بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Singgah di Kampung Kijing, Marang, Terengganu

Sudah lama tidak balik ke Terengganu maka kesempatan kali ini kami singgah sebentar di Kampung Kijing. Sebelum ini pernah beberapa kali cuba singgah tapi tidak kesampaian kerana beberapa cabaran seperti kesesakan teruk lalu lintas dan juga Aina dan Aidan muntah-muntah dalam perjalanan.

lukisan seorang budak sedang bermain bayang dalam bilik mandi
Aidan sedang bermain dengan bayang-bayang semasa tumpang mandi di Kampung Kijing. Kebetulan ketika kami singgah lampu di bilik air itu rosak maka terpaksa gunakan lampu suluh. Aidan ambil kesempatan ini main bayang-bayang merubah rambutnya menjadi trojan dan juga menjadi tanduk. Lama jugalah dia berada dalam bilik air. Jam sudah menunjukkan pukul 8:41 malam pada masa ini. Kami akan terus pulang ke Sepang jadi lebih mudah jika budak-budak berdua ni siap mandi dan tukar baju dulu, tak perlu kami singgah di mana-mana dalam perjalanan.
# Tuesday, 25 October 2022, 20:42 # 20221025 # Xiaomi M2101K7BG # IMG_20221025_204240 #

 


~20221025~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih