بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ

Kucing tumpang beranak dalam mesin basuh

Datang seekor kucing tumpang beranak dalam mesin basuh di rumah kami. Bermakna bermula episod kami membela kucing. Walaupun kata ganti diri "kami" digunakan di situ, hakikatnya hanya Master yang terpaksa menjaga kucing-kucing ini.

Kucing asing beranak dalam mesin basuh, hari pertama
Seekor ibu kucing datang beranak dalam mesin basuh kami di belakang rumah kami di Bandar Baru Salak Tinggi. Kelihatan kesan darah dalam dram mesin basuh. Ada 4 ekor anak kucing yang dilahirkan.
# Monday, 4 April 2022, 16:43 # 20220404 # IMG_20220404_164344 # Xiaomi M2101K7BG #

 


Kucing tumpang beranak dalam mesin basuh, hari ke-2
Gambar seekor kucing beranak dalam mesin basuh dengan 4 ekor anak kucing. Kucing mana datang tumpang beranak pun tak tahulah.
# Tuesday, 5 April 2022, 08:59 # 20220405 # IMG20220405085958 # kamera telefon pintar OPPO Reno2 # Rumah BBST #

 


Munchy a.k.a Kontot mati

Pagi ni (20220511) sebaik sahaja Master periksa keadaan kucing-kucing 3 ekor tu didapati bahawa Kontot telah mati. Ketika dalam perjalanan dari Wakaf Bharu - Kuala Terengganu - Salak Tinggi semalam dan ketika tiba di rumah jam 3 pagi tadi, ia kurang mahu minum dan hanya menyendiri. Adakah anak kucing itu kepenatan setelah menaiki kereta untuk satu tempoh yang lama?

Sedih juga setelah dibela sebulan lebih tiba-tiba ia mati meninggalkan kami.

gambar bangkai seekor anak kucing berwarna putih hitam
Kontot mati
Seekor lagi anak kucing didapati mati pada pagi ini. Adakah anak kucing ini kepenatan atau tertekan selepas melalui perjalanan jauh menaiki kereta dari Kelantan ke Terengganu ke Sepang?
# Wednesday, 11 May 2022, 11:23 # 20220511 # IMG_20220511_112326 # Xiaomi M2101K7BG # Rumah BBST #

 


Mula beri makanan kepada anak kucing berumur sebulan

Peristiwa kematian Milky memberi tamparan hebat kepada Master kerana dia yang menjaga minum anak-anak kucing itu termasuk semasa dalam perjalanan menaiki kereta. Milky kurang mahu minum semasa dalam perjalanan dan Master menyesal kerana tak memaksa dia minum. Master agak berang kerana dia nak buat hal sedangkan Master keletihan memandu. Jadi Master biarkan sahaja dia.

Hari ini 2 ekor anak kucing yang tinggal nampak tak berminat dengan susu. Adakah sudah tiba masa untuk berikan mereka makan? Melalui pembacaan dan juga perbincangan dengan kawan-kawan akhirnya Master pergi cari makanan untuk anak kucing. Makanan yang dicadangkan adalah makanan basah untuk anak kucing berumur sebulan.


Beralih kepada makanan kucing basah dalam tin PowerCat

Mula-mula Master berikan makanan basah dalam pouch tu tetapi sehari tak cukup 1 bungkus boleh tahan juga. Master menyemak harga makanan basah kucing dalam tin dan mendapati harganya lebih jimat.

gambar makanan kucing basah dalam tin untuk anak kucing
Master memilih untuk belikan makanan kucing formula anak kucing dalam tin untuk Tiger dan Black di samping Mama
Harganya RM 5.90 di kedai Acheh untuk berat 400 g. Lagi berbaloi daripada beli yang dalam pouch berharga RM 2 lebih dan hanya seberat 80 g sebungkus. Bermakna satu tin makanan kucing ni bersamaan dengan 5 pouch yang boleh mencecah RM 13 hingga RM 15. Master memilih makanan kucing formula anak kucing jenama Powercat ini kerana ia adalah keluaran di bawah Adabi, dibuat di Malaysia, dan ia ada tudung plastik. Selepas dibuka boleh disimpan dalam peti dan satu tin boleh tahan untuk 3 hari makan untuk 2 ekor anak kucing dan 1 ekor kucing tumpangan.
Kedekut tak Master? Sementara mereka belum makan makanan kucing kering bolehlah Master jamu makanan kucing dalam tin ni. Lepas ni makan biskut kucing je lah ya anak-anak kucing sekalian.
# Tuesday, 24 May 2022, 08:11 # IMG_20220524_081120 # Xiaomi M2101K7BG # Rumah BBST #

 


Milky menjaga kawasan

gambar anak kucing dalam tandas pasir kucing
Si Milky a.k.a Tiger sedang menghalang Master daripada membersihkan tandasnya
Siap gali dalam-dalam tak mahu Master jumpa najis beliau.
# Wednesday, 25 May 2022, 20:07 # IMG_20220525_200755 # Xiaomi M2101K7BG #

Sangkar baru Si Tiger

Gambar Aidan sedang mencuba sangkar baru Si Tiger yang dibeli Mummy. Muat Aidan masuk ke dalam tu. Kalau degil tak nak dengar cakap boleh kurung Aidan dalam sangkar kucing ini. Sangkar ini besar 3 tingkat, tetapi tidak berapa kukuh besinya.
# Tuesday, 4 October 2022, 22:01 # 20221004 22:01 # kamera: Xiaomi M2101K7BG # IMG_20221004_220141 # Lokasi: rumah BBST #
SANGKAR HAIWAN PELIHARAAN. A2 900 Tiga Tingkat Besar Size: 90 x 57x128 cm. FREE GIFT HAMMOCK BUAIAN. 6 STACK. FRAGILE. KEEP DRY. Up. PENANG PET CAGE WHOLESALE. Whatsapp : 017-2216408.
# Wednesday, 5 October 2022, 22:17 # 20221005 22:17 # kamera: Xiaomi M2101K7BG # Gambar: IMG_20221005_221733 #

<top>


Ulasan ProDiet Mackerel & Milk

Makanan kucing jenama ProDiet perisa Mackerel & Milk untuk anak kucing ini tidak digemari oleh Tiger dan kucing jalanan si Bobby (nama diberi Aina dan Aidan). Makanan kucing ini kami beli di Pasaraya Econsave di KIP Mall pada petang tadi.
# Wednesday, 2 November 2022, 23:25 # 20221102 # Xiaomi M2101K7BG # IMG_20221102_232500 #

~20220404~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih