بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari ini kami ke Setia Alam untuk ke pejabat pemaju kawasan perumahan sebuah rumah yang mahu dibeli oleh Mak Su Izati.

Master dan Mummy ambil cuti separuh hari, manakala Aina dan Aidan tidak ke Taska hari ini.

 

Master dinasihatkan meninggalkan mesyuarat

Master ada satu mesyuarat pada jam 12 tengah hari, tetapi nasib baik bos Master mengarahkan Master keluar dari mesyuarat untuk bersiap ke Setia Alam.

 

Terpaksa memintas Myvi

Kami bergerak ke Setia Alam dalam jam 2 menyebabkan Master menggunakan mod pecutan semasa memandu kereta Subaru XV STI 2015 kerana perlu tiba di pejabat pemaju itu pada jam 3 petang.

Sebuah Myvi merah nampaknya tidak berpuas hati kerana Master memintasnya sebelum memasuki lebuhraya. Myvi merah itu kemudian meninggalkan kami ketika di tol kerana dia menggunakan Smart Tag manakala kami hanya gunakan kad Touch 'n Go.

Tetapi apabila di susur keluar kami menghampirinya semasa di laluan berselekoh tajam sebelum meninggalkannya yang terhimpit dengan kehadiran dua buah lori di sebelah kanan. Master sudah nampak kehadiran lori-lori itu jadi Master memperlahankan kereta Subaru XV supaya kami dapat segera masuk ke Lebuhraya Elite setelah lori-lori itu berlalu.

Maaflah bukan tujuan Master mahu berlumba dengan Myvi, tetapi Master sedang mengejar masa.

Secara umumnya rakyat Malaysia faham bahawa Myvi adalah raja di jalan raya, maka tidak seharusnya kita memotong sebuah Myvi.

 

Subaru XV tidak stabil?

Pada kelajuan tinggi itu Master merasakan kereta Subaru XV itu tidak stabil dan membuang di tayar hadapan. Ada juga bunyi menderu dari tayar. Master syak bahawa ada masalah dengan bearing tayar depan Subaru XV STI tersebut.

 

Tiba di pejabat pemaju

Kami tiba di destinasi beberapa minit lepas jam 3 petang. Mummy dan Cik Su masuk ke bangunan pejabat pemaju tersebut manakala Master menunggu dalam kereta bersama Aina dan Aidan, tambahan Aidan sedang lena.

Tujuan Cik Su hadir ke pejabat pemaju itu adalah untuk menandatangani S&P pembelian rumah di Taman Langat Utama. Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu S&P, ia adalah nama popular kepada Sales and Purchase agreement atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud "perjanjian jual beli".

 

Makan di Secret Recipe Setia Mall

Selesai sahaja urusan kami ke Setia Mall untuk makan-makan di Secret Recipe yang terletak di lot LG-57. Kami meletakkan kereta di aras P2 tiang D3.

Kami bergerak pulang dalam jam 6:30 petang.


~20211007~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih