[t23a20] Peribahasa Kucing

بِسْـمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍ

Peribahasa Melayu
Koleksi Peribahasa
Berkaitan Kucing

Kearifan leluhur Melayu melalui bahasa kiasan haiwan peliharaan

Oleh Tedi  ·  Kajian Bahasa

Kucing — siapa yang akan mempertikaikan keberadaannya di sisi masyarakat Melayu? Dalam kajian ini, kita akan menyelusuri peribahasa Melayu yang menampilkan haiwan peliharaan ini, termasuk anjing dan tikus yang turut hadir sebagai musuhnya.

35 Kandungan — 35 Peribahasa▼
  1. Anak kucing menjadi harimau
  2. Awak tikus, hendak menampar kepala kucing
  3. Bagai kucing dengan panggang / Bagai kucing dengan balur
  4. Bagai kucing dibawakan lidi
  5. Bagai kucing kehilangan anak
  6. Bagai kucing lepas senja
  7. Bagai kucing main daun
  8. Bagai kucing menjemput api
  9. Bagai kucing takut akan balur
  10. Bagai kucing tidur di bantai
  11. Bagai mengail kucing hanyut
  12. Berbelok kucing main daun
  13. Biarpun kucing naik haji, pulangnya mengeong juga
  14. Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi
  15. Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau
  16. Ikan tergantung, kucing tunggu
  17. Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu
  18. Kalau kucing tiada bermisai, takkan ditakuti tikus lagi
  19. Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi
  20. Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang
  21. Melakak / Memukul kucing di dapur
  22. Membeli kucing dalam karung
  23. Menantikan kucing bertanduk
  24. Mengadu kucing dengan babi
  25. Sebagai kucing di atas tembok
  26. Seperti anjing dengan kucing
  27. Seperti harimau kena kucing pekak
  28. Seperti kucing berakkan rambut
  29. Seperti kucing biang
  30. Seperti kucing keguguran anak
  31. Seperti kucing menyembunyikan kuku, terlihat panggang berubahlah laku
  32. Serta lalu kucing, tikus tidak berdecit lagi
  33. Tak akan aib kucing biang
  34. Terjerit-jerit seperti kucing biang
  35. Terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak
Kosa Kata Penting
bantaidaging binatang yang disembelih
balurdendeng — daging yang dikeringkan
bianginduk atau gatal
panggangsesuatu yang dimasak atas bara api
✦ ✦ ✦

❧Anak kucing menjadi harimau

Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan.

↑ Kandungan

❧Awak tikus, hendak menampar kepala kucing

Melakukan sesuatu yang mustahil.

↑ Kandungan

❧Bagai kucing dengan panggang / Bagai kucing dengan balur

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tidak baik kalau diperdekatkan.

Peribahasa sama makna:

  • Bagai api dengan rabuk
  • Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga
  • Seperti rabuk dengan api
↑ Kandungan

❧Bagai kucing dibawakan lidi

Sangat ketakutan.

↑ Kandungan

❧Bagai kucing kehilangan anak

  1. Kehilangan akal;
  2. bingung.
↑ Kandungan

❧Bagai kucing lepas senja

  1. Sukar dicari;
  2. merasa senang.
↑ Kandungan

❧Bagai kucing main daun

Kehebatan rupa seseorang.

Peribahasa sama makna:

  • Bagai kuau mengigal
  • Bagai kuau menyesar
  • Bagai tupai bergelut
  • Berbelok kucing main daun
  • Seperti elang menyongsong angin
↑ Kandungan

❧Bagai kucing menjemput api

Yang dikehendaki tiada tercapai sedangkan alat atau syarat yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga.

Peribahasa sama makna:

  • Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas
↑ Kandungan

❧Bagai kucing takut akan balur

Lelaki yang takut kepada perempuan.

↑ Kandungan

❧Bagai kucing tidur di bantai

Hidup senang dan mewah.

bantai = daging binatang yang disembelih

Peribahasa sama makna:

  • Ayam bertelur di atas padi
Bagai kucing tidur di bantai
↑ Kandungan

❧Bagai mengail kucing hanyut

Perbuatan yang sia-sia.

↑ Kandungan

❧Berbelok kucing main daun

Kehebatan rupa seseorang.

↑ Kandungan

❧Biarpun kucing naik haji, pulangnya mengeong juga

Pembawaan yang tidak dapat diubah.

↑ Kandungan

❧Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi

Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang lain pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.

↑ Kandungan

❧Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau

Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir.

↑ Kandungan

❧Ikan tergantung, kucing tunggu

Mengharapkan untuk memperoleh barang yang diingini.

↑ Kandungan

❧Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu

Perkara yang mustahil.

↑ Kandungan

❧Kalau kucing tiada bermisai, takkan ditakuti tikus lagi

Orang besar yang sudah dipecat dari jabatannya tiada disegani orang lagi.

↑ Kandungan

❧Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi

Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

↑ Kandungan

❧Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang

Kesusahan atau kesukaan orang lain yang berkesan sampai kepada kita.

↑ Kandungan

❧Melakak / Memukul kucing di dapur

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita.

Peribahasa sama makna:

  • Melukah ikan dalam panai
↑ Kandungan

❧Membeli kucing dalam karung

Membeli sesuatu dengan tidak melihat barangnya.

↑ Kandungan

❧Menantikan kucing bertanduk

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.

Peribahasa sama makna:

  • Menantikan ara tak bergetah
  • Menantikan buah rumbia masak
  • Menantikan kuaran bertelur
↑ Kandungan

❧Mengadu kucing dengan babi

Bermain ceki dengan bertaruh wang.

ceki = sejenis permainan judi Cina ↑ Kandungan

❧Sebagai kucing di atas tembok

  1. Orang yang menjaga dua pekerjaan.
  2. Orang yang cermat dalam gerak-gerinya.
↑ Kandungan

❧Seperti anjing dengan kucing

Selalu bertengkar.

↑ Kandungan

❧Seperti harimau kena kucing pekak

Marah bercampur takut kerana bahaya yang menimpanya.

kucing pekak = perangkap besi ↑ Kandungan

❧Seperti kucing berakkan rambut

Terpusing-pusing tiada tentu arah.

Peribahasa sama makna:

  • Seperti lalat buta
↑ Kandungan

❧Seperti kucing biang

Berkeluh kesah tak tentu sebab.

biang = induk atau gatal

Peribahasa sama makna:

  • Seperti kodok ditimpa kemarau
↑ Kandungan

❧Seperti kucing keguguran anak

Berkeluh kesah tak tentu sebab.

↑ Kandungan

❧Seperti kucing menyembunyikan kuku, terlihat panggang berubahlah laku

Orang jahat yang berpura-pura baik sementara belum bertemu dengan barang yang disukainya.

↑ Kandungan

❧Serta lalu kucing, tikus tidak berdecit lagi

Apabila orang yang ditakuti datang, diamlah orang yang membuat bising.

↑ Kandungan

❧Tak akan aib kucing biang

Orang yang sedang berahi akan perempuan hilang segan dan malunya.

↑ Kandungan

❧Terjerit-jerit seperti kucing biang

Perempuan yang bercakap-cakap terlalu keras.

↑ Kandungan

❧Terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak

Tergopoh-gopoh dengan tidak keruan.

↑ Kandungan
✦ ✦ ✦

© Tedi  ·  Peribahasa Melayu  ·  Semua hak terpelihara

Jika kiriman ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan anda.

⌂ Home

Popular