selangor. # Saturday, 10 April 2021, 16:01 # 20210410 # IMG20210410160131.jpg # OPPO Reno...

[t19f16] Photoshoot Bayi semasa Aidan berumur 18 hari

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Satu sesi khas tangkap gambar Aidan semasa bayi berumur 18 hari telah ditempah oleh Mummy dan berlangsung di rumah Tok Abah di Kampung Delima. Para jurugambar sedang melakukan persiapan untuk menangkap gambar Aidan. Sesi photoshoot ini dilakukan semasa Aidan berumur 18 hari. # Sunday, 16 June 2019, 11:10 # 20190616 # Sony G3226 # DSC_8044 # Salah satu gaya semasa photoshoot bayi lelaki bernama Aidan berumur 18 hari. Duduk di prop sofa dengan meja sisi yang diletakkan buku dan tasbih. Rasanya ini gaya orang sedang melaungkan azan. # Sunday, 16 June 2019, 12:10 # NIKON CORPORATION NIKON D750 # _DSC6498 # ~20190616~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Beli Buku dengan Ann Wan Seng

Imej
Tengahari semalam pakcik Ann Wan Seng datang ke pejabat Master beri ceramah. Sayangnya Tedi sangat mengantuk semalam sampai tersengguk-sengguk dalam ceramah tu. Rasanya dia cerita pasal Rahmat Allah subhanahu wa ta'ala. Di hujung ceramahnya dia jual 2 buah buku yang salah sebuah daripadanya adalah penulisannya. Master belikan kedua-dua buah buku itu dengan harga MYR 37. Satu bertajuk Kisah-kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah tulisan Dzul Khairi Mohd Noor, dan yang kedua bertajuk Wahyu dan Sahabat Nabi sollallahu alaihi wassalam karya Ann Wan Seng sendiri. Buku yang pertama membetulkan Kisah-kisah tidak sahih yang sering tersebar di sekitar masjid dan surau, manakala buku yang kedua menyentuh tentang kisah para sahabat di sebalik turunnya wahyu. 20160622

[t14b09] Tapak kaki manusia purba ditemui di Norfolk, England

Imej
Satu siri kesan pada lumpur yang telah didedahkan oleh ribut di Norfolk telah dikenalpasti sebagai tapak kaki manusia terawal di luar Afrika.   Gambar menunjukkan kesan tapak kaki dipercayai berusia 800 ribu tahun. http://www.wired.co.uk/news/archive/2014-02/08/footprints   Tapak kaki berusia 800,000 tahun itu ditemui di pantai Happisburgh pada bulan Mei tahun 2013 ketika air surut. Tapak kaki itu hilang selepas dikenalpasti tetapi sempat dirakam dan diimbas, dipercayai berasal daripada 5 individu - termasuk seorang lelaki dewasa dan beberapa kanak-kanak. Cuma yang masih menjadi tanda tanya ialah siapakah manusia tersebut? Ada spesis dikenali Homo antecessor diketahui menetap di Eropah selatan dan telah menyeberangi daratan yang ketika itu menghubungkan Perancis dan England. Manakala spesis Homo sapiens tidak wujud di England sehinggalah 40,000 tahun dahulu. kesan tapak kaki zaman purba ditemui di buritan 20140209

[t23b21] Peribahasa Seludang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sebenarnya Tedi tiada nafsu pun nak berblogging pada pagi ini tetapi ayat "hidung mancung bak seludang" dalam kiriman bertajuk Tukar Bearing dan Minyak Hitam Saga BLM , telah menarik minat Tedi untuk mengkaji peribahasa berkaitan seludang. Ternyata Tedi hanya jumpa dua sahaja. Jadi "hidung mancung bak seludang" tu apa? Nampak gaya itu bukanlah peribahasa, mungkin kiasan sahaja. Mayang menolak seludang Maksud: Melupakan orang yang memeliharanya sejak kecil. Contoh ayat: Tindakan Tanggang yang melupakan ibunya setelah bergelar nakhoda adalah seperti mayang menolak seludang. Boleh jadi ini adalah peribahasa untuk anak derhaka. Tetapi tidak terhad kepada anak sahaja kerana maksudnya menggunakan istilah "orang" di situ bukannya ibu bapa. Seludang menolak mayang Maksud: Menyombongkan diri. Dia menolak bantuan kawan-kawan sepejabat kerana berfikiran dirinya ...

Jenama Tayar Buatan Thailand

Imej
Karangan Tedi kali ini adalah mengenai jenama tayar yang dikilangkan di negara jiran Malaysia iaitu negara Thailand. Walaupun mungkin jenama tayar itu dikilangkan di Thailand namun tidak bermakna ia adalah produk Thailand, boleh jadi ia dikilangkan di Thailand untuk syarikat lain di luar negara Thailand. Susunan jenama tayar ini adalah menurut ejaan jenama tayar tersebut. Kandungan: Jenama Tayar Buatan Thailand Bridgestone Continental Falken Tire Firestone Hercules LEAO Maxxis Michelin Nika OTR Sentury Westlake Veento Yokohama Tayar Thailand ok ke? Bridgestone Bridgestone Corporation adalah syarikat multinasional yang mengeluarkan alat ganti kereta dan trak. Bridgestone telah ditubuhkan pada tahun 1931 oleh Shojiro Ishibasi di bandar Kurume, Fukuoka, Jepun. Nama Bridgestone adalah daripada terjemahan nama "ishibashi" sendiri yang bermaksud jambatan batu. Pada tahun 2017, Bridgestone adalah pengeluar tayar terbesar di dunia diikuti oleh Michelin (Perancis), Goodyear (Amerika S...

Kisah Nabi Zakaria lewat dapat anak dalam Al-Quran

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Salah satu kisah Nabi yang mengharukan Tedi ialah kisah Nabi Zakaria alaihissalam Sebab apa? Sebab baginda adalah seorang Nabi Allah tapi baginda tidak dikurniakan anak sehinggalah baginda sudah tua . Anak baginda adalah Nabi Yahya alaihissalam yang Tedi pernah baca nama Yahya itu bermaksud hidup kerana lewatnya Nabi Zakaria alaihissalam mendapat anak. Seorang Nabi lewat menerima anak, bersabar dan berdoa, redha dengan rezeki diberi Allah mungkin supaya kisah ini menjadi panduan kepada kita semua. Kisah Nabi Zakaria alaihissalam lewat dapat anak ini diungkapkan beberapa kali melalui beberapa surah dalam al-Quran. Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah Ali Imran Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah Maryam Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah al-Anbiyaa'   Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah Ali Imran Cerita bermula dengan Nabi Zakaria alaihissalam men...

Apakah Saiz Resolusi Minimum untuk Cetak Gambar?

Imej
Baru sahaja sebentar tadi Tedi muatnaik gambar bayi Nor Aina ke dalam interpretZZ untuk menjadi kenangan. Resolusi gambar tersebut agak tinggi iaitu pada resolusi 3000 piksel lebar kali sesuatu saiz piksel panjang gambar. Tedi terpaksa kecilkan saiz gambar tersebut kerana tak mahu ruangan maya pustaka gambar interpretZZ penuh tetapi pada masa yang sama mahu gambar itu nanti cukup berkualiti untuk dicetak. Maka Tedi tertanya-tanya, apakah saiz gambar minimum untuk dicetak atau dicuci? Tedi telah mencari jawapannya melalui internet dan berikut adalah saiz resolusi minimum gambar kita untuk dicuci mengikut saiz-saiz tertentu: Cucian foto bersaiz 4" x 6" , resolusi imej sepatutnya  640 x 480 pixels minimum. Cucian foto bersaiz 5" x 7" , resolusi imej minimum sepatutnya  1024 x 768 pixels . Cucian foto bersaiz 8" x 10" , memerlukan resolusi imej minimum pada resolusi  1536 x 1024 pixels . Cucian foto bersaiz 16" x 20" pula memerlukan resolusi imej m...

[t21i09] Air Panas Mesin Penapis Air Cuckoo Tak Henti Mengalir

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada petang ini setibanya kami dari Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, kami dikunjungi oleh seorang juruteknik Cuckoo. Kehadiran beliau adalah untuk membaiki mesin penapis air Cuckoo yang kami sewa kerana ada masalah penapis air Cuckoo itu di mana air panas tidak berhenti mengalir sehinggakan memaksa Master menutup punca air masuk untuk membuatkan air Cuckoo tak keluar. Sebenarnya penapis air Cuckoo yang kami sewa tu sudah pun tamat tempoh sewaannya, nasib baik kami sambung tempoh jaminan, maka tidak perlulah bayar lain untuk kes sebegini. Penyambungan tempoh jaminan selepas tamat sewa beli membolehkan kita mendapat perkhidmatan dari Cuckoo seperti sebelum tamat sewa beli iaitu servis penapis air dan juga penggantian alat penapis Cuckoo yang terdiri daripada 3 jenis tabung berlainan warna. Gambar barang mesin penapis air Cuckoo yang digantikan untuk membaiki masalah a...

[t23b17] Cara Pilih Nama Jenama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Mempunyai nama jenama yang tepat adalah sangat penting bagi kejayaan perniagaan anda. Nama jenama yang baik dan unik dapat membantu perniagaan anda membezakan diri dari pesaing dan mudah diingat oleh pelanggan. Berikut adalah beberapa panduan untuk memilih nama jenama yang tepat: Sesuaikan dengan Produk atau Perkhidmatan Anda Pastikan nama jenama yang anda pilih sesuai dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Jangan pilih nama yang sukar untuk diingati atau tidak relevan dengan perniagaan anda. Ringkas dan Mudah diingat Pilih nama jenama yang pendek dan mudah diingat oleh pelanggan anda. Nama jenama yang terlalu panjang atau sukar diucapkan akan susah diingat dan mungkin akan menyulitkan proses pemasaran. Tidak Menyerupai Nama Pesaing Pastikan nama jenama anda tidak menyerupai nama pesaing anda. Ini akan menyukarkan pelanggan membezakan antara kedua-dua perniaga...

[t23b02] Peribahasa Kawan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Bertambah semakin kurang Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan) Kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari Kalau bersahabat cari sama babat Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut Kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut Layar menimpa tiang Lebih pucuk, lebih pelepah? Memancing dalam belanga Memepas dalam belanga Menggunting dalam lipatan Mengorek dompet kawan Menohok kawan seriring Rosak bawang ditimpa jambak Terbang bertumpu, hinggap mencengkam Bertambah semakin kurang Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan. Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan) Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung. Peribahasa lain yan...

[t23b16] Ada apa dengan Toto?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Beza Toto dan comforter "Selimut Toto" merujuk pada jenama selimut yang popular di Indonesia. Selimut ini dibuat daripada bahan lembut dan hangat seperti bulu sintetik atau kapas. Ia digunakan untuk memastikan suhu badan tetap hangat semasa tidur pada malam hari, terutamanya dalam cuaca yang sejuk. Sementara itu, "Comforter" pula merupakan sejenis selimut yang lebih tebal dan berat berbanding Selimut Toto. Ia diperbuat daripada lapisan kapas atau bahan sintetik dan dilapisi dengan kain berwarna atau corak. Comforter digunakan untuk menjaga suhu badan tetap hangat, terutamanya semasa musim sejuk seperti di negara-negara yang mempunyai iklim yang amat sejuk. Walaupun kedua-dua selimut berfungsi untuk menjaga kehangatan badan semasa tidur, terdapat sedikit perbezaan dalam bahan, ketebalan dan fungsi. Tetapi pada pendapat Tedi la kan, Toto ni di Malays...

Haiwan: Siput Gergasi Afrika a.k.a Siput Babi Gergasi

Imej
Kandungan: Siput Babi dalam Bahasa Inggeris Siput Babi bernafas melalui apa? Siput Babi makan apa? Siput Babi bertelur Gambar  Siput Gergasi Afrika / Giant African Land Snail Ramai blogger salah faham dengan menyatakan siput ini hanya boleh didapati di Afrika. Kenyataan itu boleh dikatakan silap kerana siput ini telah diberitakan menyerang Miami Florida . Bila Tedi lihat sekali imbas nampak Siput Gergasi Afrika ni macam Siput Babi yang popular di Malaysia? Tedi pun tak pasti kenapa dipanggil Siput Babi? Mungkin sebab dia suka sondol apa ada dalam laluannya tak kira apa jua pun? Setelah Tedi melakukan kajian melalui Google ternyata bahawa Giant African Land Snail ini adalah Siput Babi dengan nama saintifiknya  Achatina fulica . Siput ini adalah siput daratan dan berjalan menggunakan perut dan bernafas menggunakan paru-paru. Siput Babi berasal dari Afrika sebelum dibawa ke India pada kurun ke-20 dan merebak ke benua Asia. Siput Babi dianggap sebagai haiwan p...

[t23b15] Kenapa Siput Babi dipanggil siput babi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kenapa nama Siput Babi Asal-usul nama "siput babi" sebenarnya tidak sepenuhnya jelas, dan terdapat beberapa teori. Menyerupai tubuh babi? Salah satu teori yang umum adalah bahwa siput ini diberi nama "babi" karena bentuk tubuhnya yang gemuk dan bulat, menyerupai tubuh babi. Menyerupai daging babi? Selain itu, terdapat juga teori yang menyebutkan bahwa nama "babi" merujuk pada warna cokelat kemerah-merahan pada kulit siput ini yang mirip dengan warna daging babi. Merosakkan tanaman seperti babi? Namun Tedi dapat merasakan Siput Babi mendapat panggilan babi kerana perbuatan mereka merosakkan tanaman sama seperti babi hutan dan babi liar yang menggali tanah untuk cari akar tanaman ataupun ubi. Tedi berpendapat sedimikian kerana jenis babi yang dekat dalam budaya kaum Melayu adalah babi hutan yang suka menyondol pokok tanaman. Babi ini tidaklah ...

[t23b14] Kenapa Ibu Kucing Sibuk Pindahkan Anak Kucing? Kenapa letak anak kucing dalam pasir kucing?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Bobby kerap memindahkan anak-anaknya di dalam sangkar kejap di bawah kejap di atas dan terkini dia pindahkan anaknya ke dalam bakul pasir kucing. Tertekan Tedi dibuatnya kerana kami sudah sediakan bakul yang selesa untuk ibu kucing dan anak-anak kucing tersebut tapi dia berpindah pula ke tempat yang lebih sempit dan dikhususkan untuk berak dan kencing. Sebenarnya Bobby berusaha memindahkan anak-anaknya ke dalam rumah kami di bilik atas tetapi telah beberapa kali dihambat oleh Master. Keadaan ini membuatkan Tedi tertanya-tanya kenapa ibu kucing kerap memindahkan anak-anak kucing? Faktor Keselamatan Faktor Keselesaan Mahu berada dekat dengan anak-anak Pengaruh Suhu Faktor Ketinggian Kenapa ibu kucing pindahkan anak kucing ke pasir kucing? Melalui kajian Tedi, ibu kucing mungkin akan berulang-ulang memindahkan anak-anak kucing dari satu tempat ke tempat yang lain un...

[t19d07] Aina Pandu Bas di AEON Mall Nilai

Imej
Sudah beberapa hari Aina ajak pergi ke taman, setiap hari ketika ke rumah pengasuh duk ajak pergi taman. Taman bagi Aina cukuplah jika ada tempat untuk kanak-kanak berusia dua tahun tu berlari-lari, dan jika ada gelongsor untuk dia panjat dan turun adalah lebih baik lagi. Hari hujan, maka untuk ke taman permainan kanak-kanak adalah mustahil, jadi taman yang sesuai untuk Aina adalah taman indoor  di mana jika di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi ini kami selalu tuju ke Giant Nilai.  Animasi Aina memandu sebuah bas di AEON Mall Nilai. # Teks: Delicacy Dining Car. # Sunday, 7 April 2019, 19:08 # VID_20190407_190750-ANIMATION # AEON Mall Nilai. No 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tetapi petang tersebut kami ke AEON Mall Nilai sebab Mummy nak jemput gelang tangan yang ditempah di sana hujung minggu lalu di kedai emas Habib Jewels yang terletak di tingkat tanah AEON Mall. ...

[t23a16] Cabaran Newcastle United baru bermula

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Cabaran Newcastle United menjadi lebih sukar setelah berada di kedudukan ketiga terbaik apabila mula memasuki separuh saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Itu amaran pengendali The Magpies, Eddie Howe kepada pemain Newcastle selepas terpaksa menunggu jaringan minit ke-89, Alexander Isak untuk tiga mata ketika menewaskan Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris., “Sejujurnya ia adalah separuh pertama musim yang sangat baik untuk kami. Kami telah bertambah baik dari awal musim hingga sekarang. Saya rasa masih ada lagi perkembangan positif dalam pasukan pada masa depan. “Saya sangat gembira dengan komitmen para pemain dan apa yang telah mereka berikan untuk pasukan dan untuk saya dan kelab, menyaksikan kelab berada di kedudukan terbaik. Namun harus diingatkan bahawa cabaran sukar dan sengit telah pun bermula untuk kelab ini,” kata pengendali berusia 45 tahu...

Pegawai Imigresen Thailand jual orang Rohingya kepada penyeludup manusia.

Imej
Berita dari Phuket yang agak mengejutkan. Tedi baru sahaja membaca berita yang agak menyedihkan daripada Phuketwan. Phuketwan melaporkan bahawa tahanan Rohingya diseludup keluar secara rahsia melalui konspirasi di antara pedagang manusia dan juga Pegawai Imigresen Thailand. Trak dari Ranong Immigration yang membawa orang Rohingya ke jeti di Andaman Club. Orang hanyut Rohingya itu dibawa menggunakan bot tempatan dari satu jeti di perlabuhan Thai-Burma di Ranong ke sebuah kapal penyeludup untuk diseludup ke Malaysia sebelum dijual. Para wartawan telah dapat mengesahkan terdapat pergerakan mencurigakan melibatkan kaum lelaki dan wanita Rohingya ke Ranong pada hujung minggu lalu. Wartawan Phuketwan telah dimaklumkan mengenai pergerakan bas dari pusat tahanan Sadao Immigration di selatan Thailand yang terletak 500 kilometer di utara Ranong. Mereka diberikan nombor pendaftaran bas dan kemudiannya mendapati bas itu tiba di pusat tahanan Ranong Immigration pada jam 2 pagi, Sa...

Prev Next

Popular