بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Pak Long Yazid telah menyatakan hasratnya untuk meminjam kereta Proton Persona gear manual untuk dipandu ketika pulang ke rumah beliau di Sungai Besar.

Sehubungan dengan itu Master telah menghantar kereta Proton Persona ke Sham Tyres and Car Services di Jalan 8, Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi pada 20210825 yang lalu.

Tujuannya adalah untuk mengganti clutch plate dan timing belt Proton Persona tersebut memandangkan kereta itu pun dah 13 tahun. Lebih baik tukar daripada menanggung kos jika berlaku kerosakan.

 

Klac Kereta

Ketika dihantar Master maklumkan yang klac kereta manual Proton Persona itu keras dan kadangkala susah masuk gear. Terutamanya jika orang lain yang memandu kereta Proton Persona tersebut. Jadi Master minta agar klac plate kereta itu diperiksa.

Setelah mekanik pandu uji dia mengiyakan bahawa sudah menunjukkan tanda klac kereta habis tetapi masih belum berlaku slip, masih boleh digunakan lagi. Tapi Master memang sudah ada niat untuk tukar plat cekam kereta Proton Persona itu maka niat itu diteruskan.

 

Tanda Klac Kereta Manual Habis

Tedi tidak berapa faham penjelasan mekanik itu jadi Tedi lakukan sedikit kajian dan ini maklumat yang Tedi perolehi:

  1. klac lembut - tiba-tiba sahaja terasa klac lembut apabila ditekan.
  2. susah tukar gear - mula menghadapi masalah untuk masukkan gear bermula dengan gear undur dan gear satu.
  3. gelincir (slipping) - terasa gear tidak berhubung dengan transmisi apabila bekerja keras. Perlu segera diperiksa apabila tanda ini terjadi.
  4. bau benda terbakar - geseran daripada gelinciran klac menyebabkan bau hangit.
  5. bunyi bising - sama ada bunyi benda longgar berlanggar sesama sendiri atau bunyi benda tersangkut.
  6. klac tersangkut - apabila klac tersangkut pedal klac pula akan melekat di lantai kereta menyebabkan kereta tidak boleh dipandu.

 

Kereta Proton Persona Siap

Kereta Proton Persona itu telah disiapkan pada 20210827 dan diambil oleh Master pada 20210828.

Berikut adalah butiran kos penukaran beberapa komponen kereta Proton Persona menurut resit bayaran bertarikh 20210827.

Keterangan Kuantiti Harga
Clutch plate (set) +
flywheel oil seal +
gear oil / auto oil 
1 740
Alignment  4 30
Balancing  4 20
Vacuum hose  1 15
Coolant  2 76
Valve cover bush + 
Valve cover gasket
1 180
Water pump 1 150
Timing belt (set) 1 450
  Jumlah  1661

Jumlah harga keseluruhan ialah MYR 1661 (satu ribu enam ratus enam puluh satu Ringgit Malaysia).

Kos tukar clutch plate Persona ialah RM 740 termasuk upah tukar clutch plate.

Mekanik mengesan ada kebocoran minyak hitam pada valve cover maka dia mencadangkan penggantian valve cover bush dan valve cover gasket.

 

Penyelenggaraan seterusnya

Timing belt itu ditukar pada jumlah perbatuan 181002 kilometer dan dicadangkan ditukar selepas 80000 kilometer atau pada jumlah perbatuan 261002 kilometer. Master juga mengarahkan water pump ditukar sekali.

Sekadar catatan, minyak enjin kereta Persona itu perlu ditukar pada jarak perbatuan 182107 kilometer. Mungkin Master kena bawa semula kereta Proton Persona itu untuk ditukar minyak hitam pada bulan depan.

Untuk plat klac pula jangka hayat clutch plate kereta dianggarkan di antara 70000 km hingga 160000 km bergantung kepada penggunaan klac.

Tugas seterusnya ialah Master kena tukar cermin depan kereta Proton Persona yang retak sebelum 20210929 kerana takaful kenderaan luput pada tarikh itu. Kami memilih Takaful Ikhlas untuk insurans kereta kami. Selalunya Master berurusan di Takaful Ikhlas Bangsar South sebelum berpindah kerja ke Cyberjaya.

Proton Persona car maintenance period reminder sticker picture. Keywords: PETRONAS SYNTHA PETRONAS SYNTIUM FIGHTS EXCESSIVE ENGINE HEAT 27.7.19 Y NEXT OIL CHANGE: 193010 (gearbox oil) THEE SERVICE OUTLET: TASHMIE Gear oil OTHER: YOKOHAMA BATTERIES LAST SERVICE: NEXT SERVICE MOTOLUBE 17217DATE 28/17 19 5ТОТОТ 3ULAV YOKOHAMA DISTRIBUTION SERVICES SDN BHD Mobil 1 26/8/21 +80,000 26/002 PETRONAS km Date Last Service: Next Service: Oil Type KM KM TIMING DECT ww www.mobil1.com SHAM TIRES
Gambar sticker peringatan tempoh selenggara kereta Proton Persona.
Kata kunci: PETRONAS SYNTHA PETRONAS SYNTIUM FIGHTS EXCESSIVE ENGINE HEAT 27.7.19 Y NEXT OIL CHANGE: 193010 (gearbox oil) THEE SERVICE OUTLET: TASHMIE Gear oil OTHER: YOKOHAMA BATTERIES LAST SERVICE: NEXT SERVICE MOTOLUBE 17217DATE 28/17 19 5w30 DATE: ИОТОЕТОЯЯ 3ULAV YOKOHAMA DISTRIBUTION SERVICES SDN BHD Mobil 1 26/8/21 +80,000 26/002 PETRONAS km Date Last Service : Next Service : Oil Type KM KM TIMING DECT ww www.mobil1.com SHAM TYRES
# Sunday, 29 August 2021, 13:52 # 20210829 # IMG_20210829_135241 # Xiaomi Redmi Note 5A #

 

Hasil Selepas Tukar Klac Plate

Selepas klac plate kereta Proton Persona manual itu ditukar, gear lebih mudah dimasukkan, pedal klac menjadi lebih lembut, tetapi tombol gear masih macam tersekat tidak licin seperti kereta baru.

Mungkin nak kena tanya balik sama ada boleh diminyaki kerana pada suatu masa dahulu tombol gear kereta Proton SAGA BLM kami pernah diminyaki oleh mekanik Pusat Servis Proton Kristal.

 


Rujukan: Signs of a Failing Clutch | Parts Matter™ (drivparts.com)


~20210825~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih