Berita dari Phuket yang agak mengejutkan.

Tedi baru sahaja membaca berita yang agak menyedihkan daripada Phuketwan.

Phuketwan melaporkan bahawa tahanan Rohingya diseludup keluar secara rahsia melalui konspirasi di antara pedagang manusia dan juga Pegawai Imigresen Thailand.

Gambar lori trak dari Ranong Immigration yang membawa orang Rohingya ke jeti di Andaman Club
Trak dari Ranong Immigration yang membawa orang Rohingya ke jeti di Andaman Club.

Orang hanyut Rohingya itu dibawa menggunakan bot tempatan dari satu jeti di perlabuhan Thai-Burma di Ranong ke sebuah kapal penyeludup untuk diseludup ke Malaysia sebelum dijual.


Para wartawan telah dapat mengesahkan terdapat pergerakan mencurigakan melibatkan kaum lelaki dan wanita Rohingya ke Ranong pada hujung minggu lalu.

Wartawan Phuketwan telah dimaklumkan mengenai pergerakan bas dari pusat tahanan Sadao Immigration di selatan Thailand yang terletak 500 kilometer di utara Ranong. Mereka diberikan nombor pendaftaran bas dan kemudiannya mendapati bas itu tiba di pusat tahanan Ranong Immigration pada jam 2 pagi, Sabtu lalu.

Kira-kira 50 orang Rohingya menaiki bas itu di mana mereka telah diambil cap jari dan juga foto untuk persediaan berlepas.

Kemudian pada 2.40 petang hari yang sama, trak Ranong Immigration meninggalkan pusat tahanan itu dan tiba di jeti Andaman Club yang hanya sejauh 12 kilometer dari pusat itu. Penumpang trak itu dibawa menaiki sebuah bot kecil ke kapal yang menunggu di persisiran.

Bas lain yang bergerak dari  Mae Sot Immigration dalam daerah Trak pula, membawa 39 orang Rohingya, tiba di Ranong Immigration pada petang Sabtu.

Sekurang-kurangnya 2 bas orang Rohingya dibawa keluar dari Ranong. Selain itu 2 (dua) buah bas lagi dilaporkan sedang menuju Ranong dari daerah Thailand - Nong Khai dan juga daerah Mae Sai, Chiang Rai pada hari ini.

Wartawan berjaya menghubungi penyeludup di mana mereka sedia menjual orang Rohingya pada harga 65000 baht (RM 6624.15) seorang.

Kerja seludup orang Rohingya dari Burma melalui Thailand ke Malaysia ini telah berlaku bertahun-tahun, selalu melibatkan penyeludup manusia yang membayar kakitangan kerajaan. Entah-entah di Malaysia pun serupa sahaja.

Namun broker Thailand hanya meminta 7000 baht sahaja manakala broker Malaysia meminta di antara 40000 dan 65000 baht.

"Jika pegawai imgresen Thailand menjual kepada kami dengan 10000 baht seorang, kami masih mampu bayar. Namun jika mereka jual kepada broker Malaysia, kami tidak mampu menebus ahli keluarga kami pada harga yang mahal."

Jika tidak dibeli saudara-mara, orang Rohingya akan dipukul dan dipaksa membuat panggilan meminta mereka ditebus. Jika usaha itu masih gagal, mereka barangkali akan dijual kepada kapten-kapten yang berminat untuk dijadikan hamba dalam kapal-kapal menangkap ikan di sepanjang perairan Malaysia atau Thailand.

Keadaan ini semakin teruk apabila hadir kapten bot Indonesia yang mahukan orang Rohingya di mana seorang kapten sedia beli sehingga 20 orang Rohingya!

Thailand tentang pemerdagangan manusia?

Perbuatan itu adalah bertentangan dengan azam Thailand untuk menyekat pemerdagangan manusia seperti dalam laporan Amerika Syarikat melalui "Trafficking in Persons Report".

Setakat ini masih ada 1700 orang Rohingya dipercayai masih dalam tahanan polis dan pusat tahanan di seluruh Thailand, sama ada "diselamatkan" daripada penyeludup atau daripada bot, kebanyakannya pada bulan Januari lalu.

Kehadiran orang Rohingya dijangka meningkat.

Ada broker Thailand melaporkan bahawa 2 kem penyeludupan telah disediakan untuk menerima kehadiran orang hanyut Rohingya di Narathiwat dan Satun. Orang Rohingya ini dijangka akan berlayar pada musim ini yang kelihatan selamat untuk berlayar.

Apa tindakan kerajaan Malaysia?

  • Tedi jangkakan pakcik Najib Razak dan konco-konconya masih akan berpegang kepada dasar tidak campur tangan.
  • Itu tidak mengapa, tapi Tedi harapkan sekurang-kurangnya Malaysia mengukuhkan pertahanan di kawasan perairan negara dan membantu orang hanyut Rohingya sedaya upaya.
  • Selain itu Tedi harapkan manusia takkan sertai Sukan SEA di Myanmar!
  • Tapi Tedi percaya, semua harapan Tedi ini takkan menjadi nyata kerana ia takkan menguntungkan mana-mana pihak dalam kerajaan Malaysia, terutamanya orang Melayu.


Oct 21, 2013 http://phuketwan.com/tourism/captive-rohingya-sold-thai-officials-people-traffickers-19048/

20131021