بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Prakata

Minggu ini macam mimpi apabila tiba-tiba sahaja Newcastle United FC telah diambil alih oleh Pak Arab dari negara Arab Saudi menjadikan kelab bola sepak England yang disokong Master itu menjadi salah sebuah kelab bola sepak terkaya di dunia.

Master sebenarnya tidak menggemari pengambilalihan ini kerana PIF yang diketuai oleh Putera Arab Saudi itu tidak digemari Master kerana polisinya yang nampak macam tanda-tanda dunia nak kiamat.

Tapi apa nak dikatakan, kita mesti teruskan hidup.

 


Newcastle kini kelab terkaya di dunia

Gambar ketua jurulatih Newcastle United
Steve Bruce merupakan ketua jurulatih Newcastle United yang tidak disukai ramai penyokong, mungkin kerana dibayangi Rafael Benitez yang digantikannya. Atau mungkin kerana pengurusannya yang entah apa-apa dan nampak lebih kepada boneka pihak pengurusan kelab. Steve Bruce dijangkakan akan dipecat oleh pihak pengurusan baru Newcastle United dengan pampasan gaji RM 45 juta. Rugi jika dipecat ni, lebih baik diturunkan pangkat dan diletakkan di bawah pengurus baru.

London: Pemilik baharu Newcastle United mahu menjadikan kelab itu kuasa besar seperti Manchester City dan Paris Saint-Germain selepas melengkapkan pengambil alihan bernilai £305 juta (RM1.73 bilion).

Bercakap kepada media, pemilik bersama Amanda Staveley mendedahkan visi konsortium terbabit yang mendapat sokongan Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi berjumlah £320 bilion (RM1.822 trilion).

Magpies kini muncul kelab bola sepak terkaya di dunia dengan pembelian mega itu diraikan ribuan penyokong mereka di St James' Park.

Amanda berkata: 'Sudah tentu kami mempunyai hasrat sama dengan Manchester City dan PSG dari segi trofi, sudah pasti tetapi ia akan mengambil masa.

'Adakah kami mahu menjuarai Liga Perdana dalam masa lima atau 10 tahun? Ya. Pengambil alihan ini adalah transformasi yang besar. Kami mahu mendapatkan trofi tetapi kejayaan perlukan pelaburan, masa, kesabaran dan kerjasama.'

Ketua jurulatih, Steve Bruce dijangka kehilangan jawatan dan media difahamkan pemilik baharu sedia membayar £8 juta (RM45.56 juta) untuk memecatnya.


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih